Thursday, July 28, 2011

:: Day 16 : Cerita-ceriti di Zaman Universiti ::

zaman universiti saya bermula pada tahun 1998, kat UTM Skudai. dek kerana susur galur family, aku terjebak amek line civil engineering. jiwa cam kena la ngan kursus nih sebab this field banyak yang hasil dia kita nampak, unlike electrical engineering or computer engineering. sungguh aku tak leh pergi dengan programming or electrical courses. harus kena buang semester satu kalau amek kursus ni.

my first year of study sangat main-main. ikut suka hati dan sesedap rasa samada nak pergi kelas ke tak nak. ada masa tuh, dah siap elok dah nak gi kuliah, skali bila lepak kat depan K07 tunggu bas kolej, cam malas jek nak pegi kelas. boleh patah balik masuk bilik lepak-lepak. sungguh tidak sedar diri masa tuh. pakaian ke kelas pun sangat gonjeng. rasanya majoriti budak awam macam gitu. cukup sekadar jeans lusuh + t shirt lunyai + selipar hawainas pegi kelas. kalkulator ngan pen semua masuk dalam poket. result masa first year pun sekadar cukup untuk puas hati. setimpal dengan usaha yang diberi.

start second year, sudah ada la sedikit rasa insaf dalam hati. maklumla masa nih dah ada buah hati. (entah apa yang laki aku berkenan kat aku pun aku tak tau). so mula la sikit-sikit tambah usaha untuk maju dalam pelajaran. tapi rasanya usaha tuh tak cukup sangat. masa nih dah duduk luar. duduk kat melana apartment ngan classmates. life masa tahun 2 nih agak 'mencabar'. banyak yang jadi dalam masa setahun nih, yang akhirnya buat aku angkat kaki keluar dari rumah sewa, (gambleeee!) and sewa sengsorang kat luar. bukan anti social ye readers, cuma ada masalah 'rumahtangga' yang tak dapat nak dielakkan. last-last aku menyewa ngan bebudak junior, yang banyak ajar aku pasal hidup. (SERIUS!)

masuk third year, dengan housemates yang sangat menyedarkan aku pasal life, study aku pun banyak berubah. dan telah menunjukkan impak yang sangat besar dalam result exam. maybe hidup lebih tenang dan fokus, buat aku makin happy. pakaian pun dah berubah sket. sudah mula kenal baju kurung. (tapi tidak la sampai pegi lab pun aku pakai baju kurung. maunye tak senonoh nengok budak perempuan sodok simen pakai baju kurung. kan?) ke aku makin ladylike? MIAHAHAHAHAHA. tidakkkkk. tapiiiiii, still ada gak habit tuang kelas sekali sekala, bila vitamin MALAS bermaharajalela. masa nih dah drive gi kuliah. tapi tu la kan. kalau dah niat tuh tak baik ada jek benda jadi. ada skali tuh, aku memang niat nak ponteng kelas (sebab kelas tu petang, and aku dah sangat malas). plan baik nak gi CS ngan bebudak kelas aku gak. gi la amek member kat rumah sewa diorang, skaliiiiiiii TAYAR BOCOR. adoyaiiiiii. memang sahih, aku dan niat tak baik memang tak seiring. :P

fourth year, jadual makin pack. mana taknya, batch aku antara mangsa keadaan. degree almost tak recognize by BEM sebab tak cukup kredit. to avoid kena extend maka tahun 3 & 4 padat gila. bayangkan final semester amek 24 kredit?? gilooooo! tapi masa nih, aku memang chill habis la. sebab masa tuh dah kira-kira cgpa, teruk cemana pun gpa, insya Allah, aku still 2nd upper. and dapatla 4.0 flat sekali pun aku takkan dapat 1st class. yang masa tuh jadi big q was dapat gold medal ke dak? tuh jek. so aku study pun ala-ala, sampai housemate aku tegur, 'akak tak study ke?' masa tuh macam, haah ek. aku nih nak jadi apa?? tapi memang masa tuh tak pressure sgt. just go with the flow, (except for my thesis, yang hampir-hampir buat aku extend. thanx to OH's friend yang pandai software yang aku pakai tuh. dia la yang tolong check aku nyer scripting. bunyi cam gempak, padahal aku copy paste jugakk). alhamdulillah, masa ni, result di luar jangkaan. senyum lebar sampai ke telinga haku masa dengar kat UTM teleinfo. :) ngeee. alhamdulillah.

tapi kenang-kenang balik la life aku kat johor tuh, aku tak tau cemana aku boleh survive tetiap malam makan tukau menu nasi goreng.

banyak sebenarnya yang aku nak share pasal life kat UTM nih. tapi partly aku dah cite kat makan, kat BFF dalam past entries. so guess, cukup sentuh pasal akademik jek kot. (pergh, ilmiah). ada gak la aku masuk ko-kurikulum punya activities. tapi tak banyak. spesies aku nih tau nak melepak kat mamak saje petang-petang, so agak kurang masa di situ untuk berpersatuan sangat. :P ye la tuh. kalau dah dasar pemalas tuh, pemalas jugak.

rindu pulak aku kat UTM. member UTM yang baca nih, korang takde rasa nak buat reunion ke? aku kasi suggestion boleh, tapi bab nak organize, mintak ampunnnnnn. i'm pretty poor at organizing! :D

2 comments:

Nur Hareza said...

teleINFO UTM ye kak.. alahai, rindu UTM diHATIKU

aishah zaharin said...

haha. masa nak tunggu cakap C.G.P.A ya Allah, dup dap dup dap