Wednesday, October 19, 2011

hari ni, esok

hari ni, mendidik hati untuk bersabar menunggu esok. sebab esok akan bukak stitches & plasters. dan esok jugak akan tahu result biopsy. mendoakan semuanya baik-baik sahaja. buat masa ini tuan rumah tidak mahu fikir kemungkinan-kemungkinan yang dr akan bagitau esok.

hari ni, badan kurang sihat. rasa macam nak demam. hidung tersumbat. anak-anak pun not so well. abah dekat hospital. petang nih operation. dugaan.

rasa seperti mahu pergi shopping. untuk melarikan minda seketika, tapi tak terdaya pulak nak bawak kereta. tadi pun memaksa diri drive jarak dekat pergi hantar and amek anak dari sekolah. bukan takde family yang boleh membantu, cuma sekadar tidak mahu menyusahkan sesiapa.

lately, kesabaran agak tipis. hormon imbalance mungkin. anak-anak memang selalu jadi mangsa leter. guilty as charged, i am. apatah lagi perasaan mahu lari sebentar dari aidin sebab tahu tidak mampu memenuhi keperluan dia menyusu badan. kasihan si anak kecil itu.

tapi, aku harus tahu and accept semua ni. sebab setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Ya Allah, cukupkanlah hanya Engkau untuk diriku.



2 comments:

Iryani Noor said...

sabar ye kak...
my prayers will always be with you..

Nur Hasyimah Mahasan said...

sabar kak aisyah..setiap yang berlaku ader hikmahnyer...