Seminggu lepas in law datang, kitorang pulak balik Malaysia. Punya la look forward nak balik. Rindu gila kat KL. Memang la aku anak jati Malaysia. Campak gi mana pun, tetap suka duduk Malaysia. Abundance of good things to appreciate. :D Walaupun Japan ni ada keistimewaan sendiri, aku tetap rindu Malaysia.
Sebelum balik KL, memang aku kemas rumah sehabis mungkin. Settlekan kain baju, basuh toilet, vacuum umah. Memang banyak gila la benda buat. Tapi still kain aku tak settle sebab hujan non stop. So, bila balik Japan balik, huhuhuhuhu, bertimbun la baju nak gosok.
Kitorang balik KL naik Air Asia X. Aku n family no hal naik Air Asia. Walaupun MAS is preferred, but cost is also important. So kita be sensible, naik je la apa yang mampu. Janji sampai. :D
Flight dari Haneda pukul 11 mlm.Timing yang sangat cantik. Naik flight je, bebudak kedebum zzzzzzz. Aku susah sikit nak tido naik flight. Maybe sebab excited sgt kot nak balik KL. Sebelum naik flight, isi perut dulu. Ingatkan nak makan roti-roti je, ehh sekali ada satu cafe ni ada halal food. Belasah roti nan ngan kari la sebelum naik flight. Cafe tu dalam food court, mengadap runway, dekat dengan Tokyo Toy Shop, ke Japan Toy Shop. gitu la nama dia. Ada 2 je pun, menu yang halal, but it's good enough for a start.
Muka masing-masing dah monyok sebab dah ngantuk.
Flight was smooth. Sampai KL Jumaat pagi. Tapi sampai-sampai KL, jerebu la pulak. Sampai je KL, gi breakfast kat rumah in law. Makan nasi lemak dgn sambal kerang, skali ngan teh tarik. Ya Allah, nikmatnya!
Lepas je breakfast, rush balik rumah sendiri sebab kena packing nak kejar flight kul 2pm to KB, attend nikah adik. Masa tu, my family members semua dah kat Kelantan. Kita sambung cerita nanti......
No comments:
Post a Comment