Tuesday, January 3, 2012

Ombak Rindu

Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah. Tajuk tak boleh kalah. :P

Berminggu-minggu aku canangkan pada suamiku tentang keinginan menonton cerita ini kat pawagam. Tapi senyapppppppp jek takde reaksi. boleh kuagak, jangan harap lakiku nak layan cerita nih.

last-last ada kat astro first. ngehngehngeh. aku pun pujuk la nak beli, and sepantas kilat gua dapat. yiha! tengok midnight lagi. (yang tak best sebab tak de pop corn)

Hype dekat facebook and blogs buat aku nak tengooooooooookkk sangat. Tho aku doubt maya karin berlakon.

To me, (aku jek yek) I don't find this movie mampu buat aku meleleh-leleh air mata. samada faktor movie itu memang tak cukup sedih untuk aku or konsentrasi gua terganggu dek bermacam-macam soalan dari sang suami masa tengok movie. Cuma yang pasti, aaron aziz sangat hensem. auwwww!

cuma, movie nih berjaya buat aku pikir something. bagaimanakah malam pertama kita di kubur kalau amalan kita terlalu jauh dari jalan yang betul. cemana aku boleh terpikir ke situ pun aku tak tau. tapi itu yang aku terpikir. pastu terpikir, kesian kat pompuan-pompuan yang kena tipu pastu kena jual jadi pelacur.

all in all, ok la this movie. good enough to make my husband stay awake throughout the show time. kalau tak best, confirm dia dah zzzzzz.

Monday, January 2, 2012

Johor Premium Outlet Review

Hari tu cerita pasal Universal Studio. Hari ni nak cerita pasal Johor Premium Outlet. Kitorang singgah situ, the day after balik dari Universal Studio.

First and foremost, I didn't put high hope on this outlet knowing it's new of its kind in Asia. So sekadar mahu ke sana, untuk cuci mata & site reconnaisance. :P

We made our way to JPO after a hearty breakfast at hotel. Sampai JPO few minutes after 10, dan kereta sudah mula bersusun making it's way to JPO's parking space. Parking space sangat luas, tapi all are filled up pretty fast.



Sampai-sampai JPO, aku masuk Padini dulu. Sebab tuh shop pertama yang aku nampak. haha. Masuk-masuk jek, dah rembat seluar jeans anak sorang sehelai.

Lepas tuh mula la merayap-rayap. Masuk Pedro. mujur aku nih bukan spesis pakai wedges or sandals yang tumit runcit-runcing. kalau tak, confirm aku rembat 10 pasang. Mana taknya, harga RM49 sepasang.

entah mana-mana kedai aku masuk lepas tuh. Ingatan aku lupus seketika. Maklumla urat banyak putus selepas bersalin.

Yang aku ingat, aku tetiba join line beratur nak masuk coach. Masa beratur, aku dok pikir, apa kejadah aku beratur nak masuk coach, padahal belum tentu aku beli. Dan mulalah aku dok pikir, penat jek beratur kalau tak beli. :P Sampai jek turn aku masuk Coach, aku terus terlupa nasihat Zura suruh masuk kedai guna kaki kiri, sambil baca Auzubillah...

Iye, aku tergoda. Ntah berapa kali aku tawaf kedai tuh nak finalize kan aku punya choice. Almaklumla, aku bukan jenis beli handbag. Semua handbag aku samada mak bagi atau laki aku beli. Aku suka ke tak suka ke pattern dia, aku belasah jek pakai. Since aku agak kedekut, aku amek yang discount banyak jek. (bukan kedekut sebenarnya, tapi budget tak mengizinkan. :P) Menurut kata salesman tuh, discount dia berubah-ubah. So aku keluar dari coach tuh i'm a couple of less than a thousand poorer.

Lepas tuh, terjah Michael Korrs. Tapi sebab aku dah terbeli kat Coach, aku terus terkunci nafsu nak beli. Alhamdulillah.

Habis round ground floor, we made our way to 1st floor. among my LONGEST stop masa kat first floor was La Senza. haha. time to stock up apa yang patut dan aku jadi cam orang tak percaya bila tengok harga pant**s kat la senza dah lebih kurang sama taraf ngan SKIVA. hehe. sendiri mau ingat la apa jadi kat aku dalam tuh. Dek kerana afiq tagged ngan aku jek aku tak gi beli b*a.

Kalau tanya apa pendapat aku pasal JPO, i would say it's good enough for a start. Aku ada baca komen la kat fb, cakap better kumpul duit and pergi over the sea to shop such stuff. Tapi kalau dah harga tiket kapal terbang makan RM5K ke US or RM2.5K ke UK, baikla aku spend duit minyak RM300 kan pegi Johor? Lain la kalau ko nak borong satu lori/satu kargo, THEN worthwhile shop kat over the sea. tapi, kalau yang dari KL semata-mata nak pergi Johor and beli satu barang saja, then forget it la. campur tolak minyak plus penat, sama harga la ko beli kat KL.

Er, lupa pulak cerita pasal food. Food selection are pretty limited. Nama pun Outlet, bukan tempat makan kan? Yang ada seingat aku:-
1. Coffee Bean
2. George's Cafe (serving western food)
3. Kampachi (ye, kampachi di Kulai uols)
4. Starbucks
5. Baskin Robin
6. Absolute Thai
7. Crepes
8. Chinese Restaurant

Among brand outlet yang ada:-
1. Padini
2. Vinci
3. Samsonite
4. Ferragamo
5. Burberry
6. Coach
7. Michael Korrs
8. Braun Buffel (Opening Soon)
9. Zegna
10. Adidas
11. Nike
12. Guess
13. Gap
14. La Senza
15. Cotton On
16. Fossil
17. DKNY
18. Oroton
19. Canalli
20. Armani
21. Levi's


1st Floor. ada fountain and small playground to keep your kids entertained while parent buat serious shopping.


Senyap seketika nafsu shopping saya setelah kembali dari JPO kerana poket sudah kempis. Takpela.. sekali sekala reward diri sendiri. :) (senyum paksa. Redha. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. *tetiba)

Kay yea! Bye readers!


Friday, December 30, 2011

Bagaimana Kamu Mahu Dikenang Sebagai Ibu

I came across my cousin's writing on her memory on her late father. Baca sini yea BINGKISAN AYU KHALID

Being her cousin, I could relate what she wrote pretty well. Saya tahu betapa sayangnya Ayu dekat arwah paklong. Apatah lagi kedudukan sebagai anak bongsu dan anak perempuan tunggal dalam keluarga. And yes, I still remember the night i picked her up from UPM to go back to Paroi, on the night arwah pak long passed away.

Her writings made me think. How will my kids remember when I'm gone? Will they remember me as a sloppy mommy? Or will they remember me as a perfect mom?

I don't cook as much as I should. I'm guilty as charged feeding my kids with fast food when I just simply couldn't dish up in the kitchen. I switch on the 613 channel to allow me to have some me-time. I pinched them, I yelled at them when I just can't control my temper. Aduhai, jauh benar diri ini dari milestone Ibu Mithali!

Talked to my OH on this matter, and he said, "Of course we want to give the kids the best, perfect. But then, when time is limited, you have to make the best out of it." Entahlah, I don't agree with this.

So, azam tahun baru saya - to carve the best memories my children could have. Spend quality time with them with less yelling and pinching. In short, be a better mom.

Doakan saya..

ps - I have one more day to yell la kan? hehehehehe

Thursday, December 29, 2011

Update Siti Norwahizan

Lunch tadi, keluar awal sikit, pergi lawat Siti Norwahizan dekat ICU, GH. Sal amek kat opis, and terus gerak ke GH. masa dalam perjalanan, boleh gelak-gelak, boleh buat lawak bodoh.

sampai hospital, selepas bertanya 2 pak guard, sampai la kitorang kat ICU. tunggu turn nak masuk jumpa siti. ramai betul lawat siti, alhamdulillah, bertuah siti.

bila sampai turn kitorang masuk, aku yang cam gelabah. aku dah lamaaaaa tak jumpa siti. last aku jumpa siti 3 tahun lepas. masa birthday aisy kat rumah sal. masa sampai kat katil siti, aku tatau nak cakap apa. aku sedih sangat tengok siti. memang dia tak larat langsung. tak boleh cakap. dia tulis something kat tangan dia tapi aku tak faham. aku tak dapat tangkap apa yang siti cuba cakap. sal kat sebelah dah lari sebab air mata dia dah meleleh-leleh.

tak dapat aku gambarkan cemana sakitnya siti. aku doa semoga Allah berikan siti setinggi-tinggi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dugaan ini. semoga Allah mengembalikan kesihatan siti. kasihan anaknya yang masih kecil, yang belum puas menikmati kasih sayang mamanya.

kepada kawan-kawan se-UTM yang nak melawat siti, siti is in ICU, Blok Utama, Tingkat 3, Katil 6, Hospital Besar Kuala Lumpur. Doakanlah ye kawan-kawan untuk kawan aku yang sorang nih.

Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada ibu muda ini untuk mengharungi semua ini.
kau kembalikanlah kesihatannya,
Kau ampunilah dosanya.

kau titipkanlah kekuatan kepada keluarganya ya Allah dalam masa-masa sukar ini.

Amin, Ya Rabb.

Siti Norwahizan Misman

To all my colleagues of UTM Batch 1998,

Doakanlah Siti Norwahizan Misman supaya dia cepat sembuh. Sekarang Siti dekat ICU HKL. She developed breathing difficulty early this morning.

According to Siti's husband, she was diagnosed with myasthenia gravis (lemah otot yang serius), stage 3, 1.5 years ago. Jam 3am semalam, receptor di otot pernafasan lumpuh yg menyebabkan beliau sesak nafas yg teruk dan tak dpt nak bernafas. Other word, otot salur penafasan tak mampu nak sedut oksigen.

Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesembuhna kepada ibu muda ini. Juga kekuatan kepada keluarga di sekelilingnya. AMIN!

ps - nak menitik air mata dengar cerita Salhana pasal Siti.

Wednesday, December 28, 2011

5 Azam Tahun Baru

azam tahun baru saya:-

no. 1
mahu menjadi isteri dan ibu yang lebih baik.

no. 2
perlu mula memikir strategi dan pelaksanaan pendidikan alquran untuk anak-anak.

no. 3
meningkatkan kemahiran domestik. ini termasuklah meningkatkan kualiti multi tasking, memasak, mengemas rumah dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

no. 4
meningkatkan ekonomi keluarga dengan menjana pendapatan sampingan. saya memerlukan bantuan anda dalam hal ini. sila shopping di COTTON 24-7

no. 5
menambah bilangan ahli keluarga, i mean anak. bukan madu.

sekian.

Monday, December 26, 2011

10 minus 1 tips to Universal Studio Singapore

Trip to USS the other day was so-so. Sebab planning kurang baik, and lotsa time wasted.

So hari nih, saya buat post mortem trip to USS so kalian dapat maximize time di sana. :D

Tips No. 1
Sila pastikan tuan-tuan dan puan-puan juga saudara dan saudari bertolak awal ke Singapore. Kalau bertolak dari Johor, sila pastikan tuan/puan/saudara/saudari diberi arrival form (kad warna putih) untuk diisi dan diserahkan kepada imigresen singapore. Kalau boleh biar sampai pagar USS tu just nice untuk opening time theme park

Tips No. 2

Kalau drive sendiri, sila dapatkan map atau GPS. Jangan buat assumption attraction super scale ada signboard atas highway. Ini penting untuk mengelakkan masa terbuang dan unnecessary fight in the car. :P

Tips No. 3
Sila beli mineral water di Johor. :) Sebab mineral water di dalam theme park adalah berstatus elit. get what i mean?

Tips No. 4
Sila pakai pakaian yang selesa, bukannya untuk bergaya. :P Super panas okay! Kalau bawak budak-budak kecik, pakaikan tshirt and comfy pants. tak payah nak bergown bagai or berkemeja tali leher. :P

Tips No. 5

Surau tak de dalam USS. (this is something they should learn from themeparks in Gold Coast that provide super comfortable musolla for Muslims to pray!!) so sila jadualkan trip anda sebaiknya bagi memastikan keperluan fardhu tidak terabai.

Tips No. 6
Bagi yang datang dengan niat nak naik rides, sila beli express tiket. Kalau tidak merasalah beratur 2 jam nak naik rides. :)

Tips No. 7
Know your kids' height. Gosh. Some of the rides tak letak pembaris ukur tinggi sebelum queue. Dah nak dekat sampai rides baru ada. I dah terkena. Dah duduk dalam ride pastu kena keluar balik sebab ukur din din sekali tak lepas sebab aidin 'barely' make it. Udahlerr beratur berlingkar-lingkar. Sesungguhnya masa tu sangat panas hati. tapi lepas tu sejuk sikit sebab dia kasi swap pass.

Tips No. 8
Bawak duit banyak-banyak kalau nak shopping. Miahahaha. Souvenier dia bolehhhhh tahan harga!

Tips No. 9
Kalau hangpa takde anak kecik, avoidlah pergi masa cuti sekolah Msia & Singapore. Tiket mahal. Orang ramai.
Tu jek la. Good luck for your trip!