Thursday, August 30, 2012

Dalam Kemeriahan Syawal..

Hari nih dah masuk 11 Syawal. Sana-sini meriah dengan open houses & jamuan raya. Alhamdulillah, ambil ini sebagai kesempatan untuk mengeratkan kembali silaturrahim antara sahabat. Insya Allah.

Dalam kemeriahan sambut hari raya, ada jugak antara sahabat kita yang sedang bersiap sedia untuk menjadi tetamuNya. Bila Syawal berakhir, maknanya akan bermulalah penerbangan KT01 untuk para jemaah haji berangkat ke tanah suci. Yang pergi awal nih, kemungkinan besar akan melaksanakan haji tamattu'. Yang flight hujung-hujung mungkin buat haji ifrad. Apapun kaedah, semoga para jemaah akan diberi kesabaran dan kekuatan untuk mengharungi apa jua cabaran di tanah suci.

Saya berhajat untuk kongsikan ips-tips dan publish list of things to bring untuk para jemaah, khususnya untuk para Muslimat. Harapnya perkongsian saya nanti dapat beri sedikit manfaat. Saya tidak cukup ilmu untuk berkongsi soal jawab agama, jadi saya rasa lebih baik saya kongsikan panduan-panduan praktikal based on pengalaman lalu.

So, para bakal jemaah haji, ambillah peluang Aidilfitri ini untuk bermaaf-maafan sesama insan. Biarlah keberangkatan ke tanah suci dimulakan dengan hati dan diri yang bersih dari dosa. Perbanyakkan solat taubat dan hajat, mohonlah kepadaNya agar dipermudahkan urusan dan dikurnia haji yang mabrur.

Rindunya saya untuk ke tanah suci lagi. Besarlah harapan andai ada bakal jemaah yang membaca, selitkanlah sebait doa untuk saya agar dikurnia kebaikan dunia akhirat & dijemput lagi menjadi tetamuNya.

Wassalam.


Monday, August 27, 2012

Raya Yang Serba Sederhana

Welcome back people!

Amacam raya? Sana sini, semua blog cerita pasal raya kan?

Raya saya dan keluarga biasa-biasa saje. Balik kampung, jumpa nenda tercinta. Spend lebih kurang 3-4 hari sebelum pulang ke kota. Tak berjalan mana pun, pergi satu rumah jek beraya.

Raya kali ni bersederhana saje. Kena pulak cukup seminggu syawal, anak yang kecik kena masuk wad lepas demam 3 hari tak kebah-kebah. Sepatutnya, hari nih dah mula kerja. Tapi cuti extended, dan sedang bersiaran dari sepitallllll! Alhamdulillah, hari nih dah boleh discharge after 2 nights in ward.

Sebenarnya, tengah layan feeling-feeling blues gitu kat wad nih. Macam-macam benda dok fikir dalam otak, tapi tak mampu nak diluah dengan kata-kata. (lebihnya, taktau pun nak cerita kat sapa). Mungkin hormon ibu mengandung terlebih sensitif kali ni.

Lepas raya nih, bersusun benda nak buat. Tapi mana satu nak mula dulu ntah. Makin lama, makin tak larat jek rasa. Gosok baju 2-3 helai pun dah mengah. Jangan cakap nak gosok 23 helai (rasanya lebih kurang tuh la dalam bakul dobi kat rumah. Takkan nak punya laki aku hantar ke dobi untuk gosok baju)

Rindu benar rasa ngan Afiq & Adib. Baru 2 malam tak tido rumah. Biasalah kan, feeling mak-mak. Kalau ikut feeling bapak-bapak, biasa jek kot. Macam-macam sebenarnya plan dalam kepala nak entertain anak-anak sepanjang seminggu raya, tapi ye lah, kita rancang, Allah yang tentukan. Pasti ada hikmahnya. Next time la gamaknya.

Okay la people. Am killing my time sementara tunggu discharge nih. Bye!!!

Okay la korang


Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Uols!

Dear Readers,

Salam Aidilfitri. Puan blog memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan zahir dan batin.

Berhati-hati di jalanraya.

Berhati-hati juga menghadap juadah raya. (penimbang adalah musuh ketat lepas syawal)

Peace!

Tuesday, August 14, 2012

Tragedi Masa Sahur

Semalam, mak titeww masak gulai ayam cili api. tuh favourite titeww ngan anak-anak. Tapi semalam, perancangannya, berbuka puasa di rumah mertua. So, tak dapatlah titeww makan ayam tuh masa buka puasa. So, kita tapau la bawak balik rumah untuk sahur.

Panaskan lauk dalam microwave saje. Nasi titeww dah masak awal-awal. Tinggal goreng sayur je. So, pagi tadi nak goreng brokoli dengan carrot. Pasang api gas semua, tumis la bawang. Sekali, eh eh, api padam? Godek-godek, alahai.. Gas habis.

Masin mulut titeww minggu lepas. Dah pesan ngan enche' Suami suruh beli extra gas kat rumah. So, selamatlah titeww steam kat saje sayur tuh dalam microwave.

ps : Gigih menaip perkataan titeww. Aku pulak yang geli menaip gini. Sekali skala perasan muda. ngehngeh.

Monday, August 13, 2012

Penghujung Ramadhan.. Janganlah ini yang terakhir!

dah nak habis dah Ramadhan. sekejap betul rasa kan?

kali nih, well, actually tahun nih, persiapan hari raya, memang berhemah. perlu belajar lebih berjimat cermat dan tidak tunduk pada hawa nafsu. *baru la husband lagi sayang, jangan nak gatai tambah cawangan sudah!!!

keperluan anak-anak hampir settle. baru perasan songkok + sampin perlu ganti baru sebab dah tak muat. songkok nak beli kat giant/carrefour saje, sebab setakat nak pakai 3o minit the most. lain la mommy yang nak kena pakai tudung all day long, kena la selesa. ecceh! sampin, kirim kat husband saje, beli kat masjid jamek masa dia otw dari opis. so, selamat mommy tak payah nak redah masjid india time bulan posa nih.

kuih raya order kat yaya saje. pun minimal jugak. kerepek beli 2 bungkus cukup. nih silap-silap tak jamu kat orang, buat jajan dalam kereta masa beraya nanti. :)

apapun, dalam kemeriahan nak sambut syawal sebab mahu berkumpul sanak saudara yang sudah lama tidak ketemu, jangan pulak semangat ramadhan kita merudum. sama-sama la kita doa, amal kita yang tak seberapa ni diterima Allah. moga umur kita dipanjangkan dalam keberkatan untuk bertemu Ramadhan akan datang, namun andai takdir menentukan ini yang terakhir, mohon Allah berikan syurga sebagai ganti.

ada one important task yang nak dibuat sebelum raya --> hendak melawat pusara anakanda ketiga Abdullah Amin Fahmi yang sudah begitu lama tidak diziarah. tetiba teringat dalam minggu lepas rasanya, ada terbau wangi bunga melor, but i can't remember the occassion, where and when. bau tu singgah sekejap saje & terus hilang. Gembiralah kamu anakku Amin, kamu kini dalam jagaan yang lebih baik dari Mommy & Daddy!

okay readers, sampai sini dulu. da!


Thursday, August 9, 2012

Aidin aka Didin

Kisah pada suatu malam..

Daddy : Tido cepat! Daddy kira sampai 3. Siapa tak tido, siap! Satu! Dua! Tiga!

Tiba-tiba, ada suara kecik..

Aidin : Pat.. Ma.. Nam.. (Empat.. Lima.. Enam..)

Terus tak jadi lakonan marah. haha!

Good job Didin!

Wednesday, August 8, 2012

Cerita Mengidam

Nih cerita lama sebenarnya, tapi upload jugak.

Alhamdulillah, hidup dikelilingi orang-orang yang prihatin sangat. ngeee! Dok update kat fb teringin makan RVC, tapi laki suruh buat sendiri. Sekali, "kring! kring!"

Me : Hello
Di sana : Along, maksu nih
Me : Aaa, Mak Su
Di sana : I've just sent few pieces of RVC to rumah mak. Thought you might want to have it.
Me : AAAAAAA! mesti kes baca facebook nih
Di sana : Pakcu cerita. Kebetulan kakak Maksu ada buat.

Alhamdulillah........

Pastu dalam masa sama teringin nak makan lepat pisang. Singgah kedai kuih famous kat melawati, takde. nak gi param, tak sempat kot plus takkan nak nye laki mak gi Param. so pendam kan saje. balik tuh cerita kat abah, cakap cari lepat pisang tak jumpa. abah pun cakap, apsal tak bagitau, ada je kat param.

Skali on saturday, Mak tepon..

Mak : Along bukak posa kat mana?
Me : Hari ni kat rumah mama (in law). napa mak?
Mak : Takde, kalau bukak kat rumah mak, senang mak bajet nak beli apa. Along nak lepat pisang?
Me : Boleh gak
Mak : 2 ketul cukup?
Me : Cukup.

Rupanya, abah pegi param kat Kg Pandan beli lepat... Sedanya ya Allah. 50sen sebijik tapi besar gedabak. puas hati makan. satu makan lepas bukak posa. satu lagi makan masa sahur.

Syukur Alhamdulillah.

Treasure Hunt Bermula

Kita sudah memasuki 1/3 akhir ramadhan. Mungkin ada yang semakin sibuk mengejar dateline kerja. Ada yang makin sibuk buat kuih raya. Ada yang sudah mula bercanda dengan mercun segala.

Apapun yang anda buat, janganlah kita isi 10 malam terakhir ramadhan ini dengan perkara lagha.

Yang belum mula, mulakanlah ibadah.
Yang telah mula ibadah, istiqamahlah.

Semoga kita semua dapat meet, greet & celebrate lailatul qadr, malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Dalam kita usaha mencari lailatul qadr, janganlah lupa berdoa kepadaNya untuk menemukan kita dengan malam istimewa itu. Kita perlu ingat, kita boleh berusaha, tapi hanya Dia yang mengizinkan.

Selitkanlah sebaris doa selepas solat,"Ya Allah, temukanlah aku dengan lailatul qadr. Janganlah kau biarkan aku mensia-siakan malam itu."

ps : kalau kita sanggup beratur berjam-jam nak masuk clearance sale sebab nak kejar 80% mark down price, kenapa kita tak sanggup nak penat sikit utk cari bonus ramadhan.

Tuesday, August 7, 2012

10 days to 5 years old

banyak sangat benda yang rasa nak buat, tapi tak padan dengan tenaga. gitu la gamaknya perumpamaan mak yong tatkala ini.

bukak blog, sana sini dah menayang home made biskut raya. teringin sangat nak buat.. tapi nak jengah pergi bakery supply pun enggak ada masa! malam memang tak buat la keja-keja mengukis nih. pastu tengok resepi kek, nak jugak buat.. since afiq adib punya birthday tak lama jekkk lagi. tapi bila dikenang, nak mengemas selepas tuh, malas la pulak. nak tempah kat member, dia pun senasib. haha. tengah mabuk! :) jamie oliver kah atau nigella lawson punya bakat anak yang dikandung nih dapat? hiks.

sekarang nih dah hari ke 18 kita posa. harapnya, book mark kita pun di juzu' ke 18 lah. kalau tak 18 pun, sekurang-kurangnya, bacalah.. walau sepotong ayat sekalipun! sebab rumah yang tidak dibacakan dengan ayat quran adalah ibarat kubur. ramadhan hanya datang sekali setahun. takpe, penat sikit di bulan ramadhan. 80% extra bonus bak kata ustaz azhar idrus. ini tak, lagi nak raya, lagi menunggu di shopping kompleks sebab nak 80% discount. #peringatan untuk diri sendiri jugak

minggu depan, bermulalah kembali episod maid-less untuk kesekian kalinya. aduhai. payah betul hendak jumpa yang benar-benar sesuai untuk membantu urusan menjaga anak-anak tatkala kita mencari rezeki. yang memula datang dulu, macam tak berapa betul. yang kali nih datang pulak, tak bersungguh nak kerja, rindu anak katanya, nak balik indonesia. sudah hempir sampai ke kemuncak sabar dah nih. memang rasa perlu berhenti keja. husband tak bagi. mak abah pun sama. so, bertabahlah sha.

jumaat nih, scheduled for A&C. in my 18wks now. harapnya boleh tahu gender this week. senang sikit nak narrow down nama nanti.

okay la korang.. have a productive day at work & ramadhan nights. jangan dibiar bulan penuh berkat ini berlalu tanpa mendapat pengampunanNya. sama-sama kita usahakan. amin!

Friday, August 3, 2012

Hati Ibu Yang Gundah

mencabar puasa hari nih. harapnya Allah beri kekuatan untuk habiskan puasa.

dah habis minggu kedua puasa dah hari ni, alhamdulillah, berjaya puasa walaupun berbadan dua. syukur, syukur. last time masa pregnantkan si aidin, berjaya puasa separuh bulan saje, lepas tu, atas nasihat dr, kena stop puasa sebab bleeding. berhempas pulas la lepas bersalin ganti puasa ngan member saing mengandung + beranak kat opis time keja.

semalam, pergi hantar afiq jumpa paed. sinusitis dia makin teruk. malam-malam hidung sumbat. bangun pagi pun sama. sekarang nih, dah start batuk-batuk non stop. semalam dr check, dia kata one side hidung afiq dah 90% tersumbat. sebelah lagi, otw. aduh afiq, mommy tak tau selama nih macam tuh punya teruk afiq suffer. paed refer ENT specialist. semalam jugak dapat jumpa.

specialist kata, based on record, afiq has tried almost all medication yang ada. so, kali nih, dr kasik combination singulair+nasonex+aerius for 3 weeks. after 3 weeks, if the blockage tak clear jugak, dr kata the best would be surgery.

dengar perkataan surgery, mommy yg ngeri. walaupun mommy dia yang dok selalu keluar masuk ward, potong perut, buang cyst kat b (2times), rasa kesiannnnn sangat kat afiq kalau he has to go through that.

dr kata the procedure will only take 30 mins. recovery period is about one week. husband cakap, if that's the best for him, we should allow him to do that. untuk kebaikan jangka masa panjang.

apapun, sempena bulan Ramadhan yang mulia nih, mommy doa sangat-sangat, biarlah Allah bagi kesembuhan kat afiq tanpa dia perlu lalu proses-proses yang menyakitkan tuh. readers, kalau sudi, titipkanla sedikit doa untuk anak saya ni.. terima kasih.