Thursday, May 23, 2013

Bagaimana Hendak Menurunkan Berat Badan. Tett!

Biasanya, lepas bersalin, dalam masa 6 bulan habis la all the additions tu. In fact, kali ni, masa mula-mula habis pantang, penurunan berat badan amatlah promising! Jeans masa sebelum mengandung dah boleh pakai balik. Happynya la perasaan!

Namun, kusangka panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengahari. Entah mana silapnya, padahal tau pasai apa , instead of berat turun, berat naik ok! Huwaaaa! Salah sendiri. Eh tak. Salah Mak Sedara yang kenalkan dengan bakeri cumils yang masak cakes sedap-sedap. Salahkan jugak lokasi office, yang parkingnya sungguh convenient. Yang penting bukan salah aku. Adoi.

Naik penimbang dalam 2 minggu lepas, menjerit sorang-sorang tengok jarum tu naik 1kg. Cemana la nak buat nih. Nih breastfeeding ni. Kalau tak breastfeed, tatau la aku apa jadi. :(

So, dalam usaha aku nak kurus nih, plus nak sihat, (sebab recently husband's friend who's a year younger than me kena heart attack), aku pun start la ngan healthy breakfast. Walaupun belum ke tahap tiap-tiap hari makan, but at least, i start somewhere la. Lepas nih, selow-selow makan cereal pulak kat opis for breakfast. This is what I had for breakfast this morning (though after that I had a plate of bihun goreng ngan sambal kicap)..

RM3 kalau tak salah per box, dalam tu ada 3 sachet. mujur ada 3 sachet jek, kalau tak mampuih aku nak menghabiskan..

Just boil some water, campur. Macam 3 in 1. Rasa macam makan maggi ayam, but less tasty. :P Tapi rasanya kalau makan kat rumah, boleh aa tambah real chicken pieces & shitake mushroom. Baru umpph. 

Ini lerr ghopenye bila dah bancuh ngan air. Not bad though.(motivasi.. motivasi)

So skarang ni, aku kena control sket carbo intake to make way for desserts. Nak buek camano? Eden sweet tooth! Tu pasai muka manissss.

Buat slow-slow la diet nih. Aku bukan boleh stok terkejut tukar diet, kang aku punya mengidam lagi teruk. I still give in to my cravings, but try to control the amount. Get active sikit buat kerja rumah, sebab kat opis nih banyak duduk jek. Aktiviti mengukur tanah di shopping complex pun kena ditingkatkan sebagai salah satu jenis senaman yang menyeronokkan. :P 

Turunlah 2 kg tu cepat. Rasa berat tau nak jalan!

No comments: