Friday, June 27, 2014

Welcoming Ramadhan

Welcoming Ramadhan in 2 days time, insya Allah. :) Rezeki aku, 2 kali jadi anak perantau, 2 kali jugakla dapat bulan puasa masa summer. :) Last time was 11 years ago, kat Sydney, and tahun ni merasa pulak berpuasa di Jepun.

Masa puasa kat Sydney dulu, belum ada anak. So, memang tukar time tido sebab sahur around 3 am and berbuka at 9 pm. Monday to Wednesday akan berbuka puasa di kelas, sebab aku kelas malam. Merasa la pukul 10 baru nak makan nasik. :)

Insya Allah kat Jepun ni, Subuh masuk around 2.40am, and buka puasa at 7pm. Anak-anak pun semangat nak puasa sebab nak duit raya in Yen. :)

So this is my first time puasa, aku kena fikir semua sekali. Dari sahur sampailah berbuka. Masa kat Msia, rumah dekat dengan rumah mak & mertua. So kitorang gilir2 bukak puasa between parents house. Weekend jek la masak. 

Tapi kat sini, sendiri mau ingat la. Kedai Melayu langsung takde. So, sendiri masak la jawabnya. Kena buat menu untuk seminggusiap-siap supaya mudah. Tak payah fikir apa nak masak tiap-tiap hari. Kawan-kawan husband pun ada yang order makanan untuk buka puasa. Alhamdulillah. Rezeki SAHM. :)

Di kesempatan ini, saya mohon ampun dan maaf atas salah silap sempena kehadiran Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih dimanfaatkan lagi dari tahun-tahun sebelumnya.

Wednesday, June 25, 2014

Peluang, Bukan Cabaran

After 2 weeks moving to Japan,hati ninekad nak belajar bahasa Jepun. Bayangkan bila aku masuk supermarket, nak beli tepung, last-last tak beli sebab takde satu abc pun ada kat packaging.

Taking this as an opportunity rather than challenge, aku nak tak nak kena belajar. So any suggestion on free online learning for me anyone? janji aku lepas beli barang kat kedai, cukup baik dah.

Normal routine kat sini, weekdays memang aku terperap kat rumah. So far baru sekali je aku bawak anak-anak pegi main playground. weather tak menentu sekarang. kejap hujan kejap panas. (padahal aku yang malas) Syukur la anak-anak tak banyak karenah. Kadang-kadang je complain sebab asyik-asyik kena makan nasik. Kena pulak the nearest supermarket kalau nak pergi kena naik bas. Fikir 10 kali aku nak hangkut 4 budak kecik + stroller naik bas. Pasrah jek la tengok apa husband beli bawak balik, and aku pun jadi chef macam dalam siri Chopped tu. Masak la aku dalam serba kekurangan. Kita salahkan mover yang sampai sekarang barang-barang aku tak sampai. And happen to be dalam tu cooking stuff banyak gila. Merasa la aku sekarang goreng ayam dalam periuk kan? 

Progress memahami sistem buang sampah pun makin baik. First two weeks, sampah aku asyik kena reject je ngan city council. :P The elder twin pun dah makin faham macamana nak dispose sampah dalam rumah. Respect pada Japanese tapi dalam masa yang sama menyumpah gak sebab dah jadi satu kerja asingkan sampah. Tapi bumi tempat kita hidup ni nak wariskan pada anak cucu, so kena la dari sekarang jaga. Sekarang je rasa susah. Lama-lama esok, biasalah tu.

Okay la readers. Sampai sekarang la aku tak cari cable fon nak transfer gambar. Hambarkanrasa entry takde gambar. Doa-doakan saya rajin sikit nak selongkar bag cari cable. :D 

Good night people. Assalam

Tuesday, June 24, 2014

Trip to Ikea at Kohoku

It's raining pretty heavily outside. Sejuk je rasa. Tapi alamat la kain kat luar rumah tak kering. Arfa tengah lelap ni. So bolehlah menaip sekejap.

Bila dah jadi housewife and maidless ni, kain adalah agenda utama selain masak. Aku pulak jenis tak suka baju berkedut. So baju rumah pun gosok gak. Cakap la aku gila. Tapi aku memang suka gosok baju. Hehe.

So, berapa banyak so da..

Anyway, cerita weekend lepas. Setelah 6 hari bertapa di rumah, maka Ahad lepas merayaplah kami anak beranak ke segenap Yokohama. Aku duduk area off skirt. 3 stations away from town. Kalau naik train, rumah aku punya stop is Shin Ko-yasu. Sampai sekarang aku tak hafal-hafal nama stesen sebab, asal naik train jek, husband akan cakap 2 stops, or 3 stops. Pastu sampai stesen, turn left, right bla-bla. Alih-alih aku pun tak tau aku kat mana. Seriously ni weakness aku. Memang susah nak hafal.

We went to err apa ntah nama shopping mall tu, something C**** Mare. I think it was Colliate Mare. Singgah H&M beli kasut cik Arfa and one for Damia (my niece). Rindu pulak kat budak kuat nangis tu. Macamana la dia survive Aidin tak de. :( Masa kat H&M tu dapat extra discount sebab husband ada pass card JGC Corporation. Banyak pulak tu extra discount. Dapatla kasut Arfa dari 1000yen jadi 800yen saje.:)

Lepas kat Colliate Mare tu, kitorang jalan pergi Markis, where my husband's office is located at. Pergi situ sebab nak allow kiddos pegi kedai Lego. For Lego fans, I think harga kat sini, slightly cheaper than KL. Jalan lebih kurang,makan lunch kat kedai mamak,solat zohor kat office husband, and off we g to Ikea.

Ikea ni terletak dekat area Kohoku. Pegi sana naik subway and stop dekat Shin Yokohama station. Bila dah sampa station,amek free shuttle bus to Ikea. Misi utama adalah nak beli katil anak-anak. Tapi pulang dengan hampa sebab tak muat bilik. We wanted to buy 3 small kids beds. Sebolehnya tak nak beli bunk bed, sebab paham-paham jek la.. anak bujang tengah lasak. Tak pasal je nanti kena unwanted injuries. Solutionnya sekarang is kena carik frameless bed. Kesian bebudak sekarang tido atas toto jek. Seriously rumah di Malaysia sangat luas!

By the time settle kat Ikea, kids pun dah longlai. Nasib la hangpa dapat mak bapak kuat berjalan. Ngee.

Sorry la tak dapat nak upload gambar lagi. Cable tak detect plak laptop nih. Nanti ai upload la sampai korang tak larat nak tgk gambar (konon).

Kay people. Have a nice day!


Saturday, June 21, 2014

Tafsir

Duduk di tempat jauh, buat aku fikir lagi jauh. Alangkah bertuahnya aku, dilahirkan dalam kehidupan yang beragama. Kat sini, aku tengok orang hidup, penuh peraturan, penuh disiplin, tapi pegangan agama, wallahualam. Syukur sangat dilahirkan dalam Islam. Aku tahu apa tujuan aku dihidupkan, tapi aku selalu lalai dalam mencapai tujuan.

Aku,graduate universiti. Pegang 2 ijazah. Bachelor degree and masters degree. Dalam perjuangan nak capai taraf graduate tu, bersusun buku akademik aku kena baca. And amazingly, aku mampu baca dan khatam pengajian dengan cemerlang utk level aku. 

Pastu aku suka baca novels. Bersusun novel kat rumah. Baik bahasa ibunda, mahupun English. Boleh kadang-kadang tu aku repeat baca. 

Tapi,kenapalah senaskhah AlQuran itu, tak mampu aku tamatkan bacaan tafsirnya?

Sedangkan di dalam naskhah itu, terkandung semua petunjuk yang perlu aku tahu untuk hidup?

Astaghfirullah'azim, apa yang akan kujawab di hadapan Rabbul Jalil nanti?



Friday, June 20, 2014

UWAAA!

Hoi la hoi!

Consignment dari KL belum kunjung tiba. Masa ni la baru forwarder nak cakap itu tak boleh, ini tak boleh. Masa packing hari tu tak pulak cakap. Ramadhan is just around the corner and all my food supplies are there. HUWAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, June 18, 2014

Stamina housewife lebih hebat dari Footballers. Hehe

Boleh tahan penat rupanya jadi housewife. Hari ni macam magic pulak sebab ada time nak blogging petang-petang rembang ni. Thanks to Arfa who finally fell asleep. :)

Kejap lagi nak panaskan lauk dinner for kids and husband. Mithali ok. :)

As of now, weekdays adalah tempoh berkurung. Rumah kat sini dapat kat nun di atas bukit. Kereta belum ada lagi. So, confidence level untuk bawak anak-anak berjalan masih low. Nak bawak pergi main kat playground pun still belum confident. Kesian dekat kids. But I promise myself to give a shot. Aku takut tak mampu nak jaga empat orang anak kat playground sorang-sorang. Ngee. Big failure sha oii.

Mood memasak biasa-biasa aje sekarang. Kalau ikutkan level survival saje sebab consignment dari KL masih belum kunjung tiba. Harap cepat la sampai.

Nanti-nanti I update la cerita perjalanan ke sini. And whereabouts yang kitorang dah sampai.

Take care people. Bye!

Tuesday, June 17, 2014

Sayonara Kuala Lumpur, Hello Yokohama!

Good morning people! This is my first posting from Japan. Alhamdulilah, selamat sampai Yokohama Isnin minggu lepas. The past week has been hectic. Masuk rumah, kemas rumah, etc. Kiranya, minggu ni baru rasasettle down sikitwalaun belum settle 100%.

The first week was very challenging. Attempt day 2 untuk beli tepung adalah gagal sebab I tak reti baca Japanese. Pengsan. 

Harga barang mentah utk masak tak boleh convert to RM. kalau semua convert, maunya puasa setahun aku kat sini. :)

I'm still struggling to adapt,especially on sorting out the rubbish. Kat sini sampah kena buang ikut kategori. So, jadilah saya Majlis Perbandaran di rumah. The elder two I dah start train untuk sort sampah sendiri. So far, they can cope. Guess my OCD problem will worsen after this. :P

Okay la korang. Belum nak dapat tepek gambar lagi. Masih struggle dengan laptop baru, surrounding baru. Doakan semuanya baik-baik saje kat sini ok?

ps : Sila jangan pos gambar juadah berbuka puasa.

Saturday, June 7, 2014

Baju Kurung Lace from Zalora

Lagi 3 minggu je lagi nak puasa. Kebiasaan aku & family, sebelum puasa, kitorang dah settle beli baju raya sebab tak kuasa nak hadap lautan manusia masa bulan puasa ntuk beli baju raya. :) Macam tahun ni, walaupun aku akan beraya di perantauan, baju raya tetap ada dan dah siap beli dah pun. Malas dah nak tempah. Mahal dan belum tentu sedap bila pakai.

Sekarang ni banyak online shops yang dah offer baju raya. Antaranya.. ZALORA. Sesapa yang first time register boleh dapat RM20 voucher. Aku tengok kat website, antara trend famous tahun ni is baju kurung lace. Bila tengok kat website, uishhh.... cantiks gitu. Boleh la nak merasa hasil karya Rizalman, Jovian Mandagie, Melinda Looi.. Kalau jenis macam aku yang suka baju kurung sempoi, brand First Lady yang murahhhh bangat pun ada. Tak la En. Suami menjeling tajam bila mintak budget untuk raya kan? :D

Bila aku tengok kat Zalora, mata aku berkenan banyak kat Melinda Looi punya design. 

Tapi macam aku, aku still suka pakai bau kurung tradisional untuk raya. Sebab senang aku nak buat kerja plus senang nak breastfeed Arfa...

Lawa kan? Simple jek. Harga pun cun! Baru RM109. Sejuk mata mak mertua tengok. ;)

So korang,beli la baju raya cepat-cepat kat Zalora ni. Baik beli sekarang supaya bulan puasa nanti, tak terkejar-kejar nak beli baju raya. Boleh fokus pada ibadah puasa saje. 

Klik kat sini tau untuk baju raya lace from Zalora.