Friday, November 2, 2012

30 Weeks Pregnancy Update

Minggu dah masuk 30 weeks pregnancy. Alhamdulillah, last A&C, berjaya mengawal berat badan yang naik mendadak². total 6 kg dalam masa 2 bulan, tumbesaran yang menakjubkan. :P Dr sound suruh control sket carbo. Tukar sikit regime (ecceh) pemakanan, alhamdulillah, it works! (tips : control cravings e.g. cakes, reduce peanut butter (i'm a fan) and tukar roti to whole meal)

So far, preppy satu apa tak buat lagi. Satu benda tak cari lagi. Harus mula cari masa untuk selesaikan persiapan baby, sebab aku dah tak larat nak jalan. Masa mengandungkan Aidin pun macam nih. Dr kata, bone tu tak kembali ke tempat asal, due to pregnancy yang rapat & huge. Agak menguji kesabaran especially bila terbangun tengah malam nak pegi toilet + bangun pagi nak pergi keja. Berjalan sampai level kena berpaut pada segala yang ada sebab takut jatuh. Rasanya macam dah kena pakai pregnancy support belt. Kena sabar banyak². Ye la, pahala ibu mengandung nih besar, takkan nak pahala banyak tapi dugaan takde kan?

So far, Dr kata, kalau ikut scan, it's going to be a pink baby. Hati memang mengharap nak baby girl, selepas dah ada 4 boys. Masa Dr cakap tuh, terus senyum munge-munge, sampai husband tegur cakap apsal senyum lain macam. Apapun, aku doa, baik yang akan keluar nih boy or girl, aku harap semua sihat, selamat dan sempurna. AMIN! this pregnancy was confirmed, sebaik saje aku balik umrah in April. Memang masa tawaf antara rukun yamani dan hajarul aswad, aku ada doa pada Allah mohon dikurniakan anak perempuan seandainya dia baik untuk kami sekeluarga, dunia and akhirat. Moga-moga Allah kabulkan doaku.

Dr kata kali nih kena c-sect jugak. sebab aku dah ada 2 scar sebelum nih. so Dr dah suruh tengok-tengok tarikh, bila nak buat. Dr recommend week before christmas. Rasa-rasa cam nak amek 21/12 sebab lepas tuh ada public hols, so tak yah la husband amek cuti banyak sgt, since company dia cuma bagi 1 day paternity leave. (ada ka 1 day saje?? kalau yang beranak csect, day 2 tu la yang paling banyak perlukan bantuan untuk bergerak) Set jamu lepas beranak pun tak beli lagi. Malas nak beli awal sebab last time tak makan pun, sebab Aidin jaundice throughout pantang period. nak beli pilis & param jek dulu. Bengkung aku ntah ke mana.. :P Gamaknya kena order skali lagi kat mak bidan. Nama baby pun dah mula cari. Tapi biasalah, sampai dah kuar pun belum finalize nama baby. Boleh suggest any names readers? Dua perkataan, starts with A. :) (Both nama boy and girl)

Sesungguhnya, setelah melalui fasa infertility (ketidaksuburan) selama hampir 4 tahun akibat endometriosis stage 4, few miscarriages, fresh stillbirth at 38 weeks... aku amat bersyukur kerana rahmat dan kasih sayang Allah tidak pernah putus dengan terus menerus menghadirkan ganti di dalam hidup.  dr pun cakap, it's rare to find cases like mine, but aku tahu, kuasa Allah mengatasi segalanya.

Kay yea readers. Log off dulu. Take care all. Bye!




3 comments:

Nurul Aini said...

Alhamdulillah, tahniah. Semoga ianya pink. Aini pulak teringin nak biru, insyaAllah selepas ni, moga Allah perkenankan.

WAK said...

Ainul Husna

Ahmad Hambali

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

take dear...:)