Thursday, August 25, 2011

:: Day 29 : Kalaulah Saya Seorang Jutawan ::

hoihhh. angan² Pak Pandir nih.. :D

tapiiiii, apa salah berangan kan? mana tau satu hari jadi kenyataan.

1. mau terbang keliling dunia

nama pun suka berjalan. tapi sebab selama nih dasar cheapstake belanja secara berhemah, maka destinasi-destinasi yang masuk dalam rekod passport adalah destinasi yang ada tambang murah. :D teringinnya mau terbang satu dunia, pergi destinasi yang ada dalam senarai must want to go, naik GOOD CLASS SECTOR read first class, and stay at comfy place dengan semua orang-orang yang saya sayang. best kan?

2. mahu berbakti kepada ibu dan bapa juga mertua dari segi kewangan

walaupun mak dan abah mahupun mertua tak pernah meminta apa², TAPII saya sangat teringin memberi sesuatu yang cukup bermakna. walaupun secara cliche orang akan kata pemberian sekcik mana pun dari anak adalah amat bermakna kepada kedua ibu bapa, but as much as i can, i want to give more!

3. buat islamic kindy yang bertaraf antarabangsa

masa saya school shopping untuk my twin, saya rasa terlalu susah untuk saya jumpa islamic kindy yang memuaskan kriteria saya. saya mahu islamic kindy yang menggunakan english as language, dan dalam masa yang sama mempunyai ratio teacher-students yang kecik. teramat susah untuk cari mana-mana kindy yang memenuhi kriteria ini.

4. invest, invest, invest
kalau duit berkepuk² tapi asyik dok pakai jek tak simpan², segunung duit pun boleh habis kan? so haruslah kita mencari idea-idea bernas untuk melaburkan duit tuh supaya dapat diwarisi oleh waris-waris yang berhak. (apa ko ingat ko sorang jek nak senang??)

hmm.. apa lagi ha?? banyak lagi sebenarnya nak buat, tapi mak tak kose nak type. yang penting kalau jadi jutawan jangan lupa bayo zakat.

2 comments:

Nur Hareza said...

seronok kan berangan.. yang penting kalo dah kaya, xmo kerja.. kikikiki

aishah zaharin said...

sangat setujuuuu! tapi kang gems sangat pulak. canne? ooh lupa. duit dah banyak leh gi london weight management. :P