Trip to USS the other day was so-so. Sebab planning kurang baik, and lotsa time wasted.
So hari nih, saya buat post mortem trip to USS so kalian dapat maximize time di sana. :D
Tips No. 1
Sila pastikan tuan-tuan dan puan-puan juga saudara dan saudari bertolak awal ke Singapore. Kalau bertolak dari Johor, sila pastikan tuan/puan/saudara/saudari diberi arrival form (kad warna putih) untuk diisi dan diserahkan kepada imigresen singapore. Kalau boleh biar sampai pagar USS tu just nice untuk opening time theme park
Tips No. 2
Kalau drive sendiri, sila dapatkan map atau GPS. Jangan buat assumption attraction super scale ada signboard atas highway. Ini penting untuk mengelakkan masa terbuang dan unnecessary fight in the car. :P
Tips No. 3
Sila beli mineral water di Johor. :) Sebab mineral water di dalam theme park adalah berstatus elit. get what i mean?
Tips No. 4
Sila pakai pakaian yang selesa, bukannya untuk bergaya. :P Super panas okay! Kalau bawak budak-budak kecik, pakaikan tshirt and comfy pants. tak payah nak bergown bagai or berkemeja tali leher. :P
Tips No. 5
Surau tak de dalam USS. (this is something they should learn from themeparks in Gold Coast that provide super comfortable musolla for Muslims to pray!!) so sila jadualkan trip anda sebaiknya bagi memastikan keperluan fardhu tidak terabai.
Tips No. 6
Bagi yang datang dengan niat nak naik rides, sila beli express tiket. Kalau tidak merasalah beratur 2 jam nak naik rides. :)
Tips No. 7
Know your kids' height. Gosh. Some of the rides tak letak pembaris ukur tinggi sebelum queue. Dah nak dekat sampai rides baru ada. I dah terkena. Dah duduk dalam ride pastu kena keluar balik sebab ukur din din sekali tak lepas sebab aidin 'barely' make it. Udahlerr beratur berlingkar-lingkar. Sesungguhnya masa tu sangat panas hati. tapi lepas tu sejuk sikit sebab dia kasi swap pass.
Tips No. 8
Bawak duit banyak-banyak kalau nak shopping. Miahahaha. Souvenier dia bolehhhhh tahan harga!
Tips No. 9
Kalau hangpa takde anak kecik, avoidlah pergi masa cuti sekolah Msia & Singapore. Tiket mahal. Orang ramai.
Tu jek la. Good luck for your trip!
No comments:
Post a Comment