Friday, May 16, 2014

Bawak-bawak la memasak Daddy

Gelagat anak-anak yang sedang membesar memang mencuit hati. (kelas ayat ibu hari ini)

:D

Husband was busy packing nak balik Jepun semula, so I handed to him a bag of instant food that I bought during groceries shopping.

Afiq tetiba keluar komen.....

Afiq : Daddy, why every time you go back to Japan, you always bring food? Why can't you cook your own food?

Dan Daddy dia pun terkedu tidak mampu membalas serangan hendap si anak itu.

Hikhik

Bawak-bawaklah memasak Daddy oii. ;)

Thursday, May 15, 2014

Jatuh Tersembam. Ouch!

It was a silent week for me last week.

Reason No. 1 : En suami balik dari Jepun seminggu. So, masa untuk keluarga.

Reason No. Super 1 : Huhu.. Jatuh dekat site sampai luka-luka macam orang jatuh motor. Merasa la tak boleh bawak kereta, duduk rumah senyap-senyap.

Alkisahnya, aku ada kursus kat opis. So salah satu slot kursus tu, nak pegi tengok site. Construction works dah siap dah pun, just nak pegi tengok output.
So tidaklah aku beria-ia untuk pakai safety boot bagai. Aku pakai flat shoes, and appropriate clothing utk pergi site.

Sampai kat site, jalan lenggang lenggok, and aku tetiba gedebum!

Rasanya, I stepped on gravels, lost balance and walla, tersembam atas jalan tar.

Sakitnya masya Allah. Tahan air mata je, sebab malu kat orang.

Seluar kat lutut rabak. Tapak tangan hancur tersagat. Walaupun yang teruk adalah tangan kanan, tapi tetap bersyukur, sebab muka tak tersagat.

Alhamdulillah, site dekat sangat dengan rumah. Mintak tolong orang office hantar balik, sementara tunggu husband hantar gi klinik buat dressing and cucuk anti tetanus.

Tapak tangan pada hari kejadian. Nak tunjuk luka lutut tak bleh. Lutut cantik kaler purple. 


Tapak tangan day 9. Banyak dah kurang. Sakit hilang ngam-ngam masa husband return back to Japan. 

Syukurlah, kejadian ni took place masa suami tengah cuti. Kalau tak, mungkin mak akan kelam kabut. Mana nak handle anak-anak, mana nak tolong aku yang nak duduk pun tak boleh bengkok kaki.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Adalah tu salah silap aku kat mana-mana, Kifarah dosa. Mungkin sebab marah anak-anak syurga yang tidak bersalah. Mungkin itu, mungkin ini. Sabar sahaja.

Alhamdulillah, dah makin ok. MC 3 hari. Dah back to work dah pun. Harapnya tak buruk la parut. Lama benar tak jatuh-jatuh gini, sakitnya pergh.. Nikmat. 

Kay la korang. Pesanan penaja : Jalan elok-elok. Jangan jatuh gedebam macam saya. :D

Friday, May 2, 2014

Cerita Jumaat : Arfaku sayang..

Hari tu cerita pasal Aidin.. Hari ni kita cerita pasal Arfa..

Arfa akhirnya dah berjalan. Lambat gak dia jalan.

Tapi mulut dia, ya ampunnnnnnn. Macam bertih!

Cukup kuat jeles dengan Aidin. Asal Aidin tengah baca buku dengan Mommy, dia mengendeng. Kalau tak dilayan, menangis. Asal Aidin baring sebelah Mommy, dia datang selit masuk tengah-tengah. Kalau tak dapat menangis.

Sekarang ni, hobi dia layan buku yang ada banyak gambar. Keluarlah macam-macam perkataan German dari mulut dia.

tat - cat
mene-mene - banana
dog - dog
duck - duck

Kalau tanya..

Mommy : Daddy mana?
Arfa : Aaaaaa-pish! (Office)

Mommy : Arfa anak sapa?
Arfa : Di-ddy!

Mommy : Sapa nama Arfa angkat tangan?!
Arfa : (Angkat tangan letak kat kepala)

Asal pakai baju lawa sikit, pastu kena puji cantik.. dia pun cakap :Ta-Tik!

Hai la Arfa. Cepat sangat awak besar. Makin besar, makin risau la Mommy nak jaga awak. Nasib atas ada 3 bodyguard. Susah la hang nak bercinta. :D

 Dah masuk fasa makan semua nak sendiri. Bila tak bagi, dia punya protes tu.. Adoiyai.

Selalunya memang bagi pakai seluar ngan t shirt kalau tido malam. Sebab senang. Minah ni lasak, kuat berlari and memanjat. Sekali-sekala pakai macam ni, perasan chanteksss la. Aku tengok dah rupa macam baby dalam cerita kartun Peter Pan. :)


Wednesday, April 30, 2014

Dulu Risau, Sekarang Tak Terlayan

Dulu-dulu, masa Aidin masih kecik, aku selalu risau development dia, especially part bercakap. Mulut dia agak berat. Keluar dari mulut pun, sepatah-sepatah saje perkataan.

Sejak start sekolah ni, his speech development is remarkable. Sangat remarkable, sampai kadang-kadang buat kau tergelak, speechless, sebab apa yang keluar dari mulut dia sangat unexpected..

Recently..

(Story 1)
Aidin : Aidin tak nak friend Mommy.
Mommy : Kenapa Aidin tak nak friend Mommy?
Aidin : Sebab Mommy tak bagi Din makan pop corn.

Tak lama lepas tu...

Aidin : Aidin tak friend Mommy sikit saje..
Mommy : Dah gelak terbahak-bahak sebab tau dia nak manja-manja sebelum tidur. Bertuah punya anak!

(Story 2)
Early this month, he joined the school's trip to Zoo Negara. Little did I know, that this little guy learned a lot!

Aidin : Giraffe has a long neck. Elephant has a long nose. Mommy, lion is fierce. Lion lives in the jungle.
Mommy : Ok, lion makan apa?
Afiq : Daging!
Aidin : NOOOOO!!!!! MEAT!

amek kau Abg Afiq, I also know how to speak in English! teeheehehe

Mommy : Where does elephant live?
Aidin : In the jungle!
Mommy : Where does giraffe live?
Aidin : In the jungle!
Mommy : Where does monkey live?
Aidin : At home!
Mommy : Hey, in the jungle!
Aidin : No, at home!

Thanks to surrounding. Monyet memang belambak kat area rumah anak aku ni, sampai konfius anak aku pasal habitat kau monyet.. (aku dan monyet memang ada sejarah hitam.. baca ni --> kasut hilang)

Mommy loves you so much Didin Aidin! (Dia marah aku panggil Didin.. nama tu macam baby sangat agaknya. Dah besar kan..)



Tuesday, April 29, 2014

Post Operation Update No. 2

Dah nak masuk 3 minggu Afiq and Adib operation.

Afiq nampak macam dah almost recover 100%.

Tapi Adib belum. Suara dia still sengau, sebab nose still block. Masih ada blood bila dia buang hingus. Not to mention batuk berkahak agak teruk. Antibiotik dah 2 round dah. Allah, sembuhkanlah anak-anakku.

Kalau ikutkan, hari ni masih on leave, sebab Adib belum recover 100%. Tapi semalam cikgu sekolah telefon, cakap esok last day untuk cikgu key in markah LINUS test, aku suruh jugak la Afiq & Adib pergi sekolah. Demam pun dah kebah, so I supposed it should be ok. Kesian pulak kat cikgu. Petang nih kena lari lagi dari office, bawak the two pergi follow up. Mencabar kesabaran jugak kadang-kadang PJJ ni. Ni baru anak 4.. kalau sembilan? Ngee.......

Nama je penat, tapi badan tak kurus jugak. Mana taknya, asyik melantak kek. Asal stress, cari comfort food. Asal stress, cari comfort food. Allah dah cakap, zikir untuk cari ketenangan. Bukan comfort food Aishah oiiii! Lagi la kau stress sebab makin gemuk. Salah sendiri.

Doa-doakanlah anak-anak aku cepat sembuh.

Ni ada sikit gambar masa kat hospital hari tu..

 Pre-operation. Kembar yang tak nampak macam kembar. Macam adik ngan abang. Sampai cikgu kat sekolah ingat bapak kawen 2. hikhok.

 Afiq, post operation. Melalak dia masa kat recovery room, perghhhhhh. Last-last Dr jab pain killer. Terus knock out!

 Adib post operation. Masa ni dah balik ward. Kalau tengok dekat-dekat, blood oozing from his nose.



Monday, April 14, 2014

Post operation

Kids went through the operation successfully, Alhamdulillah. Sekarang post operation, recovery period. Masih sakit-sakit nak makan. First night at home, keluar balik pukul 9.30 malam cari aiskrim sebab Adib menangis sakit. Merasa la beli aiskrim kat kedai mamak RM30. Beli Haagan Daz. Mampu kedai mamak ada jual Haagen Daz aiskrim. kelas..

Minggu ni mencabar. The day Afiq Adib operate, Aidin demam. Cikgu sekolah telefon suruh bawak balik. Arfa wheezing. Typical scenario bila suami akan kembali ke tempat asal bekerja. Semoga anak cepat sihat. Cuti saya pun dah kering. Kena jimat-jimat. Hari ni anak-anak semua ponteng sekolah. Mengharap belas ihsan mak tolong tengokkan anak-anak. 

Operation tu amek masa dalam half an hour. I was around masa Dr nak bagi anak-anak pengsan. I teman Afiq, husband teman Adib. Only one parent is allowed for each kid. Sayu rasa hati bila tgk anak kena sedate. Lepas knock out, nurse ushered me out, and minta tunggu luar OT room. They want the parents to be around in recovery area once operation is done.

Masa tunggu kat luar tu, aku sorang-sorang, sebab husband dengan Adib. Bergenang-genang mata. Betul ke apa aku buat nih. Sambil tu, lapik perut makan roti, sebab perut rasa tak sedap. (Itu pun nak cerita)

Lepas tu, nurse panggil aku masuk recovery room. Belum sampai lagi kat tempat Afiq aku dah dengar dia menangis kuat gila. Kesian. Like seriously kesian. Aku tau how painful post op is. Dia menangis non stop. Puas aku pujuk. Last-last Dr anaesthetic datang. Tanya Afiq, sakit dekat mana. out of the blue, dia tunjuk TANGAN, bukannya tekak dia! Dr tergelak. Aku pun sama. Last-last Dr jab ubat tahan sakit, tak lama lepas tu dia knock out balik. 

Adib on the other hand, lebih managable, though his condition lagi teruk dari Afiq. Lidah dia sampai luka-luka post op, both left and right. Memang la macho guy. Aku mintak ubat spray nama GLENIGEL kat nurse untuk luka Adib, unfortunately it took her the whole day baru dapat ubat. Nama je duduk hospital 5 star. Tengah malam baru aku dapat ubat, itu pun masa aku dah tido. 

So hari ni is day 4 post operation. I couldn't take leave. Hope they will recover well at home. 


Thursday, April 10, 2014

Esok..

Hari ni memula pergi kerja macam biasa. Punch card, bla.. bla.. terus pergi beli breakfast.

Kat tempat sekarang ni, Unit aku ada 2 orang je perempuan. Yang perempuan tu skang tengah cuti bersalin, maka, BOSAN AMATLAH aku bab nak pergi cari makan. bertabahlah. Semoga aku menjadi kurus semula. (tapi rasanya beli lagi banyak sebab.. eh kang lapar canne.. malas nak keluar sengsorang. :P)

Esok, Afiq & Adib kena go through minor operation. Dua-dua ni severe sinusitis, sampai ke tahap hidung block tak boleh tido. makan ubat ok. Bila aku stop kan ubat (dah 2 minggu stop ubat) teruk balik. So, Dr kata no choice, buat la procedure ni. Dr kata kalau tak buat, anak-anak akan bergantung kepada ubat yang dia amek sekarang, which is pada aku not good la kalau dia dependednt pada ubat.

Sebelum decide nak operate ni, memang ada jugak try amek honey etc. Tapi macam tak jalan langsung.

Bila tanya kengkawan yang anak dah buat procedure ni, diorang cakap kejap je bebudak recover. Jangan orang tua. :)

So, aku ngan husband cekalkan hati setuju for this operation.

Berdebar sebenarnya nak bagi anak go through this kind of thing.. Tapi nak buat macamana kan, dah kena buat.

Doakan anak-anak ok ye readers.

Assalam

Mode : Hati berdebar