Friday, July 8, 2011

:: Day 12 : Saya Tidak Pernah Masak ... ::

skil memasak aku adalah di tahap "cukup-untuk-tak-bagi-orang-di-rumah-lapar". so lauk pauk aku kebiasaannya berasaskan sos, kicap dan seangkatan dengannya. akut jarang masak benda-benda bersantan kat rumah, sebab lauk-lauk bersantan sangat mewah di rumah mak/MIL. namapun mak ayah dari n9, and mak mertua aku dari penang. confirm masak lemai cili api & kari menu utama kan??

so, apa yang aku tak pernah masak..

1. Nasi Dagang


suami ada susur galur (hambek!!) orang terengganu, maka haruslah si dia sangat suka makan nasi dagang. malangnya, si isteri amatlah tidak gheti memasak nasi dagang. pernah menyuarakan keinginan (ye sangat) untuk belajar memasak nasi dagang dari bonda mertua, tapi bonda mertua kata, "alah.. makan jek kat rumah mama." bila menengokkan cemana mak mertua masak nasi dagang, mak aihhhhhhhhh, payah nyeee! maka, sebagai menantu solehah, saya menurut arahan bonda mertua supaya makan saje di rumah mama. hehe.

2. Kuih Stok Kukus-kukus yang Dibuat dari Scratch i.e. Kuih Seri Muka, Lepat Pisang dan Seangkatan dengannya

anak-anak saya sangat suka makan kuih seri muka. diorang panggil kuih nih kuih "PERCY" sebab kaler dia hijau macam character PERCY dalam kartun THOMAS & FRIENDS.tengok anak suka makan, harus la ada rasa teringin nak masak kuih nih untuk anak sendiri, supaya diorang dapat makan puas-puas, tapi, hasrat murni itu terbantut kerana :-

a. saya cuma ada electric steamer yang comel sizenya.
b. adib kata, "tak payah la mommy masak kuih percy, mommy beli saje."

kids also know "FIT FOR PURPOSE" clause.

3. Sambal Belacan


cerita yang mungkin pelik tapi benar. saya hanya mula belajar makan sambal belacan masa saya dah masuk UTM. sebab utamanya, mak saya memang tak buat sambal di rumah. mungkin, kami nih spesis orang negeri sembilan yang dah mengalami mutasi tak makan pedas. saya sangat suka sambal belacan bonda mertua saya. apalagi kalau campur buah kuinin. mak aiihhhh. leleh ayaq liuq!

cukuplah saya kasi 3 jek benda saya tak pernah masak. kalau nak tulis semua, maunya berjela-jela entry saya.

ps - gambar ihsan mr GOOGLE.

ps no. 2 - afiq baru dapat tido nyenyak sikit after amek nebulizer. this entry is posted live from prince court medical centre. sian anak mommyyyyyyyyy.


No comments: