Wednesday, May 22, 2013

Tudung Pearl Haya

Orang perempuan selalu cakap, "Aku takde baju la nak pakai." Padahal dalam almari penuh baju. Aku lerr tu Aku rasa, aku rasa cam tu sebab aku dah lama tak shopping. Baju yang ada dalam gobok tuh pun ada yang dah berusia, uhuk, uhuk, 10 tahun.. Baju aku buat masa daftar masuk UTM, baju zaman prep sekolah pun aku rasa ada lagi, and sometimes, aku masih lenjan buat gi opis. Betapa ibuku bijak menganggar kadar expansion anak dia. :) Kekadang mak aku yang bising suruh bagi baju kat orang sebab katanya, "Baju kau nih dah teruk sangat dah Along."

Sekarang nih, aku rasa zaman, "Aku takde tudung la nak pakai." Agaknya, sebab aku dok mengulang pakai tudung express memanjang. Aku memang memilih sikit bab tudung. Nak selesa. Ecceh. Tapi aurat pun kena sempurna tutupnya. Selama ni, aku suka pakai tudung Ariani. Maybe aku dah sampai tahap jemu kot.

Tudung Fareeda tu cantik, tapi aku tak suka sangat sebab pendek. 

Baru nih, Pearl Haya ada bukak booth kat KL Sentral. So aku mintak tolong husband aku belikan. Aku ada la sehelai tudung Pearl Haya, masa mula-mula diorang jual tudung. Pearl Haya nih, my cousin's wife punya business. Selama ni aku nak beli, agak susah nak dapat kat KL, sebab tak ada flagship store. Sekarang nih, okay la sebab dah bukak kedai Mara Mall. 

Lari topik pulak. So, Oh belikan la aku tudung. Dapat 2 helai. Alhamdulillah. and aku mula jatuh cinta. Tang muka sedap. Pastu cantik kalau pakai ngan baju plain-plain gitu sebab tudung dia berpattern. 



Muka tuan rumah penuh berlagak. :P Eh tak ade double chin????? miahahahaha. Lempang karang baru tau. Orang berat turun, awak berat naik! *tetiba

So inilah tudung yang memuaskan nafsu shopping saya. Awning coudroy, so rasanya lagi mudah nak jaga. Next nak carik colour emerald green. Next budget. 

Okay la people. Lama tul tak tepek muka sendiri. Gerun rasa. :P


3 comments:

hazlin nazri said...

salam.. tudung ni memang best pakai!

Ibu Adam said...

tetiba aku nak meniaga tudung...

Siti Rahayu Khalid said...

Welcome to the club ...hehehe