tarikh bertolak ke madinah sudah semakin hampir.
sebagai ibu, pasti terselit rasa sayu untuk meninggalkan anak² yang masih kecil untuk satu tempoh yang lama. tapi di sebalik rasa sayu itu, aku patut belajar ketabahan siti hajar meninggalkan anaknya sewaktu nabi Ibrahim berkelana meninggalkan dirinya dan Ismail yang masih kecil.
membaca cebisan tulisan Dr Ridzwan Bakar mengiyakan perasaan saya. see here. saya bakal meninggalkan cinta hati saya demi mengejar haji yang mabrur. saya sudah mula dapat membayangkan suasana azan di rumah sebelum bertolak, suasana di kelana jaya, dan mula mengagak penerimaan anak² saya khususnya afiq dan adib yang sudah memahami erti tiada parents di sisi.
banyak peristiwa yang telah terjadi sebelum perjalanan haji ini bermula, dan ia banyak mengajar saya erti BERSERAH KEPADA ALLAH atas segala urusan. cumanya, kita haruslah berusaha dan bersedia untuk memberi yang terbaik dalam segala hal.
saya akui adakalanya air mata saya menitik mengenangkan anak² yang hendak ditinggalkan. tapi saya patut condemn diri saya yang sewajarnya melihat jauh ke hadapan tentang ganjaran-ganjaran yang telah Allah janjikan untuk hambaNya yang telah terpilih untuk menjadi tetamuNya di tanah suci.
saya sulamkan doa agar diri saya dijauhi dari rasa beban rindu kepada anak² dan sentiasa berada dalam keadaan terbaik agar kualiti ibadah saya tip top di sana.
amin.
6 comments:
rasa cemburu dlm hati bila dgr org yg dpt pergi tanah suci dlm usia yg muda...bahagianya...
all the best sha..semoga allah permudahkan segalanya...:)
betul kata Ilhamny.com. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.
sabar ye k aishah.. aweng paham perasaan k aishah.. mudah2an Allah mempermudahkan segalanya buat k aishah sekeluarga... Aminnn...
alhamdullillah...seronoknya dapat melawat ke rumah allah dan mengerjakan haji...
melihat anak kita demam saja sudah bisa membuatkan hati kita sedih dan risau yang berpanjangan,selagi demamnya tak kebah.inikan pula di tinggal jauh...
Doakan anak itu menjadi KEBAL.dari kecil sudah di ajar menjadi KEBAL,insyaAllah ia akan berkekalan KEKAL hingga bila-bila.
KEBAL masa kecil=mudah mendengar kata.
KEBAL masa dewasa=mudah menjaga batas sempadan dalam agama.
KEBAL masa tua=tidak mabuk dengan ujian dunia.
*Mohon keampuanan ALLAH utk ingatan pd diri yg selalu lupa ini...
akak,tabah ye.semoga ALLAH mudahkan segala2nya..semoga selamat pergi n kembali..
Post a Comment