among our first pic di masjidil haram
hari arafah with my grandmom.
bermalam di muzdalifah
bersama husband untuk bergerak ke jamrah melalui terowong moasseim untuk melontar jamrah qubra pada malam 11 zulhijjah
hari-hari terakhir di makkah setelah selesai semua kerja-kerja haji
12 julai 2010, OH called saya, masa saya di office, menyampaikan perkhabaran gembira kerana rayuan saya untuk menunaikan haji pada tahun itu diluluskan. Syukur alhamdulillah. ada air yang bergenang di hujung mata. perasaan yang bercampur baur.
banyak yang saya belajar susulan daripada menunaikan haji. antaranya, queue yang panjang di TH bukanlah penentu bila kita dapat naik haji. jemputan yang sebenar datangnya dari Allah. visa haji yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. seawal mana sekalipun kita dah daftar dengan TH, Allah juga yang memilih siapa yang bakal menjadi tetamuNya. senarai bakal jemaah di TH adalah senarai TH semata-mata, but Allah may have different list of whom He wanted to choose to be in holyland. so, andaikata kita masih belum dipanggil oleh TH walau dah daftar sekian lama.. janganlah mengeluh. janganlah menuduh yang dapat ada connection. itu semua adalah means and ways sahaja, kerana yang memilih adalah Dia. but it doesn't mean we can just sit and wait, haruslah kita terus berusaha dan berdoa, moga-moga kita dapat menjadi tetamuNya.
terlalu banyak yang mahu saya coret. terlalu banyak gambar yang saya nak kongsi. tapi blogger buat hal pulak malam nih.
gambar nih membawa 1001 erti dalam hidup saya.
4 comments:
alhamdulillah.. dah selamat menjadi tetamu Nya di sana
alhamdulillah, my praises to Allah. semoga diberi lagi kesempatan, peluang, kesenangan dan kesihatan untuk menjadi tetamuNya lagi. the feeling is sooo wonderful.
rasa tenang tgk gambar2 akak kt sana... hopefully one day kitorg akan dpt jemputan dari Allah juga..
yani - insya Allah. aminn\
Post a Comment