Wednesday, October 8, 2014

BFF : Aidin & Damia

Aidin dengan Damia (my niece ni agak rapat). Mana taknya, kalaukat KL, pergi sekolah sama. Pastu makan sama, kekadang mandi pun sama. So, bila Aidin pindah Japan, Mia memang terasa sunyi. 

Bila dengar je Aidin dah sampai KB, dia tak boleh tunggu dah nak jumpa Aidin. Jalan pun tak lepas tangan. Sweet!

Masa kat KB Mall.

The day we went back to Japan, Damia cried out. Owh, kesiannnnnnnnnn sangatttttt! You'll be my popcorn girl. Cakap macam popcorn. Nonstop!

Tuesday, October 7, 2014

Cuti-cuti Malaysia : Reception Ayoy & Baitty Part 2

A week after majlis di Kota Bharu, majlis sambut menantu dibuat kat KL pulak. And untuk pertama kalinya dalam wedding family, Abah decide nak buat kat dewan sebab dah tak larat nak buat kenduri kat rumah. Rasa macam pelik, sebab kurang sibuk, etc. Kalau wedding kat rumah kan macam-macam nak kena buat. Tak kisah la, janji meriah and happy.

So, Abah decide untuk buat kenduri dekat Dewan LJT, Taman Melawati. Dekat hometown sendiri, parking senang, surau ada. So, Sabtu pagi, bersiap ala kadar di rumah. Kali ni, adik ipar tak dapat nak make up. Last minit, si Damia (my niece) kena HFMD. Panic mode seround. Mana taknya, esok tu jugak kitorang nak balik Japan. Jangan la ada yang berjangkit. Kang tak lepas naik flight.

Theme utk rumah kitorang kaler gold. Atas pilihan pengantin. Baju aku beli dah siap saje. Tu pun bukan aku beli. Mak belikan. hehe Pastu suruh kakak opismate jahit manik. Sempoi.

Tapi gambar tak banyak uols. Iols is busy hari kenduri. 


 Baju Arfa ni beli yang kosong je asalnya. Pastu, aku jahitkan manik ngan bunga.


 

Us and the pengantin



Monday, October 6, 2014

Cuti-cuti Malaysia : Reception Ayoy & Baitty

Sambung cerita Ayoy kawen..

Dah settle nikah in the morning, kitorang semua free and easy activity. Malam baru reception. Pengantin jek la takfree and easy pun, sebab ada rehearsal. 

So sekali lagi, malam tu, adik ipar aku (Diyana) tolong makeup. Theme family malam tu kaler peach. Baju aku anak beranak dah siap before pindah Japan lagi. Boleh aku lupa bawak sampin bebudak ni gi KB? 

Ni la tukang makeup malam tu. Mia kena diet. :P

Majlis malam tu agak mencabar la utk family aku. I mean my small family sebab bebudak ni body time clock belum adjust ke waktu Msia. Imagine aku punya usaha to keep Aidin awake, sebab at one point, dia tido atas kerusi. 

Nothing much to tell, just enjoy gambar je la ek..

The BFF

 Usaha-usaha menenangkan hati anak dan mak.
 Imam Muda Aidin Nasri

 Rambut panjang tak sempat nak potong

 Afiq yang berjalan balik bilik sambil tutup mata sebab ngantuk sangat.
 My one and only girl at the moment

 Gambar 4 generasi! Left most : Uwan (My grandmom), Mak, Me, Arfa

Last but not least, the newly weds : Clark Kent & Irma Hasmie.Eh!

Friday, October 3, 2014

Cuti-cuti Malaysia : Falah aka Ayoy Solemnization in Kota Bharu

Memang feeling jetsetter habis lah. Touch down KL Subuh, lepas Zohor dah fly to KB. :D

Nak jadi cerita, kitorang lupa nak bawak MyKid. Kaunter check in dekat KL suruh isi form, and we are OK to fly. Tapi masa nak balik KL, kaunter check in FireFly di KB suruh buat police report dulu baru boleh check in. Pelik kenapa SOP KL dengan KB tak sama. 

Anyway, flight to KB was ok la. Anak tak meragam keletihan pun dah cukup baik. Arfa sleep throughout. Mau tak penat? 

Sampai KB, pengantin pick up kat airport. Long story short, kitorang check in dekat Hotel Perdana, where the majlis will take place the next day. Malam tu makan kat Kedai Payang Serai. Aidin belasah sotong cukup-cukup, while the twin tido kat meja makan. Talking about being too tired.

Next morning, pagi-pagi lagi before breakfast, my adik ipar dah datang bilik. Sebabnya, my makeup stuff semua ke laut. My SIL ada amek course dengan epie termeloh tu. Untuk orang tak reti make up macam aku, memang need help. Siut punya adik ipar, sempat kutuk aku takde bulu mata. Chait! :P

Yang dimake up dengan tukang make up. Thank you adik ipaq!

Solemnization starts at 10.00am. My 'once a naughty brother when kid' is finally settling down. Alhamdulillah. 

Nice simple deco

Cerita lawak.. Lepas nikah, Ayoy kena baca lafaz taklik. Aku yang dok kat belakang ni rasa heran, apsal la merangkak sangat adik aku baca ni. Takkan tak pandai baca BM. Rupanya,lafaz talik yang tok kadi bagi dalam tulisan jawi.Tok Kadi lupa yang tulisan rumi. Haha. Memang jadi bahan la. Nasib la kan..

Ni cucu-cucu Abah & Mak. Tunggu produce dari Ayoy pulak.

Lepas nikah, kitorang dijamu dengan Nasi Dagang. Meman aku balik Msia ni calorie loading la. Makan heaven gila! 

Lepas nikah, petang tu kitorang pergi KB Mall. Know what my kids nak makan? McDonald. Yeah. And Adib makan macam tak pernah makan. Gila banyak!

 Gambar family. Spoil betul budak-budak ni amek gambar makan lollipop.

Freestyle. Tengok si Mia excited. Aidin tetap khusyuk dengan candy dia.


Tu la cerita nikah. Nanti sambung cerita sanding.

Thursday, October 2, 2014

Cuti-cuti Malaysia

Seminggu lepas in law datang, kitorang pulak balik Malaysia. Punya la look forward nak balik. Rindu gila kat KL. Memang la aku anak jati Malaysia. Campak gi mana pun, tetap suka duduk Malaysia. Abundance of good things to appreciate. :D Walaupun Japan ni ada keistimewaan sendiri, aku tetap rindu Malaysia. 

Sebelum balik KL, memang aku kemas rumah sehabis mungkin. Settlekan kain baju, basuh toilet, vacuum umah. Memang banyak gila la benda buat. Tapi still kain aku tak settle sebab hujan non stop. So, bila balik Japan balik, huhuhuhuhu, bertimbun la baju nak gosok.

Kitorang balik KL naik Air Asia X. Aku n family no hal naik Air Asia. Walaupun MAS is preferred, but cost is also important. So kita be sensible, naik je la apa yang mampu. Janji sampai. :D

Flight dari Haneda pukul 11 mlm.Timing yang sangat cantik. Naik flight je, bebudak kedebum zzzzzzz. Aku susah sikit nak tido naik flight. Maybe sebab excited sgt kot nak balik KL. Sebelum naik flight, isi perut dulu. Ingatkan nak makan roti-roti je, ehh sekali ada satu cafe ni ada halal food. Belasah roti nan ngan kari la sebelum naik flight. Cafe tu dalam food court, mengadap runway, dekat dengan Tokyo Toy Shop, ke Japan Toy Shop. gitu la nama dia. Ada 2 je pun, menu yang halal, but it's good enough for a start. 



Muka masing-masing dah monyok sebab dah ngantuk.

Flight was smooth. Sampai KL Jumaat pagi. Tapi sampai-sampai KL, jerebu la pulak. Sampai je KL, gi breakfast kat rumah in law. Makan nasi lemak dgn sambal kerang, skali ngan teh tarik. Ya Allah, nikmatnya!

Lepas je breakfast, rush balik rumah sendiri sebab kena packing nak kejar flight kul 2pm to KB, attend nikah adik. Masa tu, my family members semua dah kat Kelantan. Kita sambung cerita nanti......


Wednesday, October 1, 2014

Belated Update : In Laws Datang Menziarah

End of August, to early September hari tu, my in laws datang umah. Lepak Japan seminggu. Sebelum datang, pulun kemas rumah habis-habis. hikhik. :)

My parents in law datang dengan my brother in law yang kebetulan tgh cuti semester. He is studying in Swansea, so dia la kaki pujuk papa & mama untuk datang Japan. Lama gila kot tak jumpa. Last was last year's Eid! 

It was fun to have your family around. Buat rumah rasa sangat warm and cozy, plus boleh update gossip. :) Kalau ngan anak-anak, asyik update cerita EvanTube kat Youtube saje!

Since my father in law is a huge fan of fish, (Tranung mari bohhhh!), so memang most of the time makan kat rumah. He will buy some fish, bring home, and suruh masak. Debor ye debor bila pak mertua suruh masak. Bangga ada gak, sebab aku ni dulu level ngam-ngam pass, janji kenyang tak sakit perut je masak. Dia punya enjoy la makan ikan sampai cakap,"I can't stay here for long period. I'm gaining weight." haha

Husband bawak jalan sikit-sikit je, sebab kebetulan, last minit masa in laws dah beli tiket utk dtg, dia kena assigned pegi Korea. Nasib baik 2 nights saje (and that was my longest 2 nights yo!)

Few places yang kitorang pergi..

 Shinjuku. Sambil fitting baju sekolah bebudak, sambil bawak family berjalan.

 Mitsui Outlet Park. Mom in law dengan anak-anak

 Bayside of Mitsui Outlet. Breathtaking view

 The boys

Belated duit raya from Tok Papa

Sending them off at Haneda Airport. Aidin menangis ngantuk.

Since umah kitorang ni comel saiznya, kalau ada family datang visit, memang kena fikir mana nak bagi tido. I think, boleh kata semua family yang duduk kat Japan ni ada masalah sama. 

In our case, my long time neighbour yang dah bertahun kerja kat Yokohama ni bagitau, ada service sewa futon (tilam). You can rent it either weekly, or monthly. Dulu-dulu, pakcik yang sewakan futon ni ada provide transportation, tapi dia dah tua. So sekarang, semua kena pick up sendiri. Sewa affordable, dan tak pening kepala mana nak simpan bila orang dah balik. Tapi memang kena ada transport la kalau nak pick up futon tu. Pakcik ni meniaga kat area Yamate. Fon no. aku takde. And kena ada orang pandai cakap Jepun, sebab Pakcik ni tak boleh cakap English. So, husband kena mintak tolong liason officer kat opis dia utk cakap. 

Kay korang, see you next time!Insya Allah

Tuesday, September 30, 2014

Belated Update : Sekolah di Jepun

Long Hiatus.

Gila lama tak update. Super busy and no time, even me-time also takde tau!

Banyak cerita tertunggak.. Dari cerita anak sekolah, ke balik cuti-cuti Malaysia, ke macam-macam lagi. :P

Mana mau mula dulu?

Kita mula cerita anak sekolah dulu la ek?

Kids mula sekolah 1st September hari tu. Kebetulan masa first day sekolah, my in laws were here. Husband was around (only for day 1) bantu urus anak sekolah. Gila mencabar.

Everyday kena bawak bentou. Consist of 2 sets, satu untuk snack time, satu untuk lunch. First day, beria aku masak nasik, takut budak-budak ni lapar. Tapi lepas tu, asyik-asyik pasta. Reason no. 1 easy to cook, reason no. 2 high chance lunch box akan kosong. Sekali-sekala je diorang request nasik.

So how is the school?

Firstly, we decided to send them to International School. Memang rabak poket suami. Tapi disebabkan stay kitorang kat sini sekejap, not much they can gain kalau masuk sekolah Jepun, and nanti surely serabut nak banyak kali adjust language. So, that's why hantar gi International School, with English medium, and ada Japanese class. Bab agama, Daddy dia take the responsibility utk ajar ngaji kat rumah. Mommy setakat suruh buat hafalan saje. (sebab boleh monitor sambil buat kerja rumah)Tapi hafalan dah lama sangkut nihhhh. Kena buat balik.

Pretty much, budak-budak ni enjoy sekolah. Balik rumah, excited buat homework. Maybe partly, they are treated like adults. Banyak adjustment dari segi mendidik anak-anak kena buat, with caution la tapinya. Kita tak nak jugak dia lost identity kan? For example, they are encouraged to speak up, but kena promote respect in speech. Gitu la lebih kurang.

Meh layan muka bebudak happy pegi sekolah..

Fitting baju sekolah kat Isetan,Shinjuku. Ingatkan macam kat Msia boleh beli over the counter saje. Rupanya kena order. 

The growing up twins.

The Grade 2 class

Afiq and classmate, Xavier

Adib and classmate, Hazel

Aidin in P.E uniform. 


Cozy setup kindy. Kindy Aidin jauh sikit dari rumah, dekat Kawasaki, about 15 mins drive from home.

Last but not least, co-pilot Mommy. Dia pun nak beg sekolah gak! Kena time, dia melalak kat sekolah Aidin sebab nak join sekaki. :P