Monday, July 30, 2012

Life begins at 40?

Life begins at 40. Selalu kan kita dengar ayat nih. Saya kongsikan satu artikel yang saya dapat dari Risalah Ramadhan susunan Pegawai Agama Petronas. Moga usaha baik author diberkati Allah.

Usia yang dianugerahkan Allah SWT akan sampai ke peringkat matang pada sekitar umur 40 tahun. Pada saat itu, akal seseorang telah sempurna kekuatan dan kemahuan pada usia tersebut sangat kuat. Biasanya pada usia ini, seseorang itu telah memiliki kefahaman yang jelas tentang kehidupan dan sudah banyak melalui liku-liku kehidupan. Firman Allah SWT :

Maksudnya : “Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku”. (Surah al-Ahqaaf, 15)

Amat rugilah bagi sesiapa yang telah menjangkau umur 40 tahun tetapi masih belum mengenal rumah Allah SWT, belum pernah sujud kepada Allah SWT dan belum lagi beramal ikhlas kerana Allah SWT. Keadaan dirinya amat sukar melainkan jika Allah SWT kurniakan rahmat dan bimbinganNya. Firman Allah SWT :

Maksudnya : “Dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?”. (Surah Faathir, 37)

Ibnu ‘Abbas r.a berkata ketika mengupas tentang maksud pemberi ingatan, ia adalah uban. Secara umumnya, manusia yang telah berumur rambut dan janggutnya akan ditumbuhi uban-uban. Jika pada usia ini, seseorang itu masih belum memiliki pemberi ingatan, dia sebenarnya tergolong di kalangan orang-orang yang bermasalah. Sufyan Ath-Thauri
berkata, sesiapa yang telah mencapai usia enam puluh tahun sewajarnya dia telah siap membeli kain kafan.

Islam menekankan agar penghujung usia dapat ditutup dengan ucapan


sebagaimana wasiat yang dinyatakan oleh Nabi SAW :
ٍِ
Terjemahan : “Sesiapa yang penghujung bicaranya dengan ucapan

maka dirinya akan masuk syurga”. (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)Seseorang yang dapat mengucap kalimah syahadah adalah petanda dia seorang mukmin. Firman Allah SWT :

Maksudnya : “Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan Allah memperbuat apa yang dia kehendaki”. (Surah Ibrahim, 27)

Imam Az-Zahaby pernah menceritakan kisah Al-Muhaddith Abu Zar’ah Ar-Rozi yang sedang nazak. Di samping beliau pada waktu itu adalah Abu Hatim Ar-Rozi dan Muhammad bin Muslim. Keduanya berhasrat untuk mentalqinkan (mengajar ucapan syahadah) kepada Abu Zar’ah. Tetapi keduanya sangat segan untuk mengajarkan tuan guru mereka sendiri. Tatkala itulah masing-masing mendapat idea untuk memperdengarkan sanad hadis yang membicarakan kisah sesiapa yang mengakhiri bicaranya dengan ucapan syahadah. Ketika proses pembacaan sanad dilakukan keduanya, kedua tokoh murid Abu Zar’ah pada waktu itu pula mereka tidak mengingati sanad hadis tersebut dengan baik. Pada ketika itu, Abu Zar’ah menyambung kembali seluruh sanad-sanad hadis sehingga sampailah kepada hadis “Sesiapa yang penghujung bicaranya dengan ucapan

maka dirinya akan masuk syurga.

Wallahualam

No comments: