Wednesday, October 22, 2014

An Evening at Yamashita Park

Ni cerita Ahad minggu sudah.. :)

Kawan husband update dekat facebook, ada Yokohama World Fiesta dekat Yamashita Park. Senang cerita ada, ada food galore la kat park tu, and ada makanan halal. Yeay! Apa lai,terus amek peluang la pergi, intai dan makan. :P

Ni kali pertama sampai park ni. Yamashita Park ni tepi laut, dekat port. Sejuk angin tiup! Tambah plak esoknya tu dijangka typhoon. So, maybe tempias angin tu dah sampai sikit2. Gigil okay. Ni baru autumn ni, gaya winter esok tatau la aku. Sob sob.

Yamashita Park ni sangat cantik. Tapi sebab kitorang datang weekend plus ada event, so agak crowded.

View from the park.. Cantik kan?



 Sedap si Arfa tido.. ngan angin sepoi-sepoi, kena tolak ngan stroller..

The miracle babies. :)

Tuesday, October 21, 2014

34 tahun

Bertambah lagi usiaku setahun.. bermakna semakin hampir dengan pengakhiran hidup. 

Semoga penghujungnya khusnul khotimah. Amin.

Terima kasih Mak, kerana melahirkan saya 34 tahun yang lalu, di Hospital Bersalin Kuala Lumpur, dengan kaedah ceasarian, setelah berbulan lamanya rumah mak di hospital. Tiada yang mampu saya balas mak.

Terima kasih Abah, kerana telah mendidik saya. Terima kasih abah di atassetiap titis peluh yang menitis kerana mencari rezeki untuk membesarkan saya.

Doaku untuk Mak & Abah.. Semoga setiap titis peluh dan susu yang menitik sepanjang membesarkan diri ini diganti dengan balasan syurga tanpa hisab olehNya. Amin.

Monday, October 20, 2014

Outing at Motomachi

Lepas Sports Day kat sekolah, kitorang terus keluar jalan-jalan, since the weather is so nice. Tak gi jauh mana pun. Kiotrang pergi Motomachi. Motomachi ni dekat ngan area Yamashita Park. tu nanti entry lain ok?

Takde tujuan apa pun pegi sana, sekadar nak jalan-jalan and cuci mata. The area was nice and beautiful. 



Lepas jalan-jalan kat Motomachi, kitoang pergi dinner kat area office husband. Pegi makan nasi goreng ketam.

 Mujur dapat Japanese room. Tenok perangai si Arfa

Tangkap jap amek gambar. 

Gambar makanan ilek, sebab dah lapo. Hihi. 


Friday, October 17, 2014

Horizon International Japanese School Sports Day

Last weekend, bebudak ni ada hari sukan dekat sekolah. Pukul 8.15 pagi dah kena drop off dekat sekolah, so that diorang akan bertolak ke Hokuho Girls' High School (tempat event) naik bas sekolah. Mak Pak tungu kat tempat event. Kul 9.15 pagi event start.

Sekolah dah pesan awal-awal untuk bawak lunch (bentou) sebab event akan habis kul 2.00 petang. So pepagi tu, aku rebus siap-siap sosej bagai, buat sandwich simple. The day before dah bakar cookies 3 jenis untuk budak-budak ngap ngap masa event. Belum sempat event dah habis sebalang. Bagus lagi cemerlang anak-anak aku. :)

So, inilah event sekolah yang pertama kitorang attend. Tatau apa nak expect. 

So, the whole school tak kira grade and gender, diorang divide into 2 teams. Lepas tu, sukan yang diorang main, semua campur boys and girls. Except for one sport, bebudak pompuan je main. aku pun tatau kenapa. Bebudak ni rasanya ada 4 games kena main. Relay race, race on stilts, run in a sack & tug of war. Dalam BM mudahnya, lari pass baton, lari atas tin, lari dalam guni & main tarik tali. 


 Hero-hero ku

 Afiq-san

Adib-san

Afiq & Hazel (kalau tak salah aku). Mata biru ke menantu aku nanti?

Ni plak gaya parents duduk kat tepi padang bagi moral support pada anak masing-masing. Ni gambar masa lunch break. Semua anak-anak gi kat parents masing-masing for lunch.


Ni gambar penutup the whole school lepas event..

  

Last but not least, ada jumpa sorang akak from Malaysia yang teman anak dia bat IB kat sekolah yang sama.Nice to meet you Kak Ani!


All in all, it was a fun day. Semua orang enjoy!



Thursday, October 16, 2014

Solat di Japan

Just as a guidance.

Kitorang biasanya rancang travel, supaya sempat solat di rumah. So, it's normally, keluar lepas zohor,balik sebelum asar habis.

Tapi bila dah masuk Autumn, siang makin pendek. So, selalunya kena solat kat luar.

I biasa pakai baju yang longgar & labuh, cover aset. Then bawak selai tudung instant yang beli kat Ariani masa nak gi umrah dulu. Tudung tu besar, senang nak bawak solat. Kalau jenjalan cengini, memang I suka pakai tudung instant, senang nak tukar. Lepas tu dalam beg bawak water spray bottle bagi memudahkan amek wudhu'.

Ada masa, solat kat dalam fitting room, which I kurang gemar. Sebab sempit.

Macam pergi Shibuya tu, kitorang carik open space, tempat orang lepak-lepak. Carik la yang ceruk-ceruk sikit punya spot, supaya tak mengganggu. 

Bentang sejadah kecik, solat kat situ.

Sambil solat, sambil bebudak main. Take turn solat antara husband and wife supaya ada mata pandang bebudak.



Ni la area kitorang solat hari tu. Ntah apa nama ntah area ni. Crown's tower ke apa ntah. Tempat kitorang park kereta. 

Wednesday, October 15, 2014

Makan-makan di Malay Asian Cuisine, Shibuya

Nak jumpa makanan halal di Japan agak mencabar, apatah lai makanan Malaysia, unless you're in Tokyo. Our food staples bila jalan-jalan is either nan & curries, Japanese food or bekal sendiri. So, bila dengar member makan makanan Melayu kat kedai di bumi Sakura ni, memang meloncat-loncat hati tu nak pergi try. Ngee!


Kat sini la kitorang makan. Best part is,waiter pun boleh cakap Melayu. Good job!

 Mommy & handbag setia,Arfa

 Promo Brahim's Products

 The interior

Untuk reference, this is the menu..





Rasa macam ada gambar menu yang tertinggal.Tapi tak pe la ek.. Kitorang order char kuey teow, nasi goreng kampung & mee rojak. The taste? ok la.  I like nasi goreng the best. Mee rojak of course la cannot beat Wahab's rojak kan? Tapi not bad la! 

 Mee Rojak


 Nasi Goreng Kampung

Char Kuey Teow

Harga makanan adalah standard harga Jepun. About 1000 Y per plate. 

We end up our meal with teh tarik. Baru la anak jati Msia. :)

Tuesday, October 14, 2014

Outing to Shibuya

Before Raya hari tu, husband bawak jalan-jalan kat Shibuya. First time jejak kaki kat Shibuya ni. Orang kata Shibuya ni happening. So kita intai.

Tujuan utama pergi Shibuya ni sebenarnya nak makan makanan Malaysia. Hehe.Padahal tak sampai sebulan balik Japan tibai makan kat Malaysia hari tu. Ada new restaurant bukak kat Shibuya, nama dia Malay Asian Food. Nanti kita story khas pasal tu. Senang orang nak search. Hehe.

Masa pergi Shibuya tu, ada farmer's market depan United Nation's University. Sempat la rembat grapes yang sedap nak mampus & juicy golden peaches, favourite si Arfa & Aidin. Budak berdua ni memang hantu buah peach. Summer dah over la darling. Peach pun dah pupus. :)

 Sempoi je bebudak ni berjalan.


The street viewLepas jalan-jalan kat Farmer's Market tu, kitorang strolled down the street to see the famous Shibuya crossing. Crossing yang sibuk gila tu. Memang sibuk gila. Kurang sesuai bawak bebudak. On the way tu, jumpa Lindt's cafe. Parents with strollers, most prolly kena tinggalkan stroller outside.The cafe is pretty narrow (well actually kedai makan dia semua pesen gitu..) Howdo we get to the crossing? Ikut je mana route tourist bus. :)

So here's the view of the famous Shibuya crossing.



Ada 5 pedestrian crossings at one go. Sekali lampu untuk pedestrian hijau, Rasanya beribu yang cross. Cam takjub sekejap. haha. Kalau nak amek gambar, rasanya elok lepak kat cafe kat level 1. So you can shoot the street view from top. As for us, since Adib tak sihat, we just experienced the crossing and return back home. 


Monday, October 13, 2014

Eid Adha di Jepun

Raya Haji lepas, kami sambt tersangat sempoi kat sini. Anak-anak badan tak sihat. Yang buat terasa beraya pun, sebab pergi rumah kawan husband. Thanks to KN & wife yang susah payah buat open house. Merasa la kami makan lontong& kuah kacang. 

Pagi raya,aku hidang anak-anak cekodok bawang saje. Sedih gila bunyi. Tapi itu la pun yang laku. Rebus la lemang express bagai, terkulat-kulat muka bebudak nak makan. Lepas breakfast, husband mentor anak-anak buat homework, sebelum push off pergi rumah KN. Bertangguh-tangguh nak pergi, sebab hujan lebat, and forecasted Isnin tu typhoon di Yokohama. 

 The elder two needs lots of help at the moment in Math. Urut dada mengajo!

 Dia nak buat 'work' gak!

At 4, he recognized most letters already.Within a month kat sini,he can already write his own name. Bila Mommy nak start coaching membaca ni sayang?

Umah KN & wife, Ety, ni kat Kannai. Tempat aku selalu dapatkan supply halal meat and poultry in Japan. Ada 2 kedai actually. Tapi aku suka pergi dekat outlet yang near to Isezaki Mall. Sebab kat situ, boleh beli chicken parts. Kalau beli kat the other outlet tu, kena beli ayam seekor2. Udahla ayamnya comel bangat. 900g saje. Kose mak nak siang-siang ayam. (ayam kat sini frozen. So far,belum jumpa fresh poultry)

Anyway, kat rumah KN& Ety, Ety masak banyak gila. Katanya tak tido malam masak. Ada lontong. kuah kacang, soto, serimuka, labu sekaya, agar-agar, meatballs, gila banyak menu. Tak cukup makan kat situ, KN & Ety siap tapaukan food. Alhamdulillah, tak yah masak dinner. Dasar pemalas.

Layan gambar skek.Tak banyak pun gambar snap. Lebih khusyuk layan food. :D



 Arfa in dress. Dah mula sejuk di bumi Yokohama. Little red riding hood mommy. 

My Nyawa.

Friday, October 10, 2014

Marathon Sakit

Minggu lepas memang teruji, satu persatu.

Mula-mula kes Arfa melecur tangan. Puas la aku layan dia punya nangis tu kan. Elok dia dah nak baik, Aidin pulakkkk

Alkisahnya, aku amek Aidin balik dari sekolah. Memula nampak muka Aidin, standard dia senyum lebar gila, sekali tetiba terus mengadu Aidin sakit perut Mommy. Ala shiannnnn. So, cakap ngan dia, masuk kereta, then Mommy bubuh ubat kat rumah. Dalam kereta, umpan dia ngan satu botol susu. Biasa habis, hari tu tak habis. 

Sampai umah, dia baring. Sementara nak tunggu aku settle barang, nak bubuh ubat, dibantainya muntah atas cadar, pastu atas karpet.. And the vomiting continued sampai 5 kali! Huwaaa. Satu risaukan dia, satu lagi, jenuhla menyental karpet. Karpet rumah & kereta. 

Bila dah sampai 5 kali muntah, husband kata jom gi klinik. Elok sampai klinik, Aidin segar bugar, as if nothing happened. Still, kitorag off kan dia from school takut melarat.

Sekali, the next morning, Afiq pulak demam.Tapi mild je. Pergi gak sekolah. Skali bila aku pick up masa balik, mata dah bergenang-genang. Tak larat etc, dibantainya menangis, and MUNTAH lagi sekali dalam kereta. 

Malamnya tu memang tinggi temperature Afiq. So cakap ngan Adib, esok Adib kena pergi sekolah sorang. Afiq demam.

Sekali, esok tu Adib pulak demam. Huwwaaaaa!

Bertabahlah.

Sekian.

Thursday, October 9, 2014

Arfa, coffee, melecur

Huwaaaaaa!

Arfa melecur tangan. Sebab dia peri tarik coffee panas, and tumpah dari rambut sampai half body. Meraung-raung dia. Ngan mak-mak dia nangis. Siannnn baby Mommy!

This happened few weeks ago.

Masa memula kena tu, terus angkat dia and showerkan ngan air suam. Husband kebetulan ada baca pasal first aid article on burns, terus lumurkan dengan tepung. Dari merah sangat-sangat muka dia, terus takde apa-apa. Tangan je melecur. Siap bentuk love lagi. Sobs.

Masa lepas kena tu, we all rush pergi emergency department hospital. Ingatkan macam KL, ada GP. Rupanya dia tetap refer pada speciaist, and dermatologist takde malam tu. With language barrier etc, stress ok. Kawan husbandyang boleh cakap Japan datang assist kitorang. Last-last Dr yang ada tu buat first aid sikit, tepek disinfectant & plaster, kena 20k yen. Giloooooo mahal. 

Esok tu pergi dermatalogist. Pun kena guna khidmat translator. Hai la sha.. Bila la ko nak pandai cakap Jepun ni!

So, in the process of recuperating tu, memang mencabar kesabaran. Arfa jadi super clingy. Sangat fobia nak mandi. And imagine aku nak bersihkan rambut dia yang ditabur tepung tu? Sabar tahap infiniti.

Apa petua nak kasik hilang parut ek? Hopefully tak parut la kan? Anak pompuannnnnnnn bhaiiiiii. Hai la arfa!


 First day

Kat emergency department

Day 2 melecur



Wednesday, October 8, 2014

BFF : Aidin & Damia

Aidin dengan Damia (my niece ni agak rapat). Mana taknya, kalaukat KL, pergi sekolah sama. Pastu makan sama, kekadang mandi pun sama. So, bila Aidin pindah Japan, Mia memang terasa sunyi. 

Bila dengar je Aidin dah sampai KB, dia tak boleh tunggu dah nak jumpa Aidin. Jalan pun tak lepas tangan. Sweet!

Masa kat KB Mall.

The day we went back to Japan, Damia cried out. Owh, kesiannnnnnnnnn sangatttttt! You'll be my popcorn girl. Cakap macam popcorn. Nonstop!

Tuesday, October 7, 2014

Cuti-cuti Malaysia : Reception Ayoy & Baitty Part 2

A week after majlis di Kota Bharu, majlis sambut menantu dibuat kat KL pulak. And untuk pertama kalinya dalam wedding family, Abah decide nak buat kat dewan sebab dah tak larat nak buat kenduri kat rumah. Rasa macam pelik, sebab kurang sibuk, etc. Kalau wedding kat rumah kan macam-macam nak kena buat. Tak kisah la, janji meriah and happy.

So, Abah decide untuk buat kenduri dekat Dewan LJT, Taman Melawati. Dekat hometown sendiri, parking senang, surau ada. So, Sabtu pagi, bersiap ala kadar di rumah. Kali ni, adik ipar tak dapat nak make up. Last minit, si Damia (my niece) kena HFMD. Panic mode seround. Mana taknya, esok tu jugak kitorang nak balik Japan. Jangan la ada yang berjangkit. Kang tak lepas naik flight.

Theme utk rumah kitorang kaler gold. Atas pilihan pengantin. Baju aku beli dah siap saje. Tu pun bukan aku beli. Mak belikan. hehe Pastu suruh kakak opismate jahit manik. Sempoi.

Tapi gambar tak banyak uols. Iols is busy hari kenduri. 


 Baju Arfa ni beli yang kosong je asalnya. Pastu, aku jahitkan manik ngan bunga.


 

Us and the pengantin