Saturday, June 21, 2014

Tafsir

Duduk di tempat jauh, buat aku fikir lagi jauh. Alangkah bertuahnya aku, dilahirkan dalam kehidupan yang beragama. Kat sini, aku tengok orang hidup, penuh peraturan, penuh disiplin, tapi pegangan agama, wallahualam. Syukur sangat dilahirkan dalam Islam. Aku tahu apa tujuan aku dihidupkan, tapi aku selalu lalai dalam mencapai tujuan.

Aku,graduate universiti. Pegang 2 ijazah. Bachelor degree and masters degree. Dalam perjuangan nak capai taraf graduate tu, bersusun buku akademik aku kena baca. And amazingly, aku mampu baca dan khatam pengajian dengan cemerlang utk level aku. 

Pastu aku suka baca novels. Bersusun novel kat rumah. Baik bahasa ibunda, mahupun English. Boleh kadang-kadang tu aku repeat baca. 

Tapi,kenapalah senaskhah AlQuran itu, tak mampu aku tamatkan bacaan tafsirnya?

Sedangkan di dalam naskhah itu, terkandung semua petunjuk yang perlu aku tahu untuk hidup?

Astaghfirullah'azim, apa yang akan kujawab di hadapan Rabbul Jalil nanti?



No comments: