:: Seminggu Sebelum Wukuf ::
Seminggu sebelum tibanya hari Arafah, kesihatan saya diuji. batuk yang sangat teruk sampai luka tekak, demam. badan sangat tidak larat. OH yang kasihankan saya menyarankan agar saay pergi ke klinik arab for treatment. bukan memperlekehkan klinik tabung haji, tetapi ubat² yang saya bawa dari KL seperti tidak berkesan langsung, and ubat² saya adalah lebih kurang sama dengan ubat yang dibekalkan oleh TH.
kami mendapatkan pertolongan daripada staf Rayhar yang merupakan anak² Makawi (anak² Melayu yang lahir di Makkah) untuk membawa saya ke klinik. ke poliklinik actually.
di sini, patient perempuan akan bertemu dengan dr perempuan, patient lelaki jumpa dr lelaki. consultation fee murah saja. SR 15. jumpa dr, cakap serba sikit masalah (dr boleh berbahasa Inggeris) and dr pun prescribe ubat & injections. yes u read it right, INJECTIONSSSSSS.
i've got not 1, not 2, not 3 but 4 jabs!!! mak aihhhhh. berkerut jugak la kening menahan sangat though saya sudah sangat terbiasa dengan injections nih. tapi alhamdulillah lepas je kena jab, saya makin sihat (in fact lepas je jab dah terasa makin baik). alhamdulillah, saya sihat in time untuk hari Arafah. syukur.
btw, total cost jumpa dr arab tuh is SR200. perghhh. mahal gila!
tu cerita kesihatan. nak share sikit cerita sekitar Makkah Al Mukarramah seminggu sebelum wukuf.
Subhanallah, Makkah dibanjiri dengan JUTAAN tetamu Allah. based on my friend's story yang bekerja di sana, katanya tahun 2010 lebih ramai jemaah compared to 2009 because masa 2009 ada krisis H1N1.
nak masuk solat Jumaat di masjidil haram adalah satu perjuangan. yes! satu perjuangan. kami kaum muslimat memang tak pergi la masjid. memberi ruang kepada mereka yang wajib untuk menunaikan solat. zohor is around 12.00noon. OH bertolak ke maasjid 2 jam sebelum masuk waktu and pergerakan nak masuk ke dalam masjid sangat mencabar. OH said he was 'floating'. kaki tak jejak lantai sebab berjalan di atas kaki orang lain. he had to perform his prayer di tngkat paling atas, meaning tidak berbumbung, di bawah terik mentari. mencabar!
:: Hari Wukuf ::
akhirnya hari² yang ditunggu hampir tiba. kami telah dibrief mengenai tatacara pergerakan ke padang Arafah. no. bas, no. khemah & no. tilam telah diberi. satu khemah lebih kurang 40 orang. kami dijangka bertolak ke padang Arafah selepas Maghrib.
alhamdulillah, perjalanan kami ke padang Arafah dipermudahkan. hati memang gundah gelana & risau, takut diduga dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung.
sampai saja di padang Arafah, terus masuk ke dalam khemah & tunai solat Isyak. malam tu, ustaz dah maklumkan progra Qiyamulail akan dimulakan pada jam 3. jam 1.30 pagi dah bangun untuk menyiapkan diri. kesabaran diuji untuk menunggu giliran masuk ke toilet membersihkan diri. ambil masa lebih kurang 40 min hanya untuk buang air kecil, gosok gigi dan berwudhu'. saya lupakan saja urusan mandi. ustaz dah kata, ibadah haji ini ibadah kusut masai. as long as i bersih, cukup sudah untuk beribadat. saya tidak mahu mengambil masa terlalu lama di toilet sehingga mengganggu jemaah Muslimat lain yang sama² mahu membersihkan diri untuk beribadat.
malam itu juga, kami dikhabarkan dengan berita sayu. salah seorang jemaah haji di dalam pakej kami meninggal dunia dalam keadaan yang tidak disangka². Allah mengambil nyawa arwah semasa arwah sedang berjalan ke khemah sejurus turun dari bas dan tiba di padang Arafah tanpa sebarang sakit yang teruk. jatuh di depan khemah dan terus disahkan dr sudah tiada lagi.
saya terbayang kesedihan isteri arwah. tapi beruntunglah arwah kerana akan dibangkitkan di dalam keadaan berihram dan bertalbiah di hari akhirat kelak. dimaklumkan oleh isteri arwah, semasa hidup, arwah memang jarang bersolat di rumah, tetapi selalu bersolat di surau kerana arwah adalah seorang bilal semasa hidupnya. buat baik dibalas baik. rezeki arwah dijemput dalam keadaan yang cukup mulia, di tempat ibadah yang teragng dan disolatkan di masjidil haram.
sarapan diedar ke khemah². semasa minggu ibadah haji (wukuf - melontar), semua urusan makan minum dan tempat tinggal jemaah seluruh dunia akan dikendalikan oleh sheikh maktab (kerajaan arab saudi). makan minum semasa tempoh 5 hari ini memang agak mencabar. almaklumlah, lain benar cara masakan dengan masakan kita. tapi, cubalah didik hati untuk bersyukur dengan apa yang ada. harus & tetap kena makan kerana dalam tempoh 5 hari ini, kesihatan perlu tip top kerana banyak ibadah 'badani' yang perlu kita buat. atas pengalaman lalu, pakej yang kami amek tuh dah bekalkan siap² maggi beberapa bungkus untuk setiap jemaah haji. betullah, maggi sangat sedap pada masa itu. hihi.
waktu paling mustajab doa semasa hari qukuf adalah ketika hampir terbenamnya matahari. masuk sahaja waktu asar, kami diajak berzikir bersama-sama dengan diketuai oleh ustaz pembimbing selama lebih kurang 1 jam. waktu asar itu diiringi dengan tiupan angin yang kencang. ustaz mengetuai bacaan doa. saya paling sayu apabila ustaz membacakan bait ini, "Ya Allah, Kau jadikanlah setiap titisan air susu ibuku sebagai perisainya dari api neraka. Ya Allah, kau jadikanlah setiap titisan keringat ayahku sebagai perisainya dari api neraka. ampunilah dosaku ya Allah tatkala aku memarahi anak²ku sedangkan ia tidak mengerti apa²"
apabila hampir tiba waktu terbenam matahari, kami diberi peluang untuk berdoa secara bersendirian. suami isteri digalakkan doa bersama-sama. tidak dapat saya gambarkan perasaan saya waktu ini. memang air mata bercucuran tanpa henti, memohon keampunan dari Allah dan memohon yang baik² untuk diri, suami, anak², ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai dan seluruh ahli keluarga. insya Allah, dalam entry akan datang akan saya kongsikan doa yang dibekalkan oleh ustaz sebagai panduan. tenangnya hati pada saat itu tak dapat saya gambarkan. sampai saat ini, bila saya taipkan entri ini, hati saya sayu teringatkan the beautiful moments semasa hari wukuf.
ps - saya kena dam sebab pegi tampal mosquito repellent atas kulit and bila cabut tercabut bula roma sekali. terlalai di situ. so bakal jemaah, kalau beli mosquito repellent yang stok tampal tuh, sila tampal di baju ye.... i don't think mosquito repellent yang jenis roll on tuh ok sebabnya kat sana susah nak mandi and takut tak selesa dengan bau ubat nyamuk tuh. :) banyak nyamuk kat sini.
:: Muzdalifah ::
selesai ibadah wukuf, kami diarahkan segera menunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak, kerana perjalanan ke Muzdalifah akan dibuat sebaik sahaja selesai solat. perjalanan ke Muzdalifah hanya mengambil masa 15 minit.
kami bergerak ke Muzdalifah mengikut aturan bas yang telah ditetapkan. bas kami adalah merupakan antara bas yang terakhir meninggalkan Arafah. tiba di Muzdalifah, ada yang mengambil peluang mengutip 7 biji anak batu (sunat). kami menunggu seketika sehingga setengah malam, untuk memenuhi rukun haji. ada yang mengambil peluang tidur setelah semalaman beribadah. ada yang mengambil peluang membaca alquran, berzikir. macam² ragam.
disebabkan kami adalah antara yang terakhir tiba di Muzdalifah, ruang yang disediakan untuk jemaah haji duduk dah penuh (dataran besar yang dipagar). so we have to sit outside along the road. since we were outside, kamilah yang diarahkan dulu meninggalkan Arafah menuju ke Mina, where we'll stay for the next 3 days.
:: Mina ::
tiba di Mina, saya memang terkejut dengan keadaan khemah. 1 khemah rasanya ada lebih kurang 500-600 jemaah. memang sempit. (nasihat kepada jemaah, jangan nak bawak barang banyak². takde tempat nak letak) oleh kerana saya sampai awal, saya ambil kesempatan untuk terus berkejar untuk mandi sebab saya tak mandi dah seharian lebih!
usai mandi, terus merehatkan diri to prepare for tomorrow. esok akan melontar jamrah kubra!
keadaan di mina jauh lebih mencabar dari arafah sebab khemah yang kami duduk tu aircond rosak. panasnya MasyaAllah! masa tuh terfikir, ni baru panas dunia, esok² panas di Mahsyar macamana pulak??
lepas isyak, malam tuh, kami bergerak ramai² melontar. 1600 jemaah lebih kurang, and recorded by astro. waktu melontar ditangguhkan seketika sebab hujan. takut jugak masa tuh, sebab Mina nih kawasan berbukit & drainage system tak berapa nak ada sangat.
pengalaman melontar hari pertama sangat best. kami berjalan lebih kurang 2.5km one way melalui terowong moasseim untuk tiba di jamrah. kami melontar di tingkat 1. alhamdulillah, urusan melontar sangat mudah! nasihat² & tips² yang diberi oleh ustaz semasa kursus haji di KL. selesai melontar, kami tahallul awwal. tinggal 3 jek lagi pantang larang ihram yang perlu dijaga. bagi kaum muslimin, ini mungkin satu kelegaan besar sebab dah tak payah pakai kain ihram. hehe.
esok pagi² husband cari i dekat khemah, nak menunjukkan fashion rambut dia yang baru. yeeeeee. suami saya BOTAK! adoi. though saya tak berapa gemar, tapi relakan saje sebab banyak sebab kena botakkan? :)
kami telah berniat untuk nafar awwal sebab takut keuzuran. so melontar untuk hari 11 & 12 kami himpunkan, dgn dibimbing oleh ustaz. sebelum subuh, kami gerak ke jamrah. selesaikan 3 lontaran di tingkat 1. playing with time, ngam² masuk subuh kami turun ke GF tunai solat subuh & langsaikan lontaran untuk hari ke 12.
:: Tawaf dan Saie ::
balik dari melontar terus get ready untuk return ke makkah. alhamdulillah, kami tiba di Makkah awal (9.00am) dengan menaiki bas yang disewa oleh pakej. balik hotel bukak cctv, tgk² keadaan di Kaabah agak lengang. OH instruct me to get ready and terus bertolak ke masjid untuk selesaikan 2 lagi rukun haji untuk melengkapkan ibadah.
alhamdulillah, tawaf dan saie dapat kami selesaikan dalam tempoh lebih kurang 1 jam 40 minit, satu tempoh yang dikira cukup pendek untuk musim haji. syukur ya Allah, segalanya telah lengkap dan selesai. semoga ibadah haji ini adalah ibadah haji yang mabrur.
selesai saje saie, saya ajak OH pegi 'celebrate'. nak pegi makan sedap sikit. :) kami pun pegi la Makkah Hilton nak makan burger king. kat sini takde ala-carte. kena order set. harga dia pun agak sedap la. nak buat camana? dalam set ada air coke. pandai sangat pegi minum air coke, terus demam seminggu tak bangun².
:: Minggu² Terakhir di Makkah ::
minggu² terakhir di Makkah saya diuji dengan kerinduan yang tidak terhingga kepada anak². sehingga perlu solat hajat untuk membendung rasa rindu pada anak² agar ibadah tidak terganggu. video yang saya record dalam kamera & fon la jadi penawar hati. everyday telefon rumah. syukur hotel ada free wifi (yang tersangat laju) dapatla saya call kl guna skype yang super duper murah. itu barangkali, ujian untuk seorang ibu muda. (tetap claim muda.. :))
:: Balik KL ::
we were informed that the first two flight before us teruk delay masa nak balik kl. satu flight tuh delay 9hrs in departure hall, another one delay dalam berapa belas jam ntah. we are quite worried, sebabnya we're going to bring back frozen EBM. lagi lama delay, we faced the risk of susu rosak.
our journey back home started with tawaf wada'. performed tawaf wada' lebih kurang pukul 2 pagi. sekejap je. sedih & sayu nak tinggalkan Makkah tapi dalam masa sama tak sabar nak jumpa anak² yang dah sebulan lebih kena tinggal.
bertolak ke Madinatul Hujjaj, Jeddah at around 4am, naik bas. journey lebih kurang 1 jam. sampai kat jeddah, i dah pening² lalat. dah mula nak demam. memang demam pun. i slept whole day long. bangun cuma utk lunch and dinner before bangun betul² bangun utk bertolak ke Hajj airport at around 4 am the next day.
OH tumpangkan frozen EBM dekat klinik TH. alhamdulillah, staf klinik TH very supportive. our flight delayed dalam 4 jam. not bad. arrived kl at about 12.00midnight, seeing my kids wide awake at that time.
sampai jek kl, bag semua tak sampai. yang ada dengan we all cuma la beg susu aidin saje. sob sob. tak pe la. nak buat cemana. first thing buat lepas keluar dari departure hall, amek aidin dari abah, salam peluk abah, and terus get adib and afiq. masa first time nampak anak², rasa diorang dah besar sangat². mak masa tuh pergi somewhere. gosh i miss home.
kids are excited. throughout journey balik umah tak berenti cerita. it's good to be home.
cabaran pasca haji pun bermula.....
No comments:
Post a Comment