Tuesday, July 19, 2011

:: Day 15 : Zaman Persekolahan Saya ::

it took me quite sometime to put up an entry. pardon me. was pretty occupied with family and work (sigh) sehingga tiada masa untuk diri sendiri. ini pun setelah selesai buat keja-keja @ 12.00 midnight. sapa kata keja gomen tak sibuk? meh sini saya lempang. *author emo tiba-tiba, tapi tiada kena mengena dengan masalah hormon atau simptom PMS.

wokeh.. let's see. Day 15 - zaman persekolahan saya. meh kita imbas cerita lama,

Tadika : Tadika St Ronan

tadika aku nih dekat ngan setapak. abah hantar sekolah tuh sebab sekolah tuh English medium, and i guess he wanted all his kids to master English really well, for he got excellent english command. the students are a good mix of all races. not much that i can recall though.

Sekolah Rendah : SRK Taman Melawati

this is where i gained my primary education. some of the friends that i made at this school adalah kawan saya sehingga hari ini. masih bercontact-contact. masa zaman skolah dulu, aku nih kira student biasa-biasa saje. nak kata scorer pun tidak, nak kata teruk sangat pun tidak. ada masa aku terer gila periksa sampai bolot no.1 both semester. ada masa, aku doklangut tengok no. belas-belas dalam report card. aku cukup takut la kalau dalam report card ada B, mampuih balik kena leter ngan abah.

bab-bab sukan, aku ada gak la join. ada jugak la merasa lari 100m and 200m and rallies. main gak bola jaring. tapi semua tuh tak de la sampai wakil sekolah. setakat wakil rumah jek. dulu zaman skolah-skolah kalau sprint pun kaki ayam jek. takde nye pakai-pakai spike nih.

yang aku tau, aku masa skolah-skolah cam ala-ala garang gitu. miahahahhaa. agaknya tu pasai la cikgu suruh aku jadi pengawas. dah tuh, kata anak sulung, dah dari kecik terbiasa.

Sekolah Menengah (Sampai Form 3) : SM Taman Melawati

lepas UPSR, aku masuk sm taman melawati. boleh kata, majoriti dari skolah rendah masuk sini, walaupun ramai yang dapat straight A's masa UPSR. masa aku mula-mula masuk skolah menengah, majoriti kawan-kawan aku dah pakai baju kurung dah. aku jek yang lambat sedar diri bahawa pinafore itu adalah tidak menutup aurat. aku ingat lagi, tiap kali masuk kelas, ada satu cikgu nih memang tak putus asa la menasihatkan aku supaya tukar dressing. aku ingat lagi time nih, dalam kelas aku tuh ada 3 orang saje yang tak pakai tudung & pakai pinafore. (kelas aku semua muslim) so boleh kata tetiap hari, classmate aku yang sama spesies ngan aku time tuh akan call aku mintak aku teman dia pakai pinafore bila kes terdesak. nak kat separuh tahun gak aku rasa aku pakai pinafore.

nak kat separuh tahun gak la aku amek, sebelum aku start pakai tudung gi skolah. tapi itu punnnnnn on and off. time PJ aku bukak. masya Allah. tu la bila tak faham tuntutan menutup aurat.

ok cut the story short, aku continue skolah kat sini sampai form 3. alhamdulillah, result pmr aku ok, aku pun kena transfer masuk SBP.

Sekolah Menengah (Form 4 - Form 5) : SM Sains Selangor

terus terang aku cakap, aku tak happy dok asrama. mana taknya, kat rumah dah biasa hidup senang lenang, bilik sengsorang sebab aku anak pompuan sorang, barang semua tak yah kongsi, sekali... PANG! semua menda tukar 180 degrees. perghhhh. kalau tak pasal mak aku dah sound,"There's no way turning back" masa hari pertama register kat barding school, maka selamat la aku sekolah kat situ selama 2 tahun. TAPIIIIII mak aku datang tetiap hari sabtu ngan ahad sepanjang 2 tahun enyebabkan adik-adik aku bengkek sebab kacau time diorang tengok citer ultraman kat rumah. hahahaha. tu la rezeki masuk SBP tapi dekat ngan umah. baju pun laundry di rumah. (ye saya sangat spoilt brat)
masa kat sini, life aku banyak dengan debate. nih semua pasal kakak senior dormmate aku yang suruh masuk. it actually helps me a lot. banyak mematangkan fikiran. makes u think broader. (kunun) ada gak la join sports activities. tapi minimal. setakat amek bhgn sprint masa sukan tahunan untuk wakil rumah & skolah.
tapiii, dalam aku tak suka dok asrama, kat sini la aku rasa aku blajar pasal life yang paling banyak. biarla apa yang aku belajar aku simpan sorang. (chehhh. padahal tuan rumah dah ngantuk gila gaban. aku nak tido. esok ada kursus)

okay people. jumpa di next entry, insya Allah.


2 comments:

Anonymous said...

kan...ingat debate ingat cammod...
just now u stand i sit u talk i listen...
now i stand u sit i talk u better listen...
*diiringan sokongan padu budak setia*

walhal korang menyangkak dia kan????

aishah zaharin said...

Jax,ada ek?