Bertambah lagi usiaku setahun.. bermakna semakin hampir dengan pengakhiran hidup.
Semoga penghujungnya khusnul khotimah. Amin.
Terima kasih Mak, kerana melahirkan saya 34 tahun yang lalu, di Hospital Bersalin Kuala Lumpur, dengan kaedah ceasarian, setelah berbulan lamanya rumah mak di hospital. Tiada yang mampu saya balas mak.
Terima kasih Abah, kerana telah mendidik saya. Terima kasih abah di atassetiap titis peluh yang menitis kerana mencari rezeki untuk membesarkan saya.
Doaku untuk Mak & Abah.. Semoga setiap titis peluh dan susu yang menitik sepanjang membesarkan diri ini diganti dengan balasan syurga tanpa hisab olehNya. Amin.
No comments:
Post a Comment