Tuesday, May 21, 2013

Semangat Menggunung Tinggi

Seronok jek rasa kerja minggu ni sebab hari Jumaat cuti. Yeay. Tak sabar jugak nak Jumaat sebab akak bidan nak datang rumah, nak repair urat badan. Dah sakit-sakit badan nih urat tergeliat sana sini. Production EBM pun tak berapa nak meriah, maybe sebab penat kot. 

Hari ni, bertolak pergi office dengan penuh rasa keazaman nak capai satu impian. Nak capai impian ni kena ada semangat yang tinggi. First step aku dah buat. Nih nak melangkah ke step 2. Alang-alang dah jadi ibu bekerjaya, biar betul-betul berjaya. Chewah. Nope, actually, something happened, and open up my eyes. Terus semangat nak capai impian. Moga Allah permudahkan laluan.

Doakanlah aku ye kengkawan, semoga aku berjaya capai impian aku ni. Nak share malu. :)


Friday, May 17, 2013

Burger Bakar Abang Burn

Pertama sekali, mintak ampun mintak maap, kalau lah entry saya ini buat sahabat-sahabat yang puasa or diet atau seangkatan dengannya tergoda. Aku dan makanan tidak boleh dipisahkan walaupun saya tahu penimbang berat itu sentiasa menggelakkan kegagalan saya menurunkan berat badan. 

2-3 hari lepas, dok baca blog, sana sini dok promote Burger Bakar Abang Burn. Tengok gambar memang menitik-nitik air liur. humang aihhh. Sedapnya kalau dapat!

So, hari Rabu lepas, balik dari kerja cakap ngan OH. "Saya teringin nak makan burger bakar, tapi nak beli dekat Taman Dagang, Ampang." Hamek, spesifik request. 

Kerana sayangkan isteri, diturutkan jugak, walaupun terpaksa drive macam nak pegi opis. Dalam 30 minit la dari area rumah kitorang nih. Udah la lapar, tapi teringin punya pasal, sabar jek.

Ingatkan lama nak tunggu dia masak, rupanya kejap sangat! OH saje yang turun pergi belikan burger. Aku dah order awal-awal, aku nak makan burger kambing bakar. :D Malas nak makan dekat situ sebab bawak budak-budak. So, OH tapau la burger kambing untuk aku, burger daging untuk dia, meatballs untuk budak-budak. Tak sampai 10 minit, OH dah masuk balik dalam kereta bawak burger ngan meatballs yang ditapau. Kalah mamak's service! Excellent!

Verdict : Burger kambing bakar aku menang carta tastebud! Puas hati! Ramai yang cakap burger daging tu sedap, tapi maybe sebab aku makan burger kambing, burger kambing tu lagi terserlah kesedapannya. Total damage to the pocket dalam RM30. Don't ask the damage to the waist line. Abaikan saje. Anggap banyak ralat paralaks, :P

Ni burger husband punya. RM8.50 kalau tak salah aku.



Meatballs for kids, served with cheesy potato wedges. RM9.90



Highlight of the day : Burger Kambing Bakar. RM11.90. NYUMS!

Dengarnya, burger bakar abang burn nih ada banyak cawangan. All over Malaysia. Korang search jek la dalam facebook. Yang pakai smartphone, download waze siap-siap. amek jek directions to get there. 

Selamat menjamu selera. 

Pantun 2 kerat hari ini:-
Sharing is caring, 
Gemuk sorang-sorang tak thrilling.

Wednesday, May 15, 2013

Baju Baby Murah

Selama ni, aku tengok je baju baby pompuan yang cantik-cantik. Nak beli, takde anak perempuan. sekarang dah ada anak perempuan, pantang masuk kedai baju baby, meroyan!!

Nih last weekend, masa mini celebration mother's day. Treat daripada OH. Simple jek. Kami makan kat The Manhattan Fish Market, Wangsa Walk Mall. Celebration pun biasa-biasa saje, memandangkan OH tak sihat.

Tapi sempat je menyinggah kat F.O.S. Aku suka kedai tu sebab baju baby murah. Dasar Cheapskate Murah tapi cantik. Aku rembat 2 pasang baju tido. Aku jenis suka baby pakai one piece set, sebab tak terangkat-angkat baju kat perut dia. Few weeks sebelum tu aku rembat baju tido gak kat Brand's Outlet, Midvalley. Harga lebih kurang. 2 pieces for RM24 or 1 piece for RM15. Sangat cantik and of good quality as well. Tak caya?

aku nak tepek gambar, tapi aku tatau apsal tak lepas-lepas kat blogger ni.

potong feel betul la nak share gambar!




Tuesday, May 14, 2013

Sesi Lap Air Liur

Korang suka makan cendol? mintak hampun dan maaf la kalau entry ini mengundang rembesan air liur yang hebat. Muahahahaha.

Sabtu lepas, panas sangat. Aku plak badan macam nak demam, tak demam. Tak sedap badan. Husband tanya nak makan apa. Boleh aku cakap nak makan cendol. udah la tak sihat. Tapi yang peliknya, Husband ikutkan jugak. Ingatkan tak bagi dah.

So bergeraklah kami anak beranak ke Sri Rampai. Kat sini ada satu kedai jual cendol. Nama dia Chendol Wahab. Tak eprnah lagi aku buat keluar rumah semata-mata nak makan cendol.

Dia sederet dengan Old Town. Dekat jek dengan pasar NSK kat Wangsa Maju. Aku first time makan cendol nih masa sebelum bersalin dulu. 

So kitorang order cendol biasa, rojak biasa ngan bandung cincau for the kids. 


ni la cendol yang mencengkam jiwa. Tapi masa makan hari tuh ada kureng sikit rasa. Macam kurang gula.  Pastu mana cukup cendol jek kan, kita up rojak satu..

Rojak dia pedas-pedas manja gitu. Budak boleh makan.

Yang aku ingat, air bandung cincau anak aku paling sedap hari tuh. Next time boleh try ABC. :)

Kay, lap air liur masing-masing.

Monday, May 13, 2013

Terlebih Angelina Jolie




Tengah menyusukan Marissa tengah malam semalam, sekali Aidin bangun merengek-rengek. Suruh Mommy tengok mulut dia, nak bubuh ubat. Mata tengah mamai, pastu gelap, main raba je la mulut dia. Terperanjat terus Mommy dia, terus suruh OH tengokkan.

Tengah malam tu jugak, hantar Aidin pergi A&E PCMC. I was left behind to look after the other three. Sampai jek hospital, Aidin pun cakap, "Didin tak nak duduk hospital." Sian anak Mommy.

Dr check, dia kata, ni kena gigit serangga ni. Ada one small tiny mark dekat dia punya upper lip. Dr kasik ubat and hopefully cepatla recover. Sedih benar tengok mulut dia macam tu. Udah lerr bibir dia memang macam Angelina Jolie, ni dah terlebih Jolie dah nih.

Rabbi Yassir Wala Tu'Assir. Semoga Allah permudahkan segala dan memberikan syifa' kepada Aidin. AMIN.

Friday, May 10, 2013

PE ooo PE

Procrastinate.. Procrastinate..

Bila la report aku nih nak siap. ni la jadinya kalau material tak cukup, padahal tengah free gila minggu nih. Aiyo. Bila la aku nak pass PE exam kalau gini.




Thursday, May 2, 2013

Many Faces of Arfa Marissa

muka dah masam nak mintak mandi

arfa the ballerina

smile!