WARNING : READ WITH CAUTION. PENULIS TIDAK BERSALAH KALAU ADA AIR LIUR MENITIK² DI ATAS KEYBOARD TERKENANG MAKANAN ENAK-ENAK. APATAH LAGI UNTUK MEREKA YANG BERADA DI PERANTAUAN. MAAF ZAHIR BATIN JIKA POSTING INI MENGUSIK JIWA.
hoihhh! entry yang sangat kena dengan tema bula puasa! :D superlike!
mana nak start?
since kita hidup sebagai rakyat malaysia, yang datang dari serata pelusuk negara, makanya, entry kali ni dibuat ikut asal usul. boleh gitu?
:: Lauk dari belah Selatan .. aka Negeri Sembilan ::
oleh kerana ayahanda dan bonda ku orang negeri sembilan, maka haruslah anak dia suka
.
.
pic credits to : www.cintarasa.com
haruslah ayam kampung masak lemak cili api, versi ORIGINAL! versi ORIGINAL means, takde tumis² semua kasi lebur saje. lagi naik feel kalau ayam tuh salai sikit dulu, pastu masak atas kayu api, kat bangsal rumah uwan belakang ghumah. humanggg aihhhh. SODAP!
pastu satu lagi lauk orang negeri sembilan yang aku suka is..
cendawan kukur masak lemak cili api
pic credits to www.mychintahaty.blogspot.com
aku ingat lagi ada satu technician aku tuh orang negeri sembilan, aku panggil dia Hj R. Hj nih kalau bulan poso memang ghajin la bawakkan masakan oghang ghumah especially gulai daging salai ngan belimbing (perghhh kecur air liur nihhh). Hj nih bungkus dalam plastik kecik² buat jual untuk bulan puasa. ada skali tuh aku cakap kat Hj nih, buatla lauk cendawan kukur masak lemak cili api ke opis. korang tau apa reaction dia? "KO NIH TASTE EKSOTIK BONA!" hahahahaha. cendawan kukur nih susah nak jumpa oooo. tapi nak dijadikan rezeki mak buyong, dapat jugak aku merasa... terkenang² beb!!
lauk no. 3 yang aku suka dari set-set selatan nih is this..
.
.
haha - Asam Pedas Ikan Pari Melaka Mari
pic credits to : www.asampedas-chewah.blogspot.com
tangkap leleh ooo lauk nihhh. kalau family aku, time bulan posa, boleh kata everyday ada lauk ni. (except tahun nih, abah macam buat resolusi tanak beli banyak² kat PARAM). lauk nih selalu kitorang guna (boleh cenggitu?)untuk makan ngan cekodok bawang + udang. kitorang tak makan cekodok ngan sos cili. sila lah try. sangat addictive. jangan salahkan saya kalau tuan puan terikut sebab OH dah terjebak!
:: Lauk Orang Utara ::
Bonda mertua aku nih orang utara. asal mai dari ceruk to' kun. tu diaaa. jadi, lauk pauk kat rumah mertua mesti ada unsur² utara la kan? among my favourite (nampak nau kuat mentekedarah!!) is..
.
.
pics credit to www.deannawahid77.blogspot.com
tapi tak boleh yang lain. harus yang dimasak oleh family members yang duduk sekali dengan bonda mertua aku di rumah. perghhhhh. sangat sedap. kena pulak ada sayur bendi. jadi kuah cicah roti canai selepas sehari makan lagi BEST!
:: Lauk Pauk dari Pantai Timur ::
Ayahanda mertua saya asal usul orang terengganu. sebelum kawen ngan husband, benda-benda yang aku makan selalunya berkisar kat apa yang mak selalu masak. tapi bila dah kawen, harus pemandangan tu lebih luas. masa mula-mula kawen & takde anak, OH and i selalu la mengekor mertua gi kenduri. aku paling suka gi kenduri kawen kat terengganu. food dia DELICIOUSSS habis! among my favourite is this..
.
.
Gulai Kawah
Pic credits to www.teratakibu.blogspot.com
lauk nih jugakla yang jadi main dish masa aku kawen. nasib baik aku pengantin, kalau tak maunya 5-6 pinggan aku bedal. sedap gila. aku rasa the trick (apsal ko tetiba pandai masak gulai pulak nih?) lies in the rempah they used. mana pakai stok-stok rempah atas shelf kat supermarket. semua stok yang blend sendiri punya! mak mertua pun tau sangat aku suka lauk-lauk cenggini. kadang-kadang ada rezeki aku, mak mertua tolong tapaukan. (sungguh aku tak malu!)
pastu satu lagi dish terengganu yang aku suka is this..
.
.
labu air tumis lada hitam
pic credits to www.resepisedap-nennie.blogspot.com
firstly mintak maap la kalau lauk nih sebenarnya asal dari negeri lain. tapi sebab aku kenal lauk nih masa aku mula² sampai terengganu after kawen, so aku panggil lauk nih lauk terengganu. lauk nih simple jekk. tapi layannnnnnn. aku pun tatau apsal. tapi memang aku suka.
:: Lauk dari Pantai Barat ::
Sukati aku jek nak taruh susur galur lauk nih kan. lauk nih lauk kegemaran gak nih. lauk yang cukup untuk bukak selera.
.
.
Ayam masak merah
pic credits to www.lelayong.blogspot.com
lauk yang selalu ada kat kenduri kawen nih mmg faberet aku. paling suka part drumstick. 4 thumbs up!
:: Lauk yang Mak Masak yang Paling Aku Suka ::
masakan mak, simple cemana pun sedap. ada satu lauk nih, kalau mak aku masak, memang susah aku nak tolak. and tak jumpa kat kedai, tu yang penting.
Udang masak rempah
pic credits to www.balannambiar.wordpress.com
lauk nih tak penah aku jumpa kat kedai. gambar yang aku google nih pun yang paling hampir la aku rasa. masa arwah wan (belah abah) hidup lagi, rempah tuh guna yang homemade punya. tapi none of the waris belaja cemana nak buat rempah tuh. so skang mak masak udang tuh guna rempah kurma+kari. taste almost the same la dengan guna rempah arwah wan. masak skali ngan daun kunyit yang dihiris halus. kuah dia pekat² macam kuah rendang. BLISS!
:: Lauk yang Mama (Mertua) Masak yang Paling Aku Suka ::
lauk yang simple, tapi tahan lama....
aku pun tatau apsal, sedap sangat aku rasa mak mertua aku masak lauk nih. tapi lauk nih jarang mak mertua kau masak. selalunya masak kalau nak bagi kat sedara-sedara yang nak travel sebab lauk nih boleh deep freeze n tahan lama.
:: Lauk Raya (woihhh pose baru 4 hari dah cakap RAYA!!) ::
Lauk nih harus ada time raya (bila turn balik belah aku la). kalau takde lauk nih serius macam tak raya. and orang yang pandai masak lauk nih pun boleh kira ngan jari. cara masak dia lebih kurang sama macam masak ayam cili api. cuma tambah pucuk paku n kasi kering kuah. nih la lauk yang aku maksudkan..
.
.
Ayam rendang masak cili api & pucuk paku
pic credits to www.norkhamsiah.blogspot.com
lauk nih kalau padankan ngan lemang yang wan aku masak, tak pandang kiri kanan dah. bayangkan elok² posa 30 hari, sekali first day raya melantak pulut santan (lemang la tu) ngan rendang bagai as BREAKFAST? OH pun kalau balik raya umah wan kat kampung, tak de lauk nih cam tak raya. kawan-kawan seuni yang penah merasa lauk nih pun sampai tanya cemana nak masak, sebab buat tak jadi. sedappppp. gambar yang digoogle nih pun agak 'basah'. lauk nih kering jek.
pergh. tu la kan. kalau cakap bab makan, laju jek menaip. dah.
sila lap air liur kat keyboard masing-masing.
4 comments:
ko sengaja menguji iman aku ni esahhhh...*terus mak poyo nak masak asam pedas ikan pari berbuka ni*
adoiiii keji tau buat entry pasal makanan nihhhhhh...... dh la masak lemak lemak tu smer my fav.. (kate org negeri kann =p)
lagi2 la gulai cendawan kukur tu.. arwah wan masak mmg superb.. skrg dh xder sape nk masak lauk tu...
nard - i know i'm your inspiration. *konfiden!
ps - aku tak pandai masak asam pedas. aku pandai makan jek.
yani - heh, yang tukang menaip entry pun cam terbayang-bayang lauk cendawan kukur. tu dah masuk spesies pupus dah tuh
:) aku baca sepantas kilat hahaha eishh sodap'eh kan gulai lomak iskkiskk
Post a Comment