Monday, July 12, 2010

:: blissful weekend ::

oohh mata ku sangat mengantuk! bukan sebab layan WC ye kawan², tapi si aidin yang cukup cergas di subuh hari. i woke up at 4.30am for sahur, lepas sahur ingatkan nak tido kejap before bangun for subuh, but aidin seems to have a totally different idea, that he keeps me awake to play! ooh aidin sayang!!

i just came back dari kampung semalam. mula² terpikir² nak balik ke dak, sebab kalau tak balik, i have to handle 3 kids on my own, without mak and abah. nak balik kampung, i tak confident nak drive sebab friday noon i kena 'penyakit' lama. tengah drive untuk gi lunch with officemate on friday noon, skali i saw everything is spinning. nasib baik kereta tgh stop masa tuh sebab jam. imagine kalau kat atas highway and speeding at 110km/hr? i just couldn't imagine what will happened to me.

told mak about my condition, and everyone agreed that i'll balik kampung with abah. mak dah balik sehari awal sebab nak tolong my aunty to prepare for kenduri.

kids were so excited sebab nak balik rumah nyang (moyang) diorang. we only pushed off to negeri sembilan at 3.30pm, after abah dah selesai pergi kenduri kahwin in klang. kids behaved well, so did aidin who slept all the way long.

malam tuh ada kenduri tahlil untuk arwah atuk yang dah meninggal 10 years ago. semua orang balik. so rumah wan (my grandmother) penuh la dengan cucu cicit. masak lauk kampung. daging masak lemak cili api, sambal udang petai, ayam goreng, sayur campur. semua masak atas dapur kayu. perghhhh, 2 kali tambah hokay!

lepas tuh, kat kampung sekarang musim buah. especially durian. sangat² meruntun jiwa tgk durian tapi tak boleh makan banyak. (banyak means 2-3 ulas jek pun!!) sebab aidin tak tahan. tak pe. bukannya takde lagi musim durian lagi tahun depan kan?

sunday morning, takde buat apa pun. lepak jek, enjoy the morning breeze of kampung, which makes my mind so peaceful. skali si afiq nih sibuk ajak atok pegi jalan². i didn't want to follow at first,ingat nak amek peluang relaks² dengan aidin, while the elder two enjoy themselves. tapi adib has different agenda. menangis² suruh mommy ikut. so terpaksa la hangkut aidin sekali sbb i takde bawak any ebm.

abah headed to PD, nak bawak cucu² aka afiq adib main air laut + pasir. i was doubtful, as knowing my kids, mereka sangat tidak suka pasir. to them, pasir tuh kotor. kalau ada pasir 2-3 butir dalam sandal pun suruh lap!

ikutkan aje plan abah. sampai PD, beli la sand castle punya toys for them dengan harapan they'll play. rabak 30 hengget!

i managed to coax afiq to step on the sand. good sign. adib on the other hand tak nak. abah paksa adib in a nice way, aka letak pasir banyak² atas kaki dia. hehe.

afiq finally enjoy the open sea. in fact, dia lagi tarik tangan mommy dia yang tak bawak seluar spare langsung! ke tengah laut. selamat lencun seluar aku. adib at that time dah selamat duduk atas kerusi ngan mak. :P

afiq sampai sekarang dok sebut nak ajak main pasir n nak gi laut. kalau tanya si adib pulak kenapa nangis mandi laut, he'll say,"air kuat sangat, adib takut. adib tak suka kotor."

hmm.. bolehla bawak lagi bebudak nih gi beach. tapi mommy dia nak tepek sunblock bebanyak. udah le muka dah sedia tanned, takkan nak ditambah lagi kecoklatannya kan?

ps - kesian anak² bandar bila balik kampung. on the way to umah wan, si afiq tunjuk kat lembu, sambil cakap, "mommy, tuh kuda!"

3 comments:

mast@work said...

kuda-lembu.. kiut je kan..

aiman semut dipanggil lipas.. kesian le semut tu

aishah zaharin said...

mast - sian semut.. crisis identity. ;p

aishah zaharin said...

mast - sian semut.. crisis identity. ;p