harapan tuan rumah terlalu banyak. tapi cukuplah yang berkongsi hal-hal yang tuan rumah rasa boleh dikongsi saje.
1. anak-anak menjadi mukmin yang profesionalterlalu mahu anak-anak saya berjaya menguasai ilmu dunia seolah-olah kehidupan ini tidak ada sempadannya, dan pada masa yang sama mereka menguasai ilmu akhirat seolah-olah hari ini adalah hari terakhir bagi mereka di dunia. saya mahu mereka berjaya menjadi pemimpin syarikat-syarikat besar (lebih istimewa kalau syarikat itu mereka yang punya!) dan pada masa yang sama mampu menjadi imam kepada pekerja-pekerja. semoga Allah membimbing saya dan suami dan memperkenankan harapan saya ini.
2. diri sendiri menjadi super terror masak
saya memang tak gheti masak. nak masak yang masuk level intermediate, haruslah saya bukak buku resepi masak. kalau nak masak untuk ramai orang, harusla saya buat homework membaca resepi ke depan ke belakang kalah amek final exam zaman uni. saya paling tak gheti masak benda-benda bersantan. sangat teringin menjadi super terror dalam bidang ni. so langkah pertama yang harus saya ambil adalah melengkapkan peralatan dapur. * tetiba. EN SUAMI, SILA APPROVE BUDGET SAYA.
3. hidup sihat walafiat, aman bahagia sehingga ke pintu syurga
and harapan ini saya extend kan untuk seluruh ahli keluarga saya. melihat anak muntah-muntah non stop pun boleh buat saya rasa sangat helpless, saya mintak sangat dijauhkan dari penyakit-penyakit bahaya. membaca kisah-kisah saudara islam yang lain mengharung dugaan diuji sakit kronik sangat menakutkan.
4. hidup dengan prasangka yang baik
susah untuk saya buat, tapi saya harus cuba, sebab saya pun tak suka orang prasangka buruk dengan saya. perbualan dengan officemate over lunch minggu lepas membuka minda, betapa kita selalu kata,"sepatutnya, dia buat cenggini.. bla.. bla.." sedangkan kita jarang tanya diri kita, "sepatutnya aku buat cemana?" (tu pasal saya suka ngan kawan ngan budak kecik nih.. walaupun muka dia cam budak skolah baru tingkatan 2, tapi dia sangat best bila bawak borak benda-benda cenggini)
okayla. cukup takat nih. tuan rumah betul-betul tak lalu nak berblogging, sebab tuan rumah masih bersiaran dari hospital. cepat la sihat afiqqqqq.
1 comment:
Get Well Soon Afiq!! :)
Post a Comment