Thursday, December 29, 2011

Update Siti Norwahizan

Lunch tadi, keluar awal sikit, pergi lawat Siti Norwahizan dekat ICU, GH. Sal amek kat opis, and terus gerak ke GH. masa dalam perjalanan, boleh gelak-gelak, boleh buat lawak bodoh.

sampai hospital, selepas bertanya 2 pak guard, sampai la kitorang kat ICU. tunggu turn nak masuk jumpa siti. ramai betul lawat siti, alhamdulillah, bertuah siti.

bila sampai turn kitorang masuk, aku yang cam gelabah. aku dah lamaaaaa tak jumpa siti. last aku jumpa siti 3 tahun lepas. masa birthday aisy kat rumah sal. masa sampai kat katil siti, aku tatau nak cakap apa. aku sedih sangat tengok siti. memang dia tak larat langsung. tak boleh cakap. dia tulis something kat tangan dia tapi aku tak faham. aku tak dapat tangkap apa yang siti cuba cakap. sal kat sebelah dah lari sebab air mata dia dah meleleh-leleh.

tak dapat aku gambarkan cemana sakitnya siti. aku doa semoga Allah berikan siti setinggi-tinggi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dugaan ini. semoga Allah mengembalikan kesihatan siti. kasihan anaknya yang masih kecil, yang belum puas menikmati kasih sayang mamanya.

kepada kawan-kawan se-UTM yang nak melawat siti, siti is in ICU, Blok Utama, Tingkat 3, Katil 6, Hospital Besar Kuala Lumpur. Doakanlah ye kawan-kawan untuk kawan aku yang sorang nih.

Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada ibu muda ini untuk mengharungi semua ini.
kau kembalikanlah kesihatannya,
Kau ampunilah dosanya.

kau titipkanlah kekuatan kepada keluarganya ya Allah dalam masa-masa sukar ini.

Amin, Ya Rabb.

2 comments:

Ibu Adam said...

Went there today. Didn't want her to see me cry but when I look into her eyes, telling her to be strong, I just couldn't help it. I'm sure she's much much more stronger than me.

aishah zaharin said...

aku kesian aa tgk dia nard. just hope she could be very strong!