Friday, July 27, 2012

Lamanya puasaaa

kalau masa kecik-kecik dulu, rasa macam.. "Lamanya puasaaaaa!"

Tapi bila dah tak berapa kecik dah nih, ehhhh, dah hari ke 7? cepatnya!

bila dah masuk hari ke 7 nih, makin lama, makin tak de idea nak buatkan apa untuk makan sahur ai ngan laki ai. itu la kelebihan berbuka di rumah keluarga.. :D, tak yah fikir menu buka, fikir sahur saje. itu pun selalu tapau dari rumah keluarga untuk sahur. ;)

pagi tadi, masak char kuey tiaw. bahan-bahan semua dah suruh maid siapkan malam tadi, sementara ai tidokan budak-budak. so pagi tadi tinggal kelentang-kelentung goreng saje.

alhamdulillah, puasa kali nih, sangat dipermudahkan. badan dikuatkan walaupun mengandung. Alhamdulillah. harapnya kesihatan dan kekuatan ni Allah panjangkan pinjamanNya. amin!

rutin bulan puasa nih, lepas jek selesai berbuka & solat maghrib kat rumah mak/mertua, terus gegas balik rumah. OH akan solat tarawikh di surau dekat ngan rumah (jalan kaki saje), dan saya akan berada di rumah menunggu anak-anak. biasanya, sebelum isya' saya akan buru anak-anak tido, so tak la lambat sangat saya solat. so far, the kids mengikut kata, memudahkan sikit urusan mak dia.

since esok hari sabtu, ai patutnya masak untuk bukak posa di rumah. tapi semalam kakak ipar dah bagitau, esok bukak posa kat rumah mertua sebab sambut hari lahir FIL. rasanya, esok akan jadi hari mengukis kecil-kecilan kot. rasa cam nak buatkan chocolate cornflake untuk afiq & adib. diorang suka makan kuih nih. tengoklah tahap kerajinan & stamina macamana. maybe jugak esok nak train afiq adib puasa half day. depa tak paham lagi puasa tuh apa.

kay la readers. mata sangat mengantuk tatkala nih. tapi apakan daya, sudah masuk waktu kerja...... so take care uolss.


1 comment:

ArELeEz said...

kim slm kat afiq ngn adib, ek? ;)