Friday, December 30, 2011

Bagaimana Kamu Mahu Dikenang Sebagai Ibu

I came across my cousin's writing on her memory on her late father. Baca sini yea BINGKISAN AYU KHALID

Being her cousin, I could relate what she wrote pretty well. Saya tahu betapa sayangnya Ayu dekat arwah paklong. Apatah lagi kedudukan sebagai anak bongsu dan anak perempuan tunggal dalam keluarga. And yes, I still remember the night i picked her up from UPM to go back to Paroi, on the night arwah pak long passed away.

Her writings made me think. How will my kids remember when I'm gone? Will they remember me as a sloppy mommy? Or will they remember me as a perfect mom?

I don't cook as much as I should. I'm guilty as charged feeding my kids with fast food when I just simply couldn't dish up in the kitchen. I switch on the 613 channel to allow me to have some me-time. I pinched them, I yelled at them when I just can't control my temper. Aduhai, jauh benar diri ini dari milestone Ibu Mithali!

Talked to my OH on this matter, and he said, "Of course we want to give the kids the best, perfect. But then, when time is limited, you have to make the best out of it." Entahlah, I don't agree with this.

So, azam tahun baru saya - to carve the best memories my children could have. Spend quality time with them with less yelling and pinching. In short, be a better mom.

Doakan saya..

ps - I have one more day to yell la kan? hehehehehe

Thursday, December 29, 2011

Update Siti Norwahizan

Lunch tadi, keluar awal sikit, pergi lawat Siti Norwahizan dekat ICU, GH. Sal amek kat opis, and terus gerak ke GH. masa dalam perjalanan, boleh gelak-gelak, boleh buat lawak bodoh.

sampai hospital, selepas bertanya 2 pak guard, sampai la kitorang kat ICU. tunggu turn nak masuk jumpa siti. ramai betul lawat siti, alhamdulillah, bertuah siti.

bila sampai turn kitorang masuk, aku yang cam gelabah. aku dah lamaaaaa tak jumpa siti. last aku jumpa siti 3 tahun lepas. masa birthday aisy kat rumah sal. masa sampai kat katil siti, aku tatau nak cakap apa. aku sedih sangat tengok siti. memang dia tak larat langsung. tak boleh cakap. dia tulis something kat tangan dia tapi aku tak faham. aku tak dapat tangkap apa yang siti cuba cakap. sal kat sebelah dah lari sebab air mata dia dah meleleh-leleh.

tak dapat aku gambarkan cemana sakitnya siti. aku doa semoga Allah berikan siti setinggi-tinggi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dugaan ini. semoga Allah mengembalikan kesihatan siti. kasihan anaknya yang masih kecil, yang belum puas menikmati kasih sayang mamanya.

kepada kawan-kawan se-UTM yang nak melawat siti, siti is in ICU, Blok Utama, Tingkat 3, Katil 6, Hospital Besar Kuala Lumpur. Doakanlah ye kawan-kawan untuk kawan aku yang sorang nih.

Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada ibu muda ini untuk mengharungi semua ini.
kau kembalikanlah kesihatannya,
Kau ampunilah dosanya.

kau titipkanlah kekuatan kepada keluarganya ya Allah dalam masa-masa sukar ini.

Amin, Ya Rabb.

Siti Norwahizan Misman

To all my colleagues of UTM Batch 1998,

Doakanlah Siti Norwahizan Misman supaya dia cepat sembuh. Sekarang Siti dekat ICU HKL. She developed breathing difficulty early this morning.

According to Siti's husband, she was diagnosed with myasthenia gravis (lemah otot yang serius), stage 3, 1.5 years ago. Jam 3am semalam, receptor di otot pernafasan lumpuh yg menyebabkan beliau sesak nafas yg teruk dan tak dpt nak bernafas. Other word, otot salur penafasan tak mampu nak sedut oksigen.

Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesembuhna kepada ibu muda ini. Juga kekuatan kepada keluarga di sekelilingnya. AMIN!

ps - nak menitik air mata dengar cerita Salhana pasal Siti.

Wednesday, December 28, 2011

5 Azam Tahun Baru

azam tahun baru saya:-

no. 1
mahu menjadi isteri dan ibu yang lebih baik.

no. 2
perlu mula memikir strategi dan pelaksanaan pendidikan alquran untuk anak-anak.

no. 3
meningkatkan kemahiran domestik. ini termasuklah meningkatkan kualiti multi tasking, memasak, mengemas rumah dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

no. 4
meningkatkan ekonomi keluarga dengan menjana pendapatan sampingan. saya memerlukan bantuan anda dalam hal ini. sila shopping di COTTON 24-7

no. 5
menambah bilangan ahli keluarga, i mean anak. bukan madu.

sekian.

Monday, December 26, 2011

10 minus 1 tips to Universal Studio Singapore

Trip to USS the other day was so-so. Sebab planning kurang baik, and lotsa time wasted.

So hari nih, saya buat post mortem trip to USS so kalian dapat maximize time di sana. :D

Tips No. 1
Sila pastikan tuan-tuan dan puan-puan juga saudara dan saudari bertolak awal ke Singapore. Kalau bertolak dari Johor, sila pastikan tuan/puan/saudara/saudari diberi arrival form (kad warna putih) untuk diisi dan diserahkan kepada imigresen singapore. Kalau boleh biar sampai pagar USS tu just nice untuk opening time theme park

Tips No. 2

Kalau drive sendiri, sila dapatkan map atau GPS. Jangan buat assumption attraction super scale ada signboard atas highway. Ini penting untuk mengelakkan masa terbuang dan unnecessary fight in the car. :P

Tips No. 3
Sila beli mineral water di Johor. :) Sebab mineral water di dalam theme park adalah berstatus elit. get what i mean?

Tips No. 4
Sila pakai pakaian yang selesa, bukannya untuk bergaya. :P Super panas okay! Kalau bawak budak-budak kecik, pakaikan tshirt and comfy pants. tak payah nak bergown bagai or berkemeja tali leher. :P

Tips No. 5

Surau tak de dalam USS. (this is something they should learn from themeparks in Gold Coast that provide super comfortable musolla for Muslims to pray!!) so sila jadualkan trip anda sebaiknya bagi memastikan keperluan fardhu tidak terabai.

Tips No. 6
Bagi yang datang dengan niat nak naik rides, sila beli express tiket. Kalau tidak merasalah beratur 2 jam nak naik rides. :)

Tips No. 7
Know your kids' height. Gosh. Some of the rides tak letak pembaris ukur tinggi sebelum queue. Dah nak dekat sampai rides baru ada. I dah terkena. Dah duduk dalam ride pastu kena keluar balik sebab ukur din din sekali tak lepas sebab aidin 'barely' make it. Udahlerr beratur berlingkar-lingkar. Sesungguhnya masa tu sangat panas hati. tapi lepas tu sejuk sikit sebab dia kasi swap pass.

Tips No. 8
Bawak duit banyak-banyak kalau nak shopping. Miahahaha. Souvenier dia bolehhhhh tahan harga!

Tips No. 9
Kalau hangpa takde anak kecik, avoidlah pergi masa cuti sekolah Msia & Singapore. Tiket mahal. Orang ramai.
Tu jek la. Good luck for your trip!

Thursday, December 22, 2011

Trip to Universal Studio Singapore

Saya bukanlah seorang yang suka 'adrenaline-pumping rides' atau yang suka jerit-jerit kerana keterujaan. Saya juga benci rides yang turun-naik-tonggang-terbalik-laju tak boleh nak brake-paranoid takut safety belt terbukak.

Nevertheless, saya tetap suka pergi theme park. :)

Sebab saya rasa theme park tu cantik. Keadaannya bersih. Orang yang kat dalam theme park semua cam happy, walaupun sebelum sampai ke dalam theme park tengah gaduh laki bini sebab sesat nak gi theme park. :P

Guess, that's the reason why we made our way to Universal Studio Singapore. nak ke US sangatlah tidak mampu. Mahai bebeno tiket flightnya.

We made our way to USS via second link, after putting up a night in Senai, Johor. Sampai dekat Tuas, get our clearance at immigration department and head to USS.

OH said, he checked the route. "SENANG JEK." Straighttttttt jek dari TUAS, sampai la ke USS. Alih-alih dah sejam tak tak sampai-sampai gak. Sebabnya, tak ada satu signboard pun along the highway yang menunjukkan arah Universal Studio. aiyooo. Syukur ada GPS yang telah diupload jugak map Singapore. Sampai la jugak dekat USS setelah puas 'beramah mesra' suami isteri di dalam kereta. The only signboard yang kami jumpa tulis Universal Studio was in the parking lot. Boleyyyy???

Sampai USS pun dah tengahari, mood pun agak ke laut. Sampai-sampai USS, haruslah bergambar sakan dulu dekat depan. Dalam marah-marah dan geram, masih mampu tersenyum. (heyloo, i tak nak la gambar moncoooong!)



Masuk je USS, as usual, grab a map. Study mana nak pergi. Attraction pun banyak dah on. Terjah Sci-Fic dulu, sebab nak hypekan the kids with transformers. Kena pulak "Bumble Bee" is making his presence. Suka la depa.


Gambar yang diambil masa on the way balik. Suka benar tengok robots, tapi bila tengok cerita dragon sembur-sembur api, sorang tutup mata, sorang peluk tangan mommy sebab takut.

Rides dalam nih banyak yang sesuai untuk teenagers. Untuk kids, ada sikit jek. The park is pretty small, you can finish it in a day, PROVIDED you buy the express ticket if you want to do all ride. I think I'll skip the tips to USS in a different entry la.

We did our lunch dekat one of the halal restaurant dalam park. Anak-anak saya majority tekak melayu, so cari nasi la senang. heh. Beli sepinggan nasi goreng dengan 3 cucuk satay with sambal belacan as side dish for SGD 11.50. Amek! Mana nak dapat theme park juai sambal belacan??


Ha, amek sambal belacan.

Spend the time there sampai lebih kurang dalam kul 5.30 petang. Panas betul kat sini. Lencun dengan peluh.By the time 5.30 tuh, anak-anak dah mula meragam. Siap ada scene hilang Afiq dalam kedai, sebab dia nak merayap tengok transformers. Kering darah mak!!!!!

The souveniers are pretty expensive here, berbanding dengan my previous experience to Gold Coast (in my opinion la kan). Tapi mahal cemana pun, fridge magnet tetap kena rembat satu sebab dah jadi tradition pegi mana-mana beli fridge magnet.

All in all, it was still a nice trip. Tapi tak puas, sebab tak dapat menghayati theme park tu betul-betul. Sudah membodek suami untuk datang ke sini lagi (buat day trip ---> sungguh kerja gila) only the two of us. :P

Dah la. Tak larat nak merapu pepanjang. Kang ada lagi kes bangun lambat pastu speed macam orang gila gi office sebab lupa dah start kerja. :P

Kay people. Next time, Insya Allah I'll update on tips to USS. Daaa!

Wednesday, December 21, 2011

Perihal Adib

Adib semakin hari semakin bijak menyusun kata. Subhanallah. Sudah besar anak saya.Rasa masih terlalu jauh dari 'milestone' telah mendidik.

Mommy : Adib, could you please help mommy to bring the orange bag?
Adib : Mommy, I only got two hands. One for Francesco (Cars 2) and one for milk.

dang!

Yes, he's one who can really absorb and immitate my way of talking. My goodness.

He's turning 5 next year, and I'm starting to feel I haven't educate him enough.

Ya Allah, forgive me!! Please guide me Ya Rabb to educate my kids, to become a good caliph!

Tuesday, December 13, 2011

Entry Khusus untuk Azimah Azmi

suddenly, i miss the old moments with old colleague - azimah azmi. awakkk, meh balik kl balik! sudah enggak ada kawan dong mahu merayap² dan minum² dan makan² sambil berborak pasal macam²!

Three Years Old Memory

3 years ago, this date, i felt so down. rasa macam terawang-awang, kaki tak pijak lantai. itulah hakikatnya. tidak pernah terbayang, tidak pernah menjangka akan kehilangan permata hati dalam keadaan penuh tidak sedia.

yes, masa tu hati asyik menangis. rasa sedih. padahal, itu semua pinjaman Allah semata-mata. tiada hak di dalam diri saya mempersoalkan kembalinya amin kepada PenciptaNya. bertuahlah puteraku yang ketiga, saat diri masih suci dari dosa dan noda telah dipanggil untuk kembali ke PenciptaNya dan terus menghuni syurga, insya Allah.

tahun lalu, tarikh ini berlalu dengan tenang. alhamdulillah tahun ini pun serupa. tidak lagi menitik airmata. syukur kepadaMu ya Allah atas kekuatan ini. dalam hati masih ada rindu. semoga rindu itu terubat jua di alam lain.

pemergian amin banyak menyedarkan saya. kematian itu pasti cuma masanya entah bila. life is too short to be wasted.

tenanglah kamu Abdullah Amin Fahmi bersama bidadari syurga. Jadilah kamu pemberat amalan mommy & daddy agar kita sekeluarga bersatu di Jannah nanti.

he would turn 3 yesterday if he made it. he looks like afiq a lot and pretty much, he's one tall boy. takkan mommy lupa details mu amin, tho it was a brief 30 minutes with you in the labour room, before daddy bawak amin balik ke rumah untuk melangsaikan tanggungjawabnya yang pertama dan akhir untuk amin.

alfatihah for my dearest boy, amin fahmi. named after husband's 2 office colleague yang dia dok selalu cerita masa kerja untuk projek turkmen dulu - saffuan amin & anwar fahmi.


Sunday, December 11, 2011

:: Cuti ke Selatan Tanahair ::

next week, i'll be on leave. three days break. force break actually, since my mom will be away, and no one is around to care for the kids.

alang-alang kena cuti, baik bawak anak-anak pegi cuti-cuti malaysia, since sekarang pun musim cuti sekolah. hajat hati hendak ke selatan tanah air, langsung ke temasik. cheewah. :P

kawan-kawan, readers, jemput-jemput tengok kain dekat ---> cotton 24-7. am selling good grades cotton in vibrant design. :) alhamdulillah, sales are good and encouraging. materials cantik utk kurung (sebab saya fan baju kurung.. not kebaya. :) and dresses for little kids.

kay la people. sepatutnya sekarang saya membaca report utk meeting lusa (yeah, doing it at homeee!!!!) tapi, apakan daya, masa mencemburui kita. hakhak. esok jek lerr gua baca. take care, bye!


Thursday, December 8, 2011

Twin - Two person, Two Personalitya

Having twins, there's one particular thing that i'm really afraid of. if the twin does not perform at par compared to each other.

i cukup takut kalau sorang outdo the other badly. though i know, i have to treat them individually, but it's practically impossible not think about this kan?

hari nih amek report card afiq & adib kat skolah. and sudah mula tumbuh rasa-rasa risau itu, though i know both of them have their own strength and weaknesses.

any twins mom reading this entry? how do you deal with this kind of anxiety?

Wednesday, December 7, 2011

you too kan mommy?

petang semalam, pergi pasar malam. cari makanan sedap-sedap. hehe. bawak afiq sorang saje sebab adib & aidin tido. balik dari pasar malam, i urged afiq to take his shower. tapi punya la liat.......

mommy : afiq, go and take your shower! you are so smelly.
afiq : sengih-sengih
mommy : smelly like pasar malam.
afiq : you too kan mommy?

siput betul budak nih. mommy pulak sengih.