Monday, August 30, 2010

:: mak bapak ::

baju setinggi gunung everest kat umah dah settle aku gosok just in time before saturday. haha. maka haruslah sabtu dan ahad digunakan untuk berhu.ha dengan anak² kat luar. :D

anyway, hari nih i don't intend to update on life, just nak share my point of view on few things, especially family.

almaklum la, bila kita dah berkahwin nih, keluarga makin berkembang. penglihatan kita makin luas, dan perkenalan dengan tabiat manusia juga semakin mendalam. bila dah kahwin nih, harus kita ingat, family sendiri dan family mertua tiada bezanya. (ingatan untuk diri sendiri juga). apatah lagi, bila kita yang anak perempuan ni. selalunya kita sebolehnya akan mendahulukan ibu kita, baru mertua, sedangkan dalam Islam, ibu sendiri dan ibu mertua tiada bezanya. hormatnya kita pada ibu mertua adalah sama levelnya dengan ibu sendiri. sebenci mana pun kita pada ibu mertua, kena la pandai handle perasaan benci tuh sebaik mungkin (nauzubillah).

tapi hakikat hidup hari ini, ramai anak menantu makin lupa daratan. ibu mertua datang ke rumah, layan pun tidak. nak solat ke apa ke, semua pepandai sendiri la carik tempat. di mata mungkin perkara nampak kecil, tapi jauh di sudut hati ibu mertua yang melahirkan suami kita, apa agaknya rasa di hati kan??

aku ingat lagi, ada satu akak kat opis aku. dia selalu ingatkan kitorang, sebelum buat apa², cuba pikir.. kalau dah tua esok ada menantu, nak ke menantu kita buat kita macam gitu? kata² akak tuh betul² terpahat kat kepala aku (apatah lagi anak aku semuanya lelaki..)

bila fikir balik, sedih menengokkan institusi keluarga yang makin hilang nilai, adab dan budaya melayu dalam kehidupan. di mana agaknya silapnya?

satu nasihat mak yang aku ingat sampai sekarang, "apa along beli kat mak, itu jugak la yang along beli kat mama." dalam erti kata lain, mak tak nak aku membezakan antara mertua dan dirinya sendiri. aku harap menantu² mak pun akan buat yang sama, akan layan mak sebaik mungkin sebab tanpa mak, takkan ada adik² aku kat dunia nih. amin.

ps - bila dah jadi a mother nih, aku lebih appreciate mak. betapa dalamnya kasih mak pada anak² walaupun dia tak tunjuk. cuma aku jek kena belajar control temper, almaklumla, mak bukan makin muda. adakalanya ada gak time yang mencabar kesabaran. semoga aku jadi anak yang makin baik, dan menantu yang menyejukkan hati

nota kaki - sekadar berkongsi buah fikiran.. bukan saje apply pada menantu perempuan, tetapi menantu lelaki juga....

2 comments:

Nur Hareza said...

betul3.. masa kawen tu mak pesan, apa beli kat mak, beli jg utk mak mertua.. setakat ni alhamdulilah.. sm adil cuma biasalah terlebih sikit kat mak sendiri tambahan bila sekrang dok serumah ngn mak.. ;)

aishah zaharin said...

tu la pesan mak akak masa baru nak kawen dulu.