Saya memang suka baca buku. Tapi, buku yang saya suka baca adalah buku-buku yang ringan. Ringan bukan kerana nipis, tapi ringan = light. Jom review.. (caution : mungkin boleh buat anda terkenang-kenang zaman silam. Serius)
:: Zaman Sekolah Rendah ::
:D tu pasal la spek tebal. Sangat suka membaca buku cerita. Kena pulak Bonda tercinta memang rajin melayankan minat anak perempuan tunggalnya ini. :D Beli buku jek pun kan, tak pe la. Bukannya pergi beli mainan. (Saya memang tak de mainan sangat masa kecil, tak tipu) Saya membesar dengan main basikal, galah panjang, kejar-kejar depan rumah waktu petang. Eh, melalut pulak cerita. OK. Buku favourite saya masa sekolah rendah adalah dari siri Enid Blyton. :D Masa tuh mula la feeling-feeling jadi spy. Tapi, saya lebih suka baca buku Enid Blyton yang telah dialihbahasakan ke Bahasa Melayu. Kalau yang di dalam Bahasa Inggeris, saya suka baca series Malory Towers, kisah sepasang kembar yang dihantar bersekolah ke asrama penuh. (Saya sedang berusaha untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Melayu)
:: Zaman Sekolah Menengah ::
Apabila sudah masuk ke alam *uhuk uhuk remaja, haruslah ada perubahan dari segi jenis pembacaan. (Habis tuh takkan sampai sekolah menengah pun korang nak baca magazine Bambino?!) Masa zaman sekolah menengah, famous betul novel (ecceh, dah pandai novel) daripada Ahadiat Akashah. Nak kata saya ikut perkembangan, tak la sangat. Ntah apa yang best sangat pun, saya tak tau. Korang yang lahir tahun 80-an jangan tipu la kalau tak baca buku nih. jangan gelakkan saya sorang-sorang.
:: Zaman Universiti ::
Dah masuk zaman Universiti, lagi la harus suka melayan cerita-cerita jiwang karat yang mampu merobek air mata sedih. :D Almaklumlah, dah mula kenal erti cinta sebenar. Ewah! My all time favourite writer is Aisha Sofea & Sharifah Abu Salem. Plot (amboi kelas!) cerita yang menarik, sangat mengujakan dan page turning!! Kiranya dah matang sikit la pembacaan aku. :)
:: Zaman Bekerja ::
Saya pun tak tahu bagaimana saya boleh terjebak dengan buku-buku ini, tapi sekali saya dah mula, saya tak boleh stop, dan kini saya telah memiliki semua siri yang ditulis oleh Sophie Kinsella. Oh yes, I am so in love with Becky Bloomwood. Macam yang dikatakan Sophie, in every people, there's a Becky. ngee! Terbaik lah! baik shopaholic series mahupun cerita Undomestic Goddess, Can You Keep a Secret dan Twenties Girl, semua best!
:: Zaman Sekarang ::
Haruslah buku memasak sebab saya tak
Ok dah la tuh. Malam dah nih. esok nak sahur. kang takut tak sedar. take care people. jangan lupa baca Quran!
No comments:
Post a Comment