Tuesday, December 13, 2011

Three Years Old Memory

3 years ago, this date, i felt so down. rasa macam terawang-awang, kaki tak pijak lantai. itulah hakikatnya. tidak pernah terbayang, tidak pernah menjangka akan kehilangan permata hati dalam keadaan penuh tidak sedia.

yes, masa tu hati asyik menangis. rasa sedih. padahal, itu semua pinjaman Allah semata-mata. tiada hak di dalam diri saya mempersoalkan kembalinya amin kepada PenciptaNya. bertuahlah puteraku yang ketiga, saat diri masih suci dari dosa dan noda telah dipanggil untuk kembali ke PenciptaNya dan terus menghuni syurga, insya Allah.

tahun lalu, tarikh ini berlalu dengan tenang. alhamdulillah tahun ini pun serupa. tidak lagi menitik airmata. syukur kepadaMu ya Allah atas kekuatan ini. dalam hati masih ada rindu. semoga rindu itu terubat jua di alam lain.

pemergian amin banyak menyedarkan saya. kematian itu pasti cuma masanya entah bila. life is too short to be wasted.

tenanglah kamu Abdullah Amin Fahmi bersama bidadari syurga. Jadilah kamu pemberat amalan mommy & daddy agar kita sekeluarga bersatu di Jannah nanti.

he would turn 3 yesterday if he made it. he looks like afiq a lot and pretty much, he's one tall boy. takkan mommy lupa details mu amin, tho it was a brief 30 minutes with you in the labour room, before daddy bawak amin balik ke rumah untuk melangsaikan tanggungjawabnya yang pertama dan akhir untuk amin.

alfatihah for my dearest boy, amin fahmi. named after husband's 2 office colleague yang dia dok selalu cerita masa kerja untuk projek turkmen dulu - saffuan amin & anwar fahmi.


6 comments: