Saturday, September 29, 2012

Entry Pengubat RIndu. Chewah!

Lama tak up entry. Sejak pindah office baru, Subhanallah, super busy nye yang teramat.

Busy bukan sebab banyak kerja, busy sebab, mengambil masa yang lebih lama untuk siapkan satu-satu kerja. Maklumla, I lemah bidang baru nih, masa zaman belajar dulu, siap tulis nota kat lecturer mintak kesian. :P skarang, amekkkk. sila buat kerja ini! kalaulah pilihan di tanganku, nak jek aku mintak duduk rumah saje. eh!

sejak beranak pinak nih, jarang benar I bawak balik keja opis balik rumah. sebab memang takde masa nak menengok keja umah. tapi hari nih, break the rules, terpaksa. sambil run simulation sambil up blog. anak-anak tolong daddy basuh kereta. :D

expecting start bulan oktober nih, super hectic la keja. sebabnya, musim tengkujuh. my seksyen kena on operasi banjir. shift 24-7. yes, ini realiti keja gomen. kesian kami-kami yang keja cenggini kena label mengular. yang mengular tuh, mungkin la, tahap servis tak kritikal. kalau doktor kerajaan lagi la.... makan sambil tido yek, sebab ada yang kena keja 48 hours straight. so, spare the bad comments. tak pasal jek, ada yang dapat dosa kering sebab tuduh silap orang.

okay la readers. tak boleh nak celoteh panjang nih. keja banyak menunggu.

ps : alhamdulillah dapat bonus. lega sikit sebab expenses hujung tahun nih melambung tinggi. school fees, insurance kereta, road tax, nak pindah umah, baby baru. moga-moga rezeki berkat, yang sedikit itu cukup, yang banyak itu membahagiakan. amin!


Tuesday, September 18, 2012

nice longgggg weekend

best nya cuti panjang weekend lepas. hari sabtu, ada 6 open house invitation. out of 6, aku berjaya pegi 4. mintak maaf zahir batin lela & afzan, kawan lama masa sekolah dulu. masa sungguh mencemburui aku. Peace!

hari ahad, spend masa dengan anak. bawak pergi kids e-world branch MV. punya la seronok anak-anak especially budak kecik aidin. 2 jam dia meronda dalam tuh tak puas. abg-abg dah flat pun, dia nak main lagi. penat punya pasal, kul 5.40pm dah tido malam uols! bangun next morning kul 8am. dinner pun tak makan.

semalam seharian kat rumah jek. mengurus rumah , baju & food anak-anak. husband tak dok rumah sgt semalam, sebab sibuk tolong mertua yang nak buat kenduri malam tuh. aku memang tak dapat nak tolong sgt time siang tuh. kalau aku gi, lagi melambatkan kerja, sebab 3 heroes. petang baru gerak rumah mertua. menu mantap la semalam. mak mertua masak nasi dagang ngan rebus ketupat. kakak ipar aku sponsor sate kajang. terbaekkk. kul 11 lebih baru gerak balik. anak-anak masa nih aku pos dah pos awal-awal kat maid kat rumah mak yang tak sampai 5 minit je dari rumah mak mertua aku.

kesan dia, hari nih aku ngantuk gila. lunch time tadi, terpaksa korbankan jemputan makan-makan kat tempat training, sebab aku mmg perlukan zzzzzz. dapatla dalam 30 min. lega la sikit. buyung tak buyung, aku kacau gak nescafe secawan sbb mata aku cam melekat-lekat jek nih.

okay la kengkawan. back to work.


Friday, September 14, 2012

Adib, Atok & Ninjago

Atok (my Abah), was having his meal. Suddenly..

Adib : Atok, can I ask you something?
Atok : Yes.
Adib : Atok, can you buy me a Ninjago lego?
Atok : Today, Atok is very busy. Atok is meeting someone, I'll buy it later for you. Is it ok?
Adib : Ok.

And Adib starts grumbling at night asking me, why Atok haven't reach home yet after meeting his friends.

The next day...

Adib : Atok, can you buy me a Ninjago Lego?
Atok : But, I don't know where to find it
Adib : I know, kat Jusco ada. (He named almost all shopping malls Jusco)
Atok : But I don't know how to go
Adib : I can show you
Atok : But, I don't have enough money to buy you that
Adib : Atok, you work until night. You must have lots of money to buy.
Atok : (Check mate!)

Outcome of the story : Untuk pertama kalinya, setelah bercucu selama 5 tahun, atok menjejakkan kaki ke Toy's R Us, KLCC bersama-sama empat orang cucu - Afiq, Adib, Aidin & Damia (my niece). Hamek! Kalau anak dulu, sorry naik lorry nak merasa yekkkk. Kena jegil ada. Dengan cucu.... TEWAS!

Moral of the story : Jangan janji dengan budak!


Thursday, September 13, 2012

Long weekend ahead. Yihaa!

Can't wait for this weekend, sebab cuti super panjang. hahahahaha. Tapi tak nak pegi week satu lagi sebab husband kata maybe out station for a week. Biasalah, bini tengah buyung, mengada lain macam sket.

Program weekend nih bersusun-susun. Hari Sabtu jek, ada 5 open house invitations. Semangat nih nak pegi 5-5. Kalau ada yang nak buat open house pagi pun dialu-alukan, terus settle one-day meal hari tu. :)

Ahad pulak, in laws buat kenduri doa selamat. Insya Allah, adik ipar tuan rumah akan sambung belajaq kat UK. Alhamdulillah, dapat MARA. Sepanjang seminggu dua nih, memang adik ipar asyik dapat ceramah & warning free dari kakak & abang dia la. Nasib badan jadi anak bongsu kan? :)

Sekarang nih, dah mula keja kat tempat baru. Harapnya ok la keja. Dah 4 hari register baru dapat first job sebab boss baru masuk hari nih. First task, hmm boleh tahan. Sekarang, merasalah jadi macam engineer baru. :P Duduk lama satu bahagian, ko rasa ko otai, ha skang, cam budak tadika. tak pe, demi ilmu dan profesion, (ewahhhh!) kita tak leh malu belajar, biarpun dari supporting staff.

Wokeh people, back to work, sebab data yang ditunggu-tunggu dah tiba. Nak kena start buat molek-molek.

Take care, Assalam!!!


Tuesday, September 11, 2012

Keperluan Semasa Musim Haji dan Wukuf

Dah lama saya nak tulis entry ni, tapi tidak berkesempatan. Rasanya macam pernah tulis sebelum nih, tapi tak pasti.

Musim haji dah nak mula. Insya Allah, next 1.5 to 2 weeks akan mula penerbangan ke tanah suci Madinah.

Saya yakin, sebagai bakal jemaah haji, pasti ilmu fiqah telah pun didalami sebaiknya melalui siri-siri kursus haji yang diadakan. Saya dulu, tak sempat nak pergi kursus bersiri, hanya dapat hadir crash course saje - Kursus Haji TH & Kursus Haji Perdana di Putrajaya.

Yang hendak saya kongsikan kali ini, adalah lebih kepada persediaan barang-barang yang diperlukan oleh para jemaah, khususnya kaum Muslimat, untuk membolehkan ibadah haji dilaksanakan seselesa mungkin. Insya Allah. Semoga dengan persiapan yang rapi akan membuahkan minda yang tenang, dan mampu membantu jemaah lebih fokus menunaikan ibadah. amin!

Here goes the list:-

1. Solat
Telekung
Buku doa
Hajj reference book
Note book + stationaries
Prayer mat (thick ones for madinah, nipis for mekah, sebab kat Madinah aircond sejukkk!)
Small tafsir (senang nak baca tho takde wudhu')

2. Clothing
Jubah (mungkin 2 helai cukup, sebab nanti masa kat madinah dan mekah, sure terbeli punyalah sebab cantik2!)
Inner
Pants
Hijab (basic colour is enough, dan pilih dari kain yang selesa dan sempurna penutupan aurat)
Night wear
Towel
Baju sejuk
Socks
Stokin wudhu' (very useful especially masa kat masjid. I advise beli masa kursus hj perdana. Kinda hard nak jumpa)
Sarung tangan
Sandal
Shoes
Uncang kasut (kalau takde, guna plastik kedai mamak pun boleh.. :))
Anak tudung
Face/small towel

3. Toiletries
Sabun
Shampoo
Cleanser
Toothbrush
Toothpaste
Sabun ihram
Moisturizer/sunblock (I advise cari kat Madinah/Mekah. Better SPF protection compared to Msia)
Lip balm
Powder

4. Accessories
Bag telekung (I bought dari Munawwarah. sangat praktikal sebab water proof. tatau ada lagi dak)
Small gunting (untuk tahalul)
Nail clipper
Face mask (untuk digunakan semasa luar ihram. mekah khususnya agak berdebu sebab banyak construction)
Buku kesihatan TH
Gelang TH
Selipar toilet

5. Wukuf
Plastik sampah yang besar (to bungkus your bag just in case it rains masa wukuf. Drainage system kat Mina & Arafah takde, takut banjir. It happened before. During my time, hujan kat Mina. At least baju tak basah)
Plastik kuih (usage : isi 7 + 1 batu untuk setiap jamrah yang hendak dilontar. So u'll have 7 plastic bags 2+2+3. to avoid masalah was-was)
Tikar (masa nak bertolak biasanya dapat dr sponsors)
Bantal kecik (to help you to get the necessary rest masa wukuf, which is important)
Payung
Extension wire (to charge phone)
Torchlight (untuk cari batu di muzdalifah)
Clothing - minimal (tak sempat mandi pun!)
Kain batik (to help you changing cloth dalam khemah)
Spray bottle (to renew wudhu' without going to the loo)
List of all important nos.
Unscented wet tissues (I beli kat Mekah. Mandi cara dryclean. ;))
Makanan kering (serunding, maggi cup, etc) sebab makanan masa wukuf agak mencabar. make sure u eat dalam kuantiti yang ngam-ngam, which means, not too much sebab kalau banyak frequent pulak ke toilet, jangan sikit sangat, kang tak larat nak beribadah, sebab ibadah haji ni ibadah yang banyak menggunakan fizikal

6. Medicines
Ubat demam
Ubat selsema
Ubat batuk (this one, i recommend beli saje di mekah/madinah. cari yang ada ivy leaves extract. biasanya ubat batuk Msia kurang mujarab)
Minyak angin
Vicks
MInyak urut (mungkin banyak digunakan masa hari melontar, sebab jauh berjalan)
Supplements i.e. vitamin C, Calcium, dll

7. etc
spec extra (very important especially kalau rabun teruk macam i)
fork and spoon
pisau buah
tali (to hang your cloth)
hanger
cutleries
mug
berus baju
face mask
kettle kecik (boleh beli kat sana, so senang nak layan perut kalau lapar tgh malam)
coffee/tea, 3 in 1 supplies (seadanya)
maggi (bila timbul keadaan kurang selera makan)

Harapnya list ni dapat membantu la para jemaah, khususnya Jemaah Muslimat untuk menyiapkan diri ke tanah suci. Semoga kalian kembali dengan haji yang mabrur!!

Monday, September 10, 2012

Comfort Zone vs Advancement

hafta go out from the comfort zone, that i used to have for advancement in career.

Rabbi Yassir, wala Tu'assir...

Permudahkanlah segalaNya ya Allah, walau hatiku ini penuh gundah gulana. Amin!