Friday, August 26, 2011

:: Day 30 :: Kesimpulan..... ::

haha.

tak boleh blah tajuk nih.

apa ko hengat letak cabaran 30 hari nih ada yang nak baca kesimpulan bagai?

tapi pedulik la kan. my blog my say. suka aku lerr. :P

susah rupanya nak menulis entry 30 hari. patut sebulan settle jadi sampai berbulan-bulan. namapun manusia. kita merancang, Allah yang tentukan.

tapi seronok sebenarnya tulis entry 30 hari nih. banyak teringat benda-benda yang meniss (sebut betul²) dalam hidup. sekali sekala tuh ada gak la teringat yang payau-payau, tapi namapun ubat kehidupan, kalau semua manis jek, diabetic la beb!

dah habis entry 30 hari nih, tuan tanah pun blank. apa la yang nak aku tulis. :P

takpe, kita boleh mula nanti ngan cerita raya. mesti lepas nih semua blog meriah dengan cerita raya. uols raya mana uols?? i tahun nih raya terengganu, turn suami.

ha. tu topik menarik. next entry saya up la. petua menjaga keharmonian rumah tangga sepanjang masa. auwwwww!


Thursday, August 25, 2011

:: Day 29 : Kalaulah Saya Seorang Jutawan ::

hoihhh. angan² Pak Pandir nih.. :D

tapiiiii, apa salah berangan kan? mana tau satu hari jadi kenyataan.

1. mau terbang keliling dunia

nama pun suka berjalan. tapi sebab selama nih dasar cheapstake belanja secara berhemah, maka destinasi-destinasi yang masuk dalam rekod passport adalah destinasi yang ada tambang murah. :D teringinnya mau terbang satu dunia, pergi destinasi yang ada dalam senarai must want to go, naik GOOD CLASS SECTOR read first class, and stay at comfy place dengan semua orang-orang yang saya sayang. best kan?

2. mahu berbakti kepada ibu dan bapa juga mertua dari segi kewangan

walaupun mak dan abah mahupun mertua tak pernah meminta apa², TAPII saya sangat teringin memberi sesuatu yang cukup bermakna. walaupun secara cliche orang akan kata pemberian sekcik mana pun dari anak adalah amat bermakna kepada kedua ibu bapa, but as much as i can, i want to give more!

3. buat islamic kindy yang bertaraf antarabangsa

masa saya school shopping untuk my twin, saya rasa terlalu susah untuk saya jumpa islamic kindy yang memuaskan kriteria saya. saya mahu islamic kindy yang menggunakan english as language, dan dalam masa yang sama mempunyai ratio teacher-students yang kecik. teramat susah untuk cari mana-mana kindy yang memenuhi kriteria ini.

4. invest, invest, invest
kalau duit berkepuk² tapi asyik dok pakai jek tak simpan², segunung duit pun boleh habis kan? so haruslah kita mencari idea-idea bernas untuk melaburkan duit tuh supaya dapat diwarisi oleh waris-waris yang berhak. (apa ko ingat ko sorang jek nak senang??)

hmm.. apa lagi ha?? banyak lagi sebenarnya nak buat, tapi mak tak kose nak type. yang penting kalau jadi jutawan jangan lupa bayo zakat.

Tuesday, August 23, 2011

Day 28 : Pekerjaan Impian Saya

hari tuh kita dah cerita pasal cita-cita yang pernah singgah dalam hidup, now, kita cerita pulak pasal pekerjaan impian saya.

saya amat teringin la mempunyai karier yang masanya fleksibel. dengan kerjaya semasa, memang tak boleh la kan, sebab ada punch card bagai.

sebab utama saya nak cari kerjaya yang time fleksible? sebab memudahkan pengurusan rumahtangga, khususnya keperluan anak-anak. mana tak nya, kesian dekat bonda saya at the moment yang terpaksa tolong hantar and pick up anak saya dari sekolah.

maybe ada yang tanya, kenapa tak berenti saje.. hohohohohoho! big NO. bukan sebab apa, saya rasa kita masih perlu ada fall back plan. (plus kerja tuh pun terapi sebenarnya)

best jugak kalau dpat karier yang ngan hobi kita. contohnya PERSONAL SHOPPER. bukanlah hobi saya untuk shopping, tapi saya suka window shopping. :D kalau beli guna duit orang lain, barulah boleh dare devil. kalau guna duit sendiri, semputt!! :P

best jugak kalau dapat buka perniagaan sendiri, where you are in charge all on your own. ada jugakla satu dua plan, tapi masih belum materialize gitu. harapnya ada la rezeki.

dah la. takde mood sangat nak berblogging. chiow!

Monday, August 22, 2011

:: Puasa Dulu vs Puasa Sekarang ::

hari nih, kita break sekejap dari entry 30 hari. entah pasal, masa pagi, on the way pegi keja, teringat kisah lama-lama.

bulan puasa nih kan selalunya kita associatekan dengan cerita dahulu kala, kenangan-kenangan manis masa muda remaja kanak-kanak riang ria. beza benar rasa bila dah meningkat usia sambut ramadhan.

masa kecik² dulu, bulan puasa tuh rasa lamaaaaaaa sangat. sebulan woo tak leh makan siang. kalau time sahur tuh, saya dan adik akan minum bergelen-gelen air masak sampai nak masuk waktu subuh sebab takut haus. hahaha. hebat hokay minum berteguk² tak berenti. lepas tuh, abah pulak saiko tak kasi makan kacang, sebab abah kata,"makanlah kacang time sahur, nanti kang haus puasa." tak bley blah betul la. and ideology abah tuh melekat kuat dalam kepala otak sampai la dah beranak 4 ini. :D

pastuh, masa kecik-kecik dulu, nak menunggu time bukak posa lamanya la rasa. layan jek la tv3 tengok cerita rumah kedai yang sinonim dengan bulan posa. melepek² la depan tv tunggu time bukak. time bukak posa, abah beli makanan dari bazaar banyak gila. bersusun dari hujung ke hujung, agaknya meriah melayan karenah anak-anak posa. kuih wajib beli (sampai sekarang!) is tepung pelita. pastu tiap² hari kena buat kuih cekodok, tak kira la letak bilis ke udang (biasanya udang lebih mendapat sambutan). kalau abah ada rezeki lebih, masa tuh merasa la bukak posa kat hotel. masa tuh serius berbaloi bawak tuan rumah nih sebab masa tuh konsep makan adalah makan sehingga tak leh masuk. segala jenis dessert aku belasah. :D

lepas jek bukak posa, mula la sesi main mercun ngan bunga api kat luar rumah. feel wooo. hilang penat posa time siang-siang. abah pulak rajin melayan bab-bab nih. bliss!

lepas tuh kalau kat sekolah, dok tukar-tukar kad raya. meriah gila. kad raya gambar katun-katun adalah favourite. bukan sikit-sikit hokay kad raya yang dapat, berpuluh² keping. masa tuh feeling macam artis² gitu. :P

tapi semua tuh makin lama makin hilang dari hidup. takdenye dah aku melantak selagi perut boleh terima. makin lama makin sikit kau makan, sebabnya kalau terover makan, perut rasa tak best. minum time sahur tuh masih bergelen-gelen gak la minum sebab aidin masih breastfeeding lagi, takut tak cukup susu.

bunga api dan mercun pun dah tak layan. yang beli tahun lepas pun tak habis, sebab aku tak larat nak melayan anak-anak aku main bunga api. kesian diorang kan, pelita pun tak kenal.

kad raya lagi la makin pupus. kalau tahun lepas ada gak la aku dapat sekeping dua dari member opis lama, tahun nih langsung ILEK. aku rasa one day budaya ni akan pupus gak la dek teknologi canggih manggih sekarang.

rindunya aku time puasa masa bebudak², time yang aku tak yah pikir apa nak masak..



Saturday, August 20, 2011

:: Day 27 : Kenapa saya suka kanak-kanak ::

kanak-kanak adalah golongan yang sangat 'entertaining'. sangat sukar dipredict dan penuh dengan elemen kejutan (apa ko ingat ni AF?)

they are like little sponges. daya serapan tahap maksimum habih. and jadi macam video recorder terhadap perangai orang dewasa di sekeliling mereka. :D

that'why i love kids. i love to listen to the unexpected replies that come out from their little mouth. the reasonings for doing things, to justifying their acts. not to mention the effort in asking for attention.

their lo-yar buruk-ness pun boleh tahan. can make you laugh your heart out.

they too are the most honest person in earth. kalau ko masak sedap, dia cukup very delishhhhhh! kalau kau masak tak sedap, sampai pagi esok pun makanan tak habih.

kalau nak check bentuk badan pun tanya la diorang. tapi bersedialah mendapat jawapan yang 'sekarangg-jugak-aku-nak-gi- London Weight Management '.

hehe. kids, u never fail to awe me. :)

nota kaki - mengapa manusia sanggup campak bayi dari tingkat yang tinggi2? apa ko ingat itu namanya timang anak????


Thursday, August 18, 2011

:: Day 26 : Cita-cita yang pernah ada dalam list saya ::

gosh, i've arrived at day 26. :D a once 'blogger tegar' is now a casual blogger. many thanks to hectic schedule, both at work and home. plus Ramadhan is here, hence my schedule is super duper tight.

so let me see, DAY 26 : Cita-cita yang pernah ada dalam list saya

korang ingat lagi tak masa skolah rendah dulu, ada kad 001? kad yang kaler kuning (ke coklat? ke pink? ntah. kad yang tiap² tahun cikgu akan isi tulis pencapaian bagi setiap subjek, markah utk 'perangai' kita and cita-cita murid?

masa aku skolah rendah dulu, aku selalu tolong cikgu isi kad nih. (mungkin sebab tulisan aku cantik. miaahahahahaha) kat dalam kad nih kena tulis cita-cita, siap ad no. 1,2,3.

meh aku reveal, sikit sebanyak cita-cita yang pernah singgah dalam hidup aku, (or mungkin masih exist sehingga hari ini)..

1. Lawyer
apsal ntah aku nak jadi lawyer? mungkin sebab masa zaman skolah aku nih school debater (tapi apsal ko skang kalau orang tak kenal kata sombong?? macam ada emas dalam mulut!) kunun² sangat cool (tak pikir how stressful the work could be!), masuk keluar court pakai very smart black suits. tapi bonda tercinta tak agree to my proposed profession, maka terkuburlah hajat hati.....

2. Pakar Sakit Puan
klinik mana yang tak akan bungkus? dr mana yang tak penah tak ada patient? ha, kan? nak jadi doktor kunun, tapi masih ada elemen bisnes di situ. ye la, mana la ada orang berenti beranakkan? so, masa tuh memang beriya la nak jadi gynae. tu pasal aku masuk kelas biology instead of amek lukisan kejuruteraan masa kat skolah. sekali lagiiiiiiii, bonda tercinta tak agree dengan proposed profession, maka terkuburlah hajat hati (padahal, masa tuh dah mula hilang minat sebab masa tuh cikgu bio aku rajiiiiiiiinnnnnnn gilaaaaaaa, sampai wa tak larat gi kelas bio. serius. but i admit, she's one rare gem, seriously)

3. Pensyarah
punyala pemikiran tak cukup mature kan, aku pun penah pikir nak jadi pensyarah. apa kes jadi pensyarah bila ko sendiri tak tau apa yang nak disyarahkan?? :P masa tu tak pikir pun yang kalau nak jadi lecturer nih, kita kena specialize in certain field. tapi cita-cita nih macam tenggelam timbul la. ala love-hate relationship gitu. sampai sekarang. kejap-kejap aku nak stay jadi engineer, kena hari aku PMS ngan keja, aku rasa aku nak sambung pHd jadi lecturer.

4. Saintis
gelak la korang guling-guling. korang pun mesti penah tulis nih dalam cita-cita korang kan? aku rasa aku ada tulis nih masa aku darjah 5 kot? apa yang aku pikir masa tuh pun aku tak tau.
*gosh, tutup muka ngan selimut! malu!

:: Cita-cita aku Sekarang ::
hehe.. mahu jadi enterpreneur gitu. banyak idea dalam kepala, tapi satu pun tak materialize. i know i have to break my comfort zone to make this materialize, but so far, masih mencungap mencari ruang lingkup masa yang mengizinkan. doakanlah ye..

owh, satu lagi angan-angan di masa lapang.. nak jadi personal shopper. huhu. bestnye kalau dapat shopping-tanpa rasa-bersalah-lepas-tu-berangan-kalau-client-tak-suka-dia-pass-kat-haku! miahahahaha. ke laut dah shah oii..

apa pun, i'm contented with my job now. though the pay is not really good, but alhamdulillah, masih cukup walaupun kekadang terasa gak sesaknya. :D kena selalu ingat, ada orang kat luar sana yang tidak bekerja dan lebih susah dari aku.

Friday, August 12, 2011

:: Day 25 : Anak- anak saya ::

terlalu banyak yang hendak ditulis pasal anak-anak ku sayang, tapi minda seolah tersekat melayan perasaan. ada masa rasa cepat betul masa berlalu, sampai tak ter-register apa yang sedang berlaku depan mata.

saya diamanahkan dengan empat orang anak (at the moment). my first born - twin. non identical twin. both lelaki. my third child from second pregnancy is a still birth baby at 38 weeks and 5 days. Allah lebih sayangkan dia. jugak lelaki. dan latest addition is also a boy, sekarangnih dah 1 tahun 4 bulan.

syukur pada Allah atas kurniaNya, walaupun sebelum ini struggle dengan masalah infertility for almost 4 years before my first born arrived.

okay la, let me start off now..

:: My first son - Afiq Hazman ::
kiranya afiq ni anak sulung la, walaupun cuma lahir 4 minit awal dari kembar dia. keluar dari rahim mommy ikut tingkap (c-sect). both baby breach masa deliver. rupa dia macam anak cina, mata agak sepet, dan kecik sebelah, guess, he inherits that from the father.

sangat suka menyanyi walaupun selalu out of tune. :P (ikut sapa la tuh) latest obsession is cars, specifically high speed cars. umoq baru nak masuk 4 tahun, tapi dah kenal kereta mazeratti, bugati, lambhorgini. sometimes, sambil nengok tv, tetiba dia request nak tgk "cerita racing" aka formula 1.

kecik sikit dari adib. i think he's 4 kg lighter and almost 2 inch shorter than adib. his tastebud sangat melayu. memang suka cari nasi. kalau tak nasi, mee. western food susah sket tekak si afiq nih nak telan. habih western dia makan is prawn mac & cheese kat SR or spaghetti carbonara yang mommy beli dekat jkr.

his favourite cartoon - CARS. kekadang layan jugak supa strikas. babytv pun layan jugak.

afiq nih tak reti berjalan. dia suka 'skip' around. :P

:: My second son - Adib Hazim ::

adib hazim kembar si afiq. he's pretty tall, and lebih gebu dari afiq. tanner compared to afiq.

a pretty shy boy. sangat susah nak record video adib menyanyi or doing acts, cause he will just stare at me with a very handsome smile. hikhik. shy shy cat gitu.

western food fares better with adib, compared to local dish.

kalau dulu-dulu dia minat sangat thomas, sekarang nih dah maje sket. sama macam afiq, adib minat cars jugak, tapi tak seobses afiq. dia

senang cakap, afiq and adib nih memang sungguh la kembar tak seiras. everything between them is opposite, but they can't live apart from each other. like yesterday, bila mommy marah adib n nak tinggalkan kat rumah wan (nenek) dia, afiq cepat² cakap, mommy, mommy, adib nak cakap sorry!

:: My third son - Allahyarham Abdullah Amin Fahmi ::
anak yang dilahirkan cukup sifat dan sempurna pada usia kandungan mencecah 38 minggu 5 hari. tidak pernah mendengar tangisnya. lahirnya arwah ke dunia adalah untuk dikembalikan semula kepada Allah, Penciptanya. kelahiran yang disambut dengan sendu tangis, tapi akhirnya telah membawa 1001 pengajaran dan tauladan kepada mommy & daddy yang masih hidup di dunia. dah 3 tahun arwah meninggalkan kami sekeluarga. rupa arwah serupa sangat macam afiq, jari² arwah sangat panjang and he's one tall baby.

:: My fourth son - Aidin Nasri::
my latest addition. nama yang diinspirasikan (cewah!) dari football player arsenal. (hadoi aiii laki ku). koala bear mommy. manja and kuat jeles. takut kalau mommy tinggi suara.

suka makan apa saja. lauk gulai cili api (version tak berapa pedas la tapinya) pun aidin bedal. suka munch buah, cuma mommy daddy dia je yang kurang rajin pegi beli buah.

apa yang abang dia main, itu la yang dia main. masih cakap bahasa baby, dan dah mula sikit² kuar suku kata dari mulut aidin. :D yang penting dia lepas cakap nak mamam n nenen. hehe.

all three boys nih dah pandai main sama-sama. sejuk hati tengok (bila tak gaduh, kalau time gaduh mommy boleh jada singa). (tetiba rindu pulak kat anak)

Ya Allah ya Tuhanku,
Kau jadikanlah anak-anakku,
anak-anak yang soleh, menjadi ahli syurgaMu serta membantu kedua ibu bapanya dunia dan akhirat.
Kau kurniakanlah kejayaan hidup kepada anak-anakku, di dunia ini dan di akhirat nanti ya Allah.
Jemputlah mereka ke tanah suciMu pada usia yang muda,
Temukanlah anak-anakku dengan jodoh yang baik-baik,
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh, dan membantu mereka di dunia dan di akhirat.
Murahkanlah rezeki anak-anakku ya Allah,
dan satukanlah hati mereka dengan perasaan kasih sayang.

Amin!


ps - menghampiri 10 malam terakhir Ramadhan. usahakanlah yang terbaik. jangan disia Ramadhan!!

Wednesday, August 10, 2011

:: Day 24 : Buku Kegemaran Saya ::



Saya memang suka baca buku. Tapi, buku yang saya suka baca adalah buku-buku yang ringan. Ringan bukan kerana nipis, tapi ringan = light. Jom review.. (caution : mungkin boleh buat anda terkenang-kenang zaman silam. Serius)

:: Zaman Sekolah Rendah ::
:D tu pasal la spek tebal. Sangat suka membaca buku cerita. Kena pulak Bonda tercinta memang rajin melayankan minat anak perempuan tunggalnya ini. :D Beli buku jek pun kan, tak pe la. Bukannya pergi beli mainan. (Saya memang tak de mainan sangat masa kecil, tak tipu) Saya membesar dengan main basikal, galah panjang, kejar-kejar depan rumah waktu petang. Eh, melalut pulak cerita. OK. Buku favourite saya masa sekolah rendah adalah dari siri Enid Blyton. :D Masa tuh mula la feeling-feeling jadi spy. Tapi, saya lebih suka baca buku Enid Blyton yang telah dialihbahasakan ke Bahasa Melayu. Kalau yang di dalam Bahasa Inggeris, saya suka baca series Malory Towers, kisah sepasang kembar yang dihantar bersekolah ke asrama penuh. (Saya sedang berusaha untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Melayu)





:: Zaman Sekolah Menengah ::

Apabila sudah masuk ke alam *uhuk uhuk remaja, haruslah ada perubahan dari segi jenis pembacaan. (Habis tuh takkan sampai sekolah menengah pun korang nak baca magazine Bambino?!) Masa zaman sekolah menengah, famous betul novel (ecceh, dah pandai novel) daripada Ahadiat Akashah. Nak kata saya ikut perkembangan, tak la sangat. Ntah apa yang best sangat pun, saya tak tau. Korang yang lahir tahun 80-an jangan tipu la kalau tak baca buku nih. jangan gelakkan saya sorang-sorang.



:: Zaman Universiti ::
Dah masuk zaman Universiti, lagi la harus suka melayan cerita-cerita jiwang karat yang mampu merobek air mata sedih. :D Almaklumlah, dah mula kenal erti cinta sebenar. Ewah! My all time favourite writer is Aisha Sofea & Sharifah Abu Salem. Plot (amboi kelas!) cerita yang menarik, sangat mengujakan dan page turning!! Kiranya dah matang sikit la pembacaan aku. :)





:: Zaman Bekerja ::
Saya pun tak tahu bagaimana saya boleh terjebak dengan buku-buku ini, tapi sekali saya dah mula, saya tak boleh stop, dan kini saya telah memiliki semua siri yang ditulis oleh Sophie Kinsella. Oh yes, I am so in love with Becky Bloomwood. Macam yang dikatakan Sophie, in every people, there's a Becky. ngee! Terbaik lah! baik shopaholic series mahupun cerita Undomestic Goddess, Can You Keep a Secret dan Twenties Girl, semua best!



:: Zaman Sekarang ::

Haruslah buku memasak sebab saya tak gheti cekap memasak. Saya suka membelek buku resepi sediada di rumah dan dok membayang-bayang kalau saya buat jadi tak? jadi tak? susah ke? Naik lunyai buku pun, masaknya tidak jugak. nak-nak tengok buku baking yang di decorate bagai..... mulalah saya berangan..

Ok dah la tuh. Malam dah nih. esok nak sahur. kang takut tak sedar. take care people. jangan lupa baca Quran!


Tuesday, August 9, 2011

:: Day 23 : Pic Profile FB Saya ::




perhaps, among our first official pic with aidin. masa aqiqah aidin, i think just after pantang, sebelum saya start masuk office semula. badan sangat tembun, dan sutera itu hanya menambah ketembunan saya. aidin dah 1 tahun 4 bulan dan masih lagi breastfeeding. masa nih, OH masih on and off kerja di perantauan. sangat mencabar membesarkan 3 anak kecil seorang diri. andai kata ada ibu tunggal or semi-single parents yang membaca entry ini, saya salute anda semua.

ps - milestone check. approaching 1/3 Ramadhan. how's your achievement?

Monday, August 8, 2011

:: Day 22 : Make Over ::


nih gambar masa gi manchester. minimal make up.


nih gambar masa adik kawen. a friend of mine make up kan.

verdict : saya tangan kayu.

Friday, August 5, 2011

:: Day 21 : Cara Saya Berpakaian ::

saya orangnya simple. tak gheti nak pakai yang fancy². wardrobe saya penuh dengan tshirt long sleeve. saya paling suka t-shirt stripey. tapi harus pakai dengan konfiden nyahh walaupun stripes itu adalah melintang aka horizontal, yang mampu uat badan nampak dari gelas jadi mangkuk belanga.

meh saya tepek gambar-gambar busuk saya.

ini la saya.

:: Fashion Pergi Kuliah ::

Masa buat degree dekat UTM, Skudai

jeans with long sleeve top and tudung bawal. mintak maap kengkawan yang termasuk dalam gambar nih, sekali skala, wa kasi promo. :)

Masa sambung masters kat UNSW, Sydney


masih cara yang sama. cuma tambah sweater sebab sejuk ngan tukar sandal jadi sports shoe sebab banyak berjalan. masa nih stamina tinggi betul, sebab banyak exercise.

:: Pergi Kerja ::

cari gambar pegi keja tak banyak pulak yang ada. yang ada masa kat opis ada occassion, so tak do justice la kan. godek-godek jumpa satu gambar yang reflect cemana saya pergi keja, minus the tudung. skang nih semua stock pakai tudung awning saje. malas nak iron bagai.

* lambai-lambai Ayin kejap @ Qatar. :)

:: Pergi shopping dengan anak-anak ::


pakaian untuk pergi shopping & outing dengan anak-anak haruslah pakaian yang 'children friendly.' maklumla, anak 3 hero, takde maknanya nak pakai skirt flowery² ayu². harus pakai something yang memudahkan pergerakan. senang mommy nak susun langkah mengejar 3 anak hero ke sana ke mari. kasut juga harus FLAT. takde dah dalam fashion list saya pakai heels. rasanya kalau suruh jalan guna heels, mau esok kena cari tukang urut sebab terpeleot.

:: Fashion Masa Mengandung ::
kalau outing masa pregnant, biasanya macam ni la saya pakai

picture taken masa mengandungkan kembar pada usia 7 bulan. besar kan??

kalau pegi kerja, biasanya pakai dress.. (nak jugak dress, walhal maternity dress!)

gambar nih, masa 7 months pregnant jugak, mengandungkan arwah amin fahmi.

(abih tuh, takkan mengandung nak pakai kebaya plak kan?)

so set² kebaya, skirt A line sudah lama saya tak berapa nak layan. hanya pada occassion tertentu je saya pakai sebab entah la. mungkin sekarang sudah kurang masa nak membelek baju depan cermin kot? tak pe. janji pakaian tuh sopan udah la ye?

Wednesday, August 3, 2011

:: Day 20 : Lauk Kegemaran Saya ::


WARNING : READ WITH CAUTION. PENULIS TIDAK BERSALAH KALAU ADA AIR LIUR MENITIK² DI ATAS KEYBOARD TERKENANG MAKANAN ENAK-ENAK. APATAH LAGI UNTUK MEREKA YANG BERADA DI PERANTAUAN. MAAF ZAHIR BATIN JIKA POSTING INI MENGUSIK JIWA.


hoihhh! entry yang sangat kena dengan tema bula puasa! :D superlike!

mana nak start?

since kita hidup sebagai rakyat malaysia, yang datang dari serata pelusuk negara, makanya, entry kali ni dibuat ikut asal usul. boleh gitu?

:: Lauk dari belah Selatan .. aka Negeri Sembilan ::
oleh kerana ayahanda dan bonda ku orang negeri sembilan, maka haruslah anak dia suka gila betul (afiq marah mommy cakap gila) makan makanan negeri sembilan kan?? okay lauk orang negeri no. 1 dalam list faberet gua - jeng jeng jeng..

.
.


pic credits to : www.cintarasa.com

haruslah ayam kampung masak lemak cili api, versi ORIGINAL! versi ORIGINAL means, takde tumis² semua kasi lebur saje. lagi naik feel kalau ayam tuh salai sikit dulu, pastu masak atas kayu api, kat bangsal rumah uwan belakang ghumah. humanggg aihhhh. SODAP!

pastu satu lagi lauk orang negeri sembilan yang aku suka is..


cendawan kukur masak lemak cili api
pic credits to www.mychintahaty.blogspot.com

aku ingat lagi ada satu technician aku tuh orang negeri sembilan, aku panggil dia Hj R. Hj nih kalau bulan poso memang ghajin la bawakkan masakan oghang ghumah especially gulai daging salai ngan belimbing (perghhh kecur air liur nihhh). Hj nih bungkus dalam plastik kecik² buat jual untuk bulan puasa. ada skali tuh aku cakap kat Hj nih, buatla lauk cendawan kukur masak lemak cili api ke opis. korang tau apa reaction dia? "KO NIH TASTE EKSOTIK BONA!" hahahahaha. cendawan kukur nih susah nak jumpa oooo. tapi nak dijadikan rezeki mak buyong, dapat jugak aku merasa... terkenang² beb!!

lauk no. 3 yang aku suka dari set-set selatan nih is this..
.
.

haha - Asam Pedas Ikan Pari Melaka Mari
pic credits to : www.asampedas-chewah.blogspot.com

tangkap leleh ooo lauk nihhh. kalau family aku, time bulan posa, boleh kata everyday ada lauk ni. (except tahun nih, abah macam buat resolusi tanak beli banyak² kat PARAM). lauk nih selalu kitorang guna (boleh cenggitu?)untuk makan ngan cekodok bawang + udang. kitorang tak makan cekodok ngan sos cili. sila lah try. sangat addictive. jangan salahkan saya kalau tuan puan terikut sebab OH dah terjebak!


:: Lauk Orang Utara ::

Bonda mertua aku nih orang utara. asal mai dari ceruk to' kun. tu diaaa. jadi, lauk pauk kat rumah mertua mesti ada unsur² utara la kan? among my favourite (nampak nau kuat mentekedarah!!) is..
.
.


pics credit to www.deannawahid77.blogspot.com

tapi tak boleh yang lain. harus yang dimasak oleh family members yang duduk sekali dengan bonda mertua aku di rumah. perghhhhh. sangat sedap. kena pulak ada sayur bendi. jadi kuah cicah roti canai selepas sehari makan lagi BEST!

:: Lauk Pauk dari Pantai Timur ::


Ayahanda mertua saya asal usul orang terengganu. sebelum kawen ngan husband, benda-benda yang aku makan selalunya berkisar kat apa yang mak selalu masak. tapi bila dah kawen, harus pemandangan tu lebih luas. masa mula-mula kawen & takde anak, OH and i selalu la mengekor mertua gi kenduri. aku paling suka gi kenduri kawen kat terengganu. food dia DELICIOUSSS habis! among my favourite is this..
.
.


Gulai Kawah
Pic credits to www.teratakibu.blogspot.com

lauk nih jugakla yang jadi main dish masa aku kawen. nasib baik aku pengantin, kalau tak maunya 5-6 pinggan aku bedal. sedap gila. aku rasa the trick (apsal ko tetiba pandai masak gulai pulak nih?) lies in the rempah they used. mana pakai stok-stok rempah atas shelf kat supermarket. semua stok yang blend sendiri punya! mak mertua pun tau sangat aku suka lauk-lauk cenggini. kadang-kadang ada rezeki aku, mak mertua tolong tapaukan. (sungguh aku tak malu!)

pastu satu lagi dish terengganu yang aku suka is this..
.
.

labu air tumis lada hitam
pic credits to www.resepisedap-nennie.blogspot.com

firstly mintak maap la kalau lauk nih sebenarnya asal dari negeri lain. tapi sebab aku kenal lauk nih masa aku mula² sampai terengganu after kawen, so aku panggil lauk nih lauk terengganu. lauk nih simple jekk. tapi layannnnnnn. aku pun tatau apsal. tapi memang aku suka.

:: Lauk dari Pantai Barat ::

Sukati aku jek nak taruh susur galur lauk nih kan. lauk nih lauk kegemaran gak nih. lauk yang cukup untuk bukak selera.
.
.


Ayam masak merah
pic credits to www.lelayong.blogspot.com

lauk yang selalu ada kat kenduri kawen nih mmg faberet aku. paling suka part drumstick. 4 thumbs up!

:: Lauk yang Mak Masak yang Paling Aku Suka ::


masakan mak, simple cemana pun sedap. ada satu lauk nih, kalau mak aku masak, memang susah aku nak tolak. and tak jumpa kat kedai, tu yang penting.


Udang masak rempah
pic credits to www.balannambiar.wordpress.com

lauk nih tak penah aku jumpa kat kedai. gambar yang aku google nih pun yang paling hampir la aku rasa. masa arwah wan (belah abah) hidup lagi, rempah tuh guna yang homemade punya. tapi none of the waris belaja cemana nak buat rempah tuh. so skang mak masak udang tuh guna rempah kurma+kari. taste almost the same la dengan guna rempah arwah wan. masak skali ngan daun kunyit yang dihiris halus. kuah dia pekat² macam kuah rendang. BLISS!

:: Lauk yang Mama (Mertua) Masak yang Paling Aku Suka ::

lauk yang simple, tapi tahan lama....


aku pun tatau apsal, sedap sangat aku rasa mak mertua aku masak lauk nih. tapi lauk nih jarang mak mertua kau masak. selalunya masak kalau nak bagi kat sedara-sedara yang nak travel sebab lauk nih boleh deep freeze n tahan lama.

:: Lauk Raya (woihhh pose baru 4 hari dah cakap RAYA!!) ::

Lauk nih harus ada time raya (bila turn balik belah aku la). kalau takde lauk nih serius macam tak raya. and orang yang pandai masak lauk nih pun boleh kira ngan jari. cara masak dia lebih kurang sama macam masak ayam cili api. cuma tambah pucuk paku n kasi kering kuah. nih la lauk yang aku maksudkan..
.
.


Ayam rendang masak cili api & pucuk paku
pic credits to www.norkhamsiah.blogspot.com

lauk nih kalau padankan ngan lemang yang wan aku masak, tak pandang kiri kanan dah. bayangkan elok² posa 30 hari, sekali first day raya melantak pulut santan (lemang la tu) ngan rendang bagai as BREAKFAST? OH pun kalau balik raya umah wan kat kampung, tak de lauk nih cam tak raya. kawan-kawan seuni yang penah merasa lauk nih pun sampai tanya cemana nak masak, sebab buat tak jadi. sedappppp. gambar yang digoogle nih pun agak 'basah'. lauk nih kering jek.

pergh. tu la kan. kalau cakap bab makan, laju jek menaip. dah.

sila lap air liur kat keyboard masing-masing.

Monday, August 1, 2011

:: Day 19 : Kenangan Terindah dalam Hidup Saya ::

pada yang mengikuti blog saya dari zaman friendster sampai la ke zaman blogspot nih mungkin maklum akan masalah kesuburan (infertility) yang pernah saya hadapi suatu ketika dahulu. i was diagnosed with endometriosis stage 4 after almost 1.5 year of marriage, marking the start of all tremendous infertility treatment that makes my life goes up n down. it was never easy being under the knife procedure, not once but twice, the hormone treatment, the twice IUI, the twice IVF. belum masuk cerita balik kampung orang tanya, "takde anak lagi ke????" humangaihhhhhhhhhhhh. perit, stressed and at the same time sedih!

i don't think i want to repeat the story of the treatment that i went through, sebab tajuk topik nih pun bukan infertility, but kenangan terindah. :D kalau ada yang nak flip-flip cerita infertility, boleh tengok under archive 'infertility' okay?

kelahiran afiq hazman & adib hazim on 17 aug 2007, at 12.04 and 12.08 noon, friday @ ampang putri specialist hospital. ya Allah, syukur sangat-sangat dengan kelahiran anak berdua ini. diorang keluar kecikkkk sangat. tak sampai 2 kg sebab tak cukup bulan. 3 minggu duduk NICU. tapi sekejap je dalam inkubator.


fresh from the oven


afiq hazman dalam inkubator. weight masa lahir 1.7kg


adib hazim dalam inkubator. weight masa lahir 1.99kg

they were born on my mom's 53rd birthday and the day my brother in law was solemnized. hilang rasa sakit-sakit badan yang kena cucuk tiap-tiap hari for 1.5 months before IVF procedure tuh. hilang rasa letih bed rest for almost 3 months. hilang rasa sakit pinggang carryig=ng extra 20kgs. semua hilang.

dah besar dah pun anak twin saya tuh sekarang. dah nak masuk 4 tahun dah. makin lama rupa diorang makin tak sama. afiq kecik sket dari adib. makin besar makin jauh beza. afiq baru 13 kg, adib dah 17 kg. orang kata afiq rupa OH, adib rupa mommy.


afiq & adib - 3 years old. suka sangat gambar nih.


afiq and adib, with my latest edition - aidin.

the presence that have change my way of life, TOTALLY!