Tuesday, August 5, 2014

Salam Aidilfitri dari Perantau

Assalamualaikum WBT.

Sebulan rupanya tak ber-update blog. Rasa macam baru semalam jek update. Benarlah kata Rasulullah, akan tiba waktu when you feel that time is crumpled. Bulan Ramadhan di Jepun memang sibuk teramat. Dengan anak-anak, Ramadhan & small business. Ecceh business. Nak gak. Bulan puasa ni I jadi makcik bentou, untuk kawan-kawan office husband, as requested. So, gilir2 dengan wife member husband, I pun siapkan la bentou iftar. Tapi masakannya adalah yang simple2 saje. Belum termampu untuk masak yang kebaboom.

Anyway, kita sambung cerita raya.

Ini adalah kali kedua I beraya di perantauan. Kali pertama dulu di Australia, semasa sambung study dengan husband. Masa tu, raya time exam.Tapi still terasa kemeriahan hari raya sebab duduk Msia Hall, dan dikelilingi oleh ramai Msians. Merasa takbir raya, etc.

Tapi kat Jepun ni, I duduk dikelilingi locals. Msians ramai, tapi jauh dari rumah. So nak fefeeling raya, on la Youtube dengar lagu raya, sambil gosok baju. Sobs! Nak bagi ada rasa raya, masak jugak la rendang daging & rebus nasi himpit. Kuah kacang & lemang instant saje. 

Plan asalnya, pagi raya nak pergi embassy. Alih-alih bangun, matahari dah tingi yeop! Nak ke embassy apa. So, makan2 kat rumah, amek gambar family sikit and gerak ke rumah member-member husband yang buat open house. Sebab naik kereta, satu family berbaju Melayu & kurung termasuk Cik Arfa kita. :D Meh tepek sikit gambar raya..

Satu cabaran sebenarnya nak amek gambar family

Us in Yokohama. Beraya di rumah member husband

Anak-anak bujang yang rambut gonjeng ditogel Daddy

Pergi beraya 2 rumah je pun. Ramai member husband yang balik Msia. Kitorang tak balik sebab September ni balik KL. Masa kat first house, makan nasi minyak and gang. Nikmat ok makan orang lain masak! Masa kat second house, makan lontong. :D Eh, lupa nak tepek bukti masak rendang. Tak pernah-pernah masak rendang, kat sini I masak rendang tau..

Siap whatsapp bonda tanya resepi. :P

Lepas beraya 'sakan', we made a move to Kawasaki Plaza, shopping mall yang kitorang jumpa masa ronda-ronda calon sekolah Aidin. Budget nak beli barang keperluan, sebab the next day tu nak pergi beraya kat Disneyland & Disney Sea. Tapi tak beli barang pun sebab tak sempat. Sempat dinner saje makan pancake sedap, substitute kepada tart nenas, kuih semperit, kuih sarang semut etc.

Cantik kafe dia..

Pancake with Maple Syrup. Pancake in the simplest form is always the best. Tapi biasala kan, untuk Mommy mesti fancy sikit..

Pancake apa nama ntah, tapi ada caramelized sugar, vanilla ice cream, strawberry sauce & buah. Ya ampun...... Sedap gila!

Itu la cerita raya kitorang. Anak-anak semua muka poyo sebab sedih tak dapat duit raya banyak. Mommy pun sedih sebab kena masak. 

Hehe..

Panjangkan entry hari ni. Dah la kot. Nanti I sambung cerita Disneyland & Disney Sea. 

Kepada semua,

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Kalau ada terhutang, mohon.. Let it go.. Let it go!!



2 comments:

Nur Hareza said...

hai kak, nanti balik malaysia boleh makan puas2. sempat ak raya haji kat sini?

aishah zaharin said...

hai reza.balik bulan 9 kejap je. seminggu. adik akak kawen