hari nih aku tak keja. tatau la jatuh kategori MC ke EL sebabnya laki aku tak kasik gi keja. semalam meeting satu hari. tightening satu hari. malam buat ctg, fetal heart rate laju semacam jek. nurse cakap, maybe aku penat. memang aku penat pun, banyak betul aktiviti aku dari sabtu sampai semalam.
sudahnya, pagi tadi, en suami kata, tak yah la keja. nanti jumpa dr cakap. baik en suami. saya isteri mithali. :)
9 hari lagi aku csect. so skarang nih, masuk la gear nak makan macam-macam yang tak boleh dimakan masa pantang. :D
aku rasa aku nak makan:-
1. udang besar-besar sebab memang la udang aku tak makan masa dalam pantang. kena plak masak kari yang cair-cair or just simply grill. or masak ngan mee kari yang macam kat seksyen 7 shah alam (walaupun aku tak penah makan!)
2. ketam sebab ketam buat aku gatal2 walaupun dah habis pantang
3. cendol (ok dah makan semalam. nyums! beli kat restoran wahab cendol, area wangsa maju)
4. A&W float (dah minum tapi nak lagiiiiii)
5. segala jenis dessert yang ada telur.. :P
6. ice cream
so far, aku agak berpantang jugak la masa pantang. sebabnya, aku takut gemuk. idola aku ada satu kakak kat opis tapi skang dah pencen. baru nih anak dia kawen. serius aku cakap pengantin ngan mak pengantin macam adik beradik, bukan cam mak mertua ngan menantu. kelas ok. so kena cekal semangat berbarut, bertungku walaupun aku csect sepanjang tempoh pantang. biasanya start berbarut & bertungku lepas 2 minggu operate. kalau ikut mak bidan, sebaik saje boleh mengiring kiri kanan, boleh aa berbarut. mak bidan aku (lebih pada kakak sebenarnya) dah jaga aku dari pregnancy no. 1 lagi. memang terbaik.
pastu sebelum operate nih, ingat nak layan anak-anak jalan-jalan. sian diorang nantikan, 40 hari dok umah tak kuar-kuar.
okay la all. bestnya la rasa hari nih tak keja. hmm.. berkat dengar cakap suami. :)
No comments:
Post a Comment