Friday, May 11, 2012

Catatan Umrah

Sebelum perjalanan dimulakan, banyak kali dipanjatkan doa kepada Allah, agar perjalanan ini dipermudahkan, beban rindu dihilangkan. alhamdulillah, dimakbul semua oleh Allah SWT.

Masih teringat lagi reaksi anak-anak yang terkejut melihat daddy 'bertowel' (memakai kain ihram) sahaja untuk ke airport. penerbangan kami dijadualkan turun di jeddah, maknanya kena ready dengan pakaian ihram dan memulakan ihram dalam flight,.

Flight
Kami bertolak ke Jeddah menaiki Saudi Airlines. banyak perbezaan antara commercial flight dengan chartered flight (musim haji). food was soooo good. kena dengan tekak saya yang selalunya tak boleh terima food dalam flight. arrived in jeddah just as maghrib was about to start. memang sudah diniat mahu solat di mekah, so, jamak takhir la untuk waktu maghrib dan isya'.

jemaah umrah diarah untuk pergi ke terminal haji, diasingkan dari penumpang yang lain. urusan imigresen pun cepat, berbanding masa haji, yang mengambil masa sehingga 4 jam.

selesai urusan imigresen, terus berkumpul untuk bertolak ke mekah menaiki bas, yang mengambil masa lebih kurang 1 jam dari jeddah.

Masuk Mekah
Excited! bas menyusur perlahan di kota mekah. mata memandang liar ke kiri dan ke kanan. kurang pasti laluan yang diambil oleh bas. sampai di hotel, terus check in, selesaikan solat fardhu n ready to selesaikan umrah malam tuh.

Sepanjang Umrah : Kisah Gadis Holland
salah satu waktu solat, saya ditakdirkan solat di sebelah seorang wanita muda dari Holland. sempat berbual bicara, since she can converse in english. best dengar cerita dia. baru berusia 25 tahun. kata dia, dia bru je kawen, seminggu or 2 minggu sebelum tu dengan seorang lelaki yang dikenalinya semasa berkunjung ke tanah suci setahun yang lalu. kata dia, both of them decide utk datang umrah bagi melengkapkan kisah perkahwinan mereka. auwwwwww. so sweet!

Sepanjang Umrah : Kisah gadis Morocco, Salwa
dia yang menegur saya. bertanya samada saya dari Malaysia. i said yes, and she asked for some help. katanya dia ada sahabat dari malaysia, yang bukan beragama Islam. dia mahu berdakwah kepada sahabatnya ini agar memeluk Islam, dan meminta saya membantunya menjawab beberapa perosalan yang boleh membantunya menjelaskan kepada sahabatnya ini. saya terus terfikir, selama 32 thn saya hidup di mukabumi ini, tidak pernah sekali pun saya melaksanakan tugas ini. agak terkial-kial juga mahu menjawab, maklumla, ilmu tak cukup di dada. harapnya, terbukalah pintu hati sahabatnya memeluk Islam

Sepanjang Umrah : tawaf dan Saie at 41 degrees
Subhanallah. tawaf was okay, tapi masa saie, saya sudah mengheret kaki. saat itu terfikir, usiaku masih muda, tapi sudah tidak mampu bersaie. 3 kali berhenti berehat baru dapat selesaikan umrah. terus tumbang waktu zohor. panas 41 degrees pun sudah tidak tertanggung, di akhirat bagaimana pula?

Tawaf Wada'
Hati saya sayu. dari saat menjejak kaki melihat kaabah, mata sudah basah. takut ziarah ini ziarah yang terakhir. berkali-kali mendoakan diberi peluang ke sini lagi. namun andai ini ziarah yang terakhir, berikanlah syurga sebagai ganti,nanti saya kongsikan doa dalam entry akan datang. insya Allah.

Madinah
Usai 8 hari di Mekah, kami bertolak ke Madinah. suasana di madinah lebih relaks. menjengah raudhah memerlukan kesabaran, khususnya perempuan. perlu beratur hampir 2 jam setengah untuk mencari ruang dan peluang bersolat dan berdoa di raudhah. mak mertua berbicara kepada saya, beginilah gambaran menunggu waktu dihisab kelak. gerun dibuatnya. 2 jam pun tak sabar, di padang mahsyar?

di sini juga kami dibawa menziarahi bukit uhud, di mana tersemadinya jasad saidina hamzah dan para syuhada. pernah berlaku banjir di kawasan ini pada 80+H, yang telah membongkah perkuburan para syuhada'. Subhanallah, masih mengalir darah para syuhada' walau telah berpuluh tahun disemadikan. bukit uhud bergegar enggan membenarkan pemindahan perkuburan para syuhada'.

Syukur Allah atas jemputan ini. Moga ini bukan ziarah terakhir!

Wednesday, May 9, 2012

Bersih di Mekah dan Madinah : Pandangan Saya

Alhamdulillah, sudah selamat tiba di tanahair Jumaat lepas. Masih dalam mode, mengadjustkan badan dan diri and body clock to local time. Syukur sepanjang di sana, sihat walafiat. bila dah balik nih jek yang dok achooo! achoo!

Tak terkata indahnya trip kali ini. 2 minggu rasa begitu sekejap. tidak sedetik rasa rindu pada ketiga-tiga hero. masa yang ada alhamdulillah dapat dimanfaat dengan baik. pengalaman melaksanakan umrah semasa suhu mencatat 41 darjah celcius sukar dilupakan. terfikir sejenak, panas sebegitu tidak tertanggung, bayangkan panas di padang di padang mahsyar?? semoga saya tergolong dalam 7 golongan yang mendapat naungan arasy-Mu ya Allah.

agak terkejut dengan berita mengenai Bersih 3.0 di kota suci. masa kejadian saya dan keluarga melaksanakan umrah sunat dengan bermiqat di Tanaim. hanya mengetahui berkenaan hal ini setelah tiba di Kuala Lumpur. yang saya ingat, pada penghujung minggu itu (selepas berlakunya bersih) kawalan keselamatan untuk masuk ke masjid menjadi ketat, tidak seperti biasa di Mekah. Samada kebetulan atau tidak, saya tidak pasti. Beg diperiksa sebelum masuk ke masjid. Agak kecewa sebenarnya dengan kejadian ini. Tempat ini tempat suci. Bukan tempat untuk berdemonstrasi. tempat yang depa pi demo tuh pun is actually tempat makan, yang menjadi tumpuan kebanyakan rakyat malaysia. elok-elok dapat pahala 100,000 kali ganda, mungkinkah tak pasal-pasal kita mendapat 100,000 kali dosa kerana menimbulkan kesukaran kepada jemaah lain yang datang dari serata pelusuk dunia.

kebanyakan yang pro pembangkang mengatakan, kenyataan ini diputar belit media. ada yang menyatakan saudi mempunyai banyak lagi isu lain yang hendak difikirkan.

wahai umat, yang hadir ke tanah suci itu bukan jemaah malaysia saja. ada yang dari India, Turki, China, Holland, UK, Pakistan, Indonesia, Brunei, senang cakap seluruh dunia. Certainly, Saudi concern mengenai keselamatan jemaah semua umat Islam ke sana, lantas menjadi sensitif terhadap sebarang demonstrasi atau tunjuk perasaan di tanah suci ini. Saya tidak terkejut andaikata restriction dikenakan kepada rakyat Malaysia untuk melaksanakan haji dan umrah, sebab memang ada dalam lipatan sejarah warga Iran tidak dibenarkan menunaikan haji kerana tunjuk perasaan di hadapan masjid. andai ini berlaku, banyaklah yang terkena tempiasnya. termasuklah kita-kita nih yang menyimpan dalam tabung haji, sebab one of their mainstream business is pakej umrah dan haji!

setiap permasalahan ada penyelesaiannya. dan ini bukanlah satu penyelesaian terhadap masalah yang ada. ini lagi menambah masalah.

harapnya perkara ini dapat dilihat dengan mata akal, bukan dengan mata hati. kasihan warga-warga emas yang sudah berpuluh tahun menyimpan wang hendak ke mekah, hanya kerana keghairahan berdemo oleh pihak tertentu, hajat itu tidak tercapai.

to me, berdemo macam nih, bukanlah berhajat menuju penyelesaian, tapi lebih kepada mendapatkan attention media antarabangsa, dengan memperjudikan nasib umat Islam Malaysia.

terlalu banyak yang ingin saya coretkan. tak kiralah anda pro kerajaan atau pro pembangkang, ada perkara tidak wajar dilaksanakan.

Satu persoalan yang saya nak bagi, bila kita boleh label pilihanraya itu bersih? adakah selepas BN digulingkan baru bersih?

terlalu banyak yang ingin saya coretkan di sini. namun tak mampu ditulis sebab terlalu panjang.

Mode : apa nak jadi dengan malaysia nih...

Saturday, April 21, 2012

Insya Allah, we'll be pushing off for umrah today.

Please forgive all our wrong doings. Doakan kami selamat semuanya dan mencapai umrah yang mabrur. Doakan kesejahteraan dan keselamatan keluarga yang akan saya tingalkan.

Rindunya pada tanah suci!

Labbaikallahummalabayk!

Friday, April 20, 2012

Khidmat Guaman

Scene 1 : at clinic. bawak adib jumpa dr sebab demam. bila dah selesai check semua, as usual, dr pun bagi la her advise..

Dr : So, no cold water. no ice cream. and no oily food.
Adib : (dengan spontan jawab) but i don't take cold things!

(mulut sapa ko dapat nih dibbbbb!)

Scene 2 : he was chit chatting merrily at mak's home, that i suddenly remember his new tunes he learned at school.

Mommy : Adib, can you please sing me the new song, so that i could learn and sing it to aidin?
Adib : Mommy, i think you have to go to school and learn it from teacher.

Dang!!

Bakal lawyer kah?????

Friday, April 6, 2012

Cerita Birthday Aidin

haven't got the chance to update on Aidin's celebration. Alhamdulillah, all went well. most importantly, the kids enjoyed it loads! :) Syukur.

Initial plan
mula-mula plan nak buat birthday bash on Sunday at our crib. but due to some reasons, we changed the plan totally. buat hari Sabtu @ my parent's place. one of the reason is to make sure all siblings boleh attend majlis, sebab my younger brother kerja on sunday. masa tuh, kek dah order. berharap sangat baker boleh accommodate, tapi dah takde rezeki aidin nak makan rainbow cake gambar chuggington. (tapi, Allah dengan yang lebih baik dengan melembutkan hati suami beli kek aiskrim kat BR. alhamdulillah!)

The Menu
bab masak-masak untuk BIG volume, i memang lemau. so, kriteria pemilihan menu banyak based on "30 mins and under". hewhewhewhewhew. first time ever jugak, i beranikan diri buat cupcakes untuk letak lilin (sebab beli ice cream cake, so susah nak cucuk lilin).

so, menu of the day:-
1. spaghetti sardine (sangat fusionnn!! thanks to kawan i, nama dia hawa yang ajar cemana nak masak nih. simple, sempoi tapi cukup untuk bukakkan selera)
2. mushroom soup (fresh punyaaaa untuk younger kids)
3. garlic bread
4. baked pasta
5. triple chocolate cupcake
(and guess what, ye, saya masak semua yang di atas. phew!)

and menu of the day dimeriahkan lagi dengan sumbangan ayahanda, bonda dan ibu saudara tercinta.
6. mee sup (mak masak)
7. karipap & sandwiches (dari husband's aunty)
8. apple crumble + vanilla ice cream (aunty tuan rumah)
9. sate (from samuri sponsored by abah)

alhamdulillah, makanan licin. tu penting untuk tuan rumah, sebab kalau tak habis, adoiiii jenuh la menyusun dalam peti ais.

The Cake
mujur masih rasional masa beli ice cream cake. kalau ikutkan anak tekak i, memang confirmla kanak-kanak pun aku suapkan jamoca punya flavour. hiks! tapi disebabkan oleh kanak-kanak punya party, so i pilih chocolate cookie dough (vanilla based). it's a tad sweet to me. cake memang lesap laju gila. si afiq n adib siap duduk sebelah meja lagi. senang nak tambah. lepas tuh masig-masing sugar rush.

The Pics
tak banyak sangat gambar yang ada. betul-betul harap adik capture moments. gambar aidin pun sikit saje. both parents busy teramat layan tetamu. aidin chill himself dengan atok. sampai la dia dapat belon, baru dia berani nak join the crowd.

tu la cerita serba sikit pasal birthday celebration aidin. dah 2 tahun dah anak mommy. hope he'll grow up as a good muslim, caliph and attain victory now and in life hereafter. amin!

ps - gambar nanti-nanti mommy upload. tgh malas.

Thursday, April 5, 2012

Happy Birthday to Afiq, Adin and Aidin's Daddy

sudah lambat to put up this post..

Happy Birthday to my OH. birthday sehari lepas aidin. sudah 34 tahun, bermakna semakin hampir dengan kematian.

Semoga dikurniakan dengan umur yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar serta keselamatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat nanti.

Tak kira la awak dah tua ke, muda lagi ke, you still own my heart. ewwahhhhh.

Happy birthday dearest. Love ya!

Monday, April 2, 2012

Happy 2nd birthday Aidin Nasri!

I was wheeled in to the operation theatre at Prince Court Medical Centre last two years, around this time.

Happy 2nd birthday Aidin Nasri!