Thursday, January 27, 2011

:: being a mother ::

being a mother of 3 kids, with twins and a baby, i can hardly find time for my self. bila @ home, the only time i got to myself would be shower and whatever business that i need to do in the shower.

kalau dulu, beli novel, next 3 hours boleh habis. this time round.. bulan 10 beli novel, bulan 1 baru habis baca. :P kalau di mekah satu waktu boleh baca satu juzu', di kl?????? 1 juzu' satu bulan mungkin. adoi. tersasar jauh!

kalau dulu, bila pegi dine out, boleh enjoy food seenjoy²nya.. sekarang? makan tuh, sedap ke tidak pun tak terasa sebab mata, tangan, kaki, mulut semua dok menghadap kat anak.

kalau dulu, tido 8 hours solid adalah normal.. sekarang? dapat tido 4 jam straight pun dah cukup baik. no more late mornings during weekends, kerana kalau mommy late in the morning, alamatnya sekeluarga la berlapar menunggu mommy prepare breakfast. (plus aidin is an early riser. he normally had his breakfast between 7.30 to 8++).

since dah ada 3 anak nih, i can't remember where're my lenses, i don't have time to wear make ups (i normally go to office with bareface.. muka suci murni gitu), i hardly shop for myself as the 'ngam-ngam' gaji goes to my kids' needs and wants, hardly wear those super girly stuffs i.e. long skirts and kebaya. my uniform has always been a long sleeve t shirt (coloured or with stripes) and jeans. kalau ada mood sikit pakai blouse (yang ada cuma 3-4 helai jek kot yang wearable in the closet).

bukan tak teringin nak shop for new handbags or new cloth, tapi setiap kali hajat tuh datang, setiap kali tu la ada 'major' expenses that i have to bear. the last time i bought myself a bag, was a year ago, tu pun murah saje.. kalau tak silap tak sampai RM150 pun. maybe Allah nak pelihara diri dari menjadi terlalu duniawi. alhamdulillah. syukur dengan rezeki yang ada.

takpe.. belanja untuk keluarga banyak pahalanya. amin.

semoga kita lebih appreciate ibu², bonda², mak² & mama² di luar sana yang telah banyak berkorban demi kebahagiaan keluarga.

mode : sayu. ecceh!

ps - can anyone suggest what shall i share with a bunch of 4-6 year old kids @ school? takkan gua nak bagi lecture pasal flood kot?

Monday, January 24, 2011

:: update dari bukit gambang resort city ::

OH ada event @ gambang, makanya, dihangkutlah kami anak beranak semua ke sana. sangat mendamaikan jiwa sebab rasanya hati dan otak mmg perlukan rehat. :)

afiq and adib still kurang self confidence. still takut nak main slide kalau mak pak tak turun sekali. so, mommy and daddy pun sesama jadi cam bebudak turun naik slide. baru jek kulit nak baik dari sunburn, dah tanned balik. :P (macam la putih sangat!)

aidin is very clingy sekarang. sangat tidak boleh mommy out of his sight. and tak boleh lambat makan. akan jadi cranky. alhamdulillah, aidin anak yang sangat senang dijaga. sangat senang makan. not too choosy. syukur.

anyway, gambang nih okayla. boleh tahan. food not too pricey, compared to other theme park. tapi kat sini tak banyak food option outside the theme park. so far i cuma nampak 2 tempat makan. so, membawa anak2 kecik yang tak tahan pedas langsung memang agak mencabar. (tambah plak si afiq and adib nih picky eaters). tapi ticket price boleh tahan merabak poket untuk family yg besar. hotel dia ok. simple and cozy. cuma i agak tak puas hati dengan railing dekat corridor yang pada mata i kurang selamat untuk bebudak kecik. (spacing agak besar) takde idea langsung nak update apa. mind agak malas untuk berfikir secara sistematik.

okay la people. till the fingers meet the keyboard again!


Monday, January 17, 2011

:: of adib, aidin and quarantine ::

alhamdulillah. adib dah discharged last wednesday despite masih belum 24 hour fever free. he has recovered pretty well, but all of us are under 7 days quarantine - which means, i don't have to go to office. yeay!!

so, duduk la kami berlima di rumah, walaupun ada satu dua ketika terpaksa keluar mencari bahan mentah untuk masak. pergh, berasap2 dapurku minggu nih. :) segala jenis resipi keluar. (ye sangat, padahal dok refer buku masak kak hani tak sudah2..)

tapinya kesian pulak kat si aidin. dia pulak yg dapat nasty cough and runny nose. sian bucuk macam mommy. it gets worst at night. nih nak try petua yang reza share over fb. hopefully, makin baik anak mommy.

got an email from kids' principal. the school dah kasi their yearly planner. there'll be mother & child breakfast, father & child breakfast, crazy hair day, pyjama's day, global culture day (which i wish to attend!!) & parent's sharing day. parent's sharing day nih is a slot given to parents (30 mins) - either selected or u can pick your dates, where u have to tell story/share whatever u want to share with the kids. aduyaiiiii. blank kepala oo nak fikir apa yang nak dishare dengan kids, aged 4-6 years. ideas pleaseeeee!

esok last day quarantine. lusa kerja. semalam dok kira ngan OH, this month, i work less than 2 weeks. tak produktif sungguh!

kay la people. take care. salam!

Tuesday, January 11, 2011

:: live from PCMC : adib h1n1 +ve ::

lama tak update blog. too many things happened in a short while.

last thursday morning, my OH received a call from the twin's school, informing that afiq's temperature reached 37.5deg. the kindy's rule - any kid with temperature above 37.5deg must be picked up by parents. since both me and OH is in the office, mom took her time to fetch afiq from school. sekejap je demam dia. esok pepagi tu dah kebah, and he's all geared up for school again.

frieday went on smoothly. bila petang balik kerja, tengok2 adib pulak demam. as usual, monitor temperature. as well as kasi pcm. voltaren suppository tuh memang ada jek spare kat rumah. sekali tgk2 temperature adib shoot up lagi. sampai almost 40deg and surut pun sikit saje tho dah sponging and dah bagi supp. 4am in the morning, OH sent adib to hospital for check up and he was screened positive for influenza A. dr then buat further test to rule out h1n1. i was pretty sure that adib will be h1n1 free, as i have given the h1n1 vaccine to all my kids before i went off for hajj.

dr kata the test will take roughly 24 hours before dapat result. she said, we can either admit him or take him home. OH decided to take home and wait for the dr's call next day. dr dah start prescribe tamiflu.

saturday - adib's temperature macam yoyo. kejap naik kejap turun. at about 1 pm, dr from ER department call and said, adib is positive for h1n1. i was like what???? kan dah kasi vaccine? so dr advise check the others.

we all pun pegi la GP nak dapatkan referral letter. tapi referral letter langsung tak boleh pakai. boleh insurance kata agreement with employer goes this way. they won't cover screening cost for h1n1 kalau negative. kalau positive jek diorang cover. don't u find it PELIK?? rabak la kami almost RM700 for teh screening test. alhamdulillah, all of us cleared from the flu, despite rasa cam nak demam2 etc.

we admit adib for his own good sake. he was coughing badly, and i was worried that his lung will be affected.

past experiences really help. influenza nih sama jek simptom cam demam biasa, cumanya dia demam tak kebah2. fast action penting sangat. so friends with kids, hope this can be a guidance. tho dah amek vaccine, your kids or maybe yourself pun masih boleh contract h1n1. dr kata msia ikut standard WHO. kasik satu dose. kalau US, 2 dose. but some people punya antibody is just a little bit weaker that the vaccine tak dapat nak protect your body from h1n1.

so skang nih adib masih belum discharge dari hospital. we have to wait until 24 hours fever free baru boleh dr boleh release him. he has been begging us to bring him home. afiq pun bosan duduk sorang2 kat rumah. aidin lagi kesian sebab kena tinggal.

okay la people. pls recite some doas that my boy will recover asap. hate to see him with drips and such.

Friday, January 7, 2011

:: Hajj : Makkah Al Mukarramah (Part 2) ::

:: Seminggu Sebelum Wukuf ::

Seminggu sebelum tibanya hari Arafah, kesihatan saya diuji. batuk yang sangat teruk sampai luka tekak, demam. badan sangat tidak larat. OH yang kasihankan saya menyarankan agar saay pergi ke klinik arab for treatment. bukan memperlekehkan klinik tabung haji, tetapi ubat² yang saya bawa dari KL seperti tidak berkesan langsung, and ubat² saya adalah lebih kurang sama dengan ubat yang dibekalkan oleh TH.

kami mendapatkan pertolongan daripada staf Rayhar yang merupakan anak² Makawi (anak² Melayu yang lahir di Makkah) untuk membawa saya ke klinik. ke poliklinik actually.

di sini, patient perempuan akan bertemu dengan dr perempuan, patient lelaki jumpa dr lelaki. consultation fee murah saja. SR 15. jumpa dr, cakap serba sikit masalah (dr boleh berbahasa Inggeris) and dr pun prescribe ubat & injections. yes u read it right, INJECTIONSSSSSS.

i've got not 1, not 2, not 3 but 4 jabs!!! mak aihhhhh. berkerut jugak la kening menahan sangat though saya sudah sangat terbiasa dengan injections nih. tapi alhamdulillah lepas je kena jab, saya makin sihat (in fact lepas je jab dah terasa makin baik). alhamdulillah, saya sihat in time untuk hari Arafah. syukur.

btw, total cost jumpa dr arab tuh is SR200. perghhh. mahal gila!

tu cerita kesihatan. nak share sikit cerita sekitar Makkah Al Mukarramah seminggu sebelum wukuf.

Subhanallah, Makkah dibanjiri dengan JUTAAN tetamu Allah. based on my friend's story yang bekerja di sana, katanya tahun 2010 lebih ramai jemaah compared to 2009 because masa 2009 ada krisis H1N1.

nak masuk solat Jumaat di masjidil haram adalah satu perjuangan. yes! satu perjuangan. kami kaum muslimat memang tak pergi la masjid. memberi ruang kepada mereka yang wajib untuk menunaikan solat. zohor is around 12.00noon. OH bertolak ke maasjid 2 jam sebelum masuk waktu and pergerakan nak masuk ke dalam masjid sangat mencabar. OH said he was 'floating'. kaki tak jejak lantai sebab berjalan di atas kaki orang lain. he had to perform his prayer di tngkat paling atas, meaning tidak berbumbung, di bawah terik mentari. mencabar!

:: Hari Wukuf ::

akhirnya hari² yang ditunggu hampir tiba. kami telah dibrief mengenai tatacara pergerakan ke padang Arafah. no. bas, no. khemah & no. tilam telah diberi. satu khemah lebih kurang 40 orang. kami dijangka bertolak ke padang Arafah selepas Maghrib.

alhamdulillah, perjalanan kami ke padang Arafah dipermudahkan. hati memang gundah gelana & risau, takut diduga dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung.

sampai saja di padang Arafah, terus masuk ke dalam khemah & tunai solat Isyak. malam tu, ustaz dah maklumkan progra Qiyamulail akan dimulakan pada jam 3. jam 1.30 pagi dah bangun untuk menyiapkan diri. kesabaran diuji untuk menunggu giliran masuk ke toilet membersihkan diri. ambil masa lebih kurang 40 min hanya untuk buang air kecil, gosok gigi dan berwudhu'. saya lupakan saja urusan mandi. ustaz dah kata, ibadah haji ini ibadah kusut masai. as long as i bersih, cukup sudah untuk beribadat. saya tidak mahu mengambil masa terlalu lama di toilet sehingga mengganggu jemaah Muslimat lain yang sama² mahu membersihkan diri untuk beribadat.

malam itu juga, kami dikhabarkan dengan berita sayu. salah seorang jemaah haji di dalam pakej kami meninggal dunia dalam keadaan yang tidak disangka². Allah mengambil nyawa arwah semasa arwah sedang berjalan ke khemah sejurus turun dari bas dan tiba di padang Arafah tanpa sebarang sakit yang teruk. jatuh di depan khemah dan terus disahkan dr sudah tiada lagi.

saya terbayang kesedihan isteri arwah. tapi beruntunglah arwah kerana akan dibangkitkan di dalam keadaan berihram dan bertalbiah di hari akhirat kelak. dimaklumkan oleh isteri arwah, semasa hidup, arwah memang jarang bersolat di rumah, tetapi selalu bersolat di surau kerana arwah adalah seorang bilal semasa hidupnya. buat baik dibalas baik. rezeki arwah dijemput dalam keadaan yang cukup mulia, di tempat ibadah yang teragng dan disolatkan di masjidil haram.

sarapan diedar ke khemah². semasa minggu ibadah haji (wukuf - melontar), semua urusan makan minum dan tempat tinggal jemaah seluruh dunia akan dikendalikan oleh sheikh maktab (kerajaan arab saudi). makan minum semasa tempoh 5 hari ini memang agak mencabar. almaklumlah, lain benar cara masakan dengan masakan kita. tapi, cubalah didik hati untuk bersyukur dengan apa yang ada. harus & tetap kena makan kerana dalam tempoh 5 hari ini, kesihatan perlu tip top kerana banyak ibadah 'badani' yang perlu kita buat. atas pengalaman lalu, pakej yang kami amek tuh dah bekalkan siap² maggi beberapa bungkus untuk setiap jemaah haji. betullah, maggi sangat sedap pada masa itu. hihi.

waktu paling mustajab doa semasa hari qukuf adalah ketika hampir terbenamnya matahari. masuk sahaja waktu asar, kami diajak berzikir bersama-sama dengan diketuai oleh ustaz pembimbing selama lebih kurang 1 jam. waktu asar itu diiringi dengan tiupan angin yang kencang. ustaz mengetuai bacaan doa. saya paling sayu apabila ustaz membacakan bait ini, "Ya Allah, Kau jadikanlah setiap titisan air susu ibuku sebagai perisainya dari api neraka. Ya Allah, kau jadikanlah setiap titisan keringat ayahku sebagai perisainya dari api neraka. ampunilah dosaku ya Allah tatkala aku memarahi anak²ku sedangkan ia tidak mengerti apa²"

apabila hampir tiba waktu terbenam matahari, kami diberi peluang untuk berdoa secara bersendirian. suami isteri digalakkan doa bersama-sama. tidak dapat saya gambarkan perasaan saya waktu ini. memang air mata bercucuran tanpa henti, memohon keampunan dari Allah dan memohon yang baik² untuk diri, suami, anak², ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai dan seluruh ahli keluarga. insya Allah, dalam entry akan datang akan saya kongsikan doa yang dibekalkan oleh ustaz sebagai panduan. tenangnya hati pada saat itu tak dapat saya gambarkan. sampai saat ini, bila saya taipkan entri ini, hati saya sayu teringatkan the beautiful moments semasa hari wukuf.

ps - saya kena dam sebab pegi tampal mosquito repellent atas kulit and bila cabut tercabut bula roma sekali. terlalai di situ. so bakal jemaah, kalau beli mosquito repellent yang stok tampal tuh, sila tampal di baju ye.... i don't think mosquito repellent yang jenis roll on tuh ok sebabnya kat sana susah nak mandi and takut tak selesa dengan bau ubat nyamuk tuh. :) banyak nyamuk kat sini.

:: Muzdalifah ::

selesai ibadah wukuf, kami diarahkan segera menunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak, kerana perjalanan ke Muzdalifah akan dibuat sebaik sahaja selesai solat. perjalanan ke Muzdalifah hanya mengambil masa 15 minit.

kami bergerak ke Muzdalifah mengikut aturan bas yang telah ditetapkan. bas kami adalah merupakan antara bas yang terakhir meninggalkan Arafah. tiba di Muzdalifah, ada yang mengambil peluang mengutip 7 biji anak batu (sunat). kami menunggu seketika sehingga setengah malam, untuk memenuhi rukun haji. ada yang mengambil peluang tidur setelah semalaman beribadah. ada yang mengambil peluang membaca alquran, berzikir. macam² ragam.

disebabkan kami adalah antara yang terakhir tiba di Muzdalifah, ruang yang disediakan untuk jemaah haji duduk dah penuh (dataran besar yang dipagar). so we have to sit outside along the road. since we were outside, kamilah yang diarahkan dulu meninggalkan Arafah menuju ke Mina, where we'll stay for the next 3 days.

:: Mina ::

tiba di Mina, saya memang terkejut dengan keadaan khemah. 1 khemah rasanya ada lebih kurang 500-600 jemaah. memang sempit. (nasihat kepada jemaah, jangan nak bawak barang banyak². takde tempat nak letak) oleh kerana saya sampai awal, saya ambil kesempatan untuk terus berkejar untuk mandi sebab saya tak mandi dah seharian lebih!

usai mandi, terus merehatkan diri to prepare for tomorrow. esok akan melontar jamrah kubra!

keadaan di mina jauh lebih mencabar dari arafah sebab khemah yang kami duduk tu aircond rosak. panasnya MasyaAllah! masa tuh terfikir, ni baru panas dunia, esok² panas di Mahsyar macamana pulak??

lepas isyak, malam tuh, kami bergerak ramai² melontar. 1600 jemaah lebih kurang, and recorded by astro. waktu melontar ditangguhkan seketika sebab hujan. takut jugak masa tuh, sebab Mina nih kawasan berbukit & drainage system tak berapa nak ada sangat.

pengalaman melontar hari pertama sangat best. kami berjalan lebih kurang 2.5km one way melalui terowong moasseim untuk tiba di jamrah. kami melontar di tingkat 1. alhamdulillah, urusan melontar sangat mudah! nasihat² & tips² yang diberi oleh ustaz semasa kursus haji di KL. selesai melontar, kami tahallul awwal. tinggal 3 jek lagi pantang larang ihram yang perlu dijaga. bagi kaum muslimin, ini mungkin satu kelegaan besar sebab dah tak payah pakai kain ihram. hehe.

esok pagi² husband cari i dekat khemah, nak menunjukkan fashion rambut dia yang baru. yeeeeee. suami saya BOTAK! adoi. though saya tak berapa gemar, tapi relakan saje sebab banyak sebab kena botakkan? :)

kami telah berniat untuk nafar awwal sebab takut keuzuran. so melontar untuk hari 11 & 12 kami himpunkan, dgn dibimbing oleh ustaz. sebelum subuh, kami gerak ke jamrah. selesaikan 3 lontaran di tingkat 1. playing with time, ngam² masuk subuh kami turun ke GF tunai solat subuh & langsaikan lontaran untuk hari ke 12.

:: Tawaf dan Saie ::

balik dari melontar terus get ready untuk return ke makkah. alhamdulillah, kami tiba di Makkah awal (9.00am) dengan menaiki bas yang disewa oleh pakej. balik hotel bukak cctv, tgk² keadaan di Kaabah agak lengang. OH instruct me to get ready and terus bertolak ke masjid untuk selesaikan 2 lagi rukun haji untuk melengkapkan ibadah.

alhamdulillah, tawaf dan saie dapat kami selesaikan dalam tempoh lebih kurang 1 jam 40 minit, satu tempoh yang dikira cukup pendek untuk musim haji. syukur ya Allah, segalanya telah lengkap dan selesai. semoga ibadah haji ini adalah ibadah haji yang mabrur.

selesai saje saie, saya ajak OH pegi 'celebrate'. nak pegi makan sedap sikit. :) kami pun pegi la Makkah Hilton nak makan burger king. kat sini takde ala-carte. kena order set. harga dia pun agak sedap la. nak buat camana? dalam set ada air coke. pandai sangat pegi minum air coke, terus demam seminggu tak bangun².

:: Minggu² Terakhir di Makkah ::

minggu² terakhir di Makkah saya diuji dengan kerinduan yang tidak terhingga kepada anak². sehingga perlu solat hajat untuk membendung rasa rindu pada anak² agar ibadah tidak terganggu. video yang saya record dalam kamera & fon la jadi penawar hati. everyday telefon rumah. syukur hotel ada free wifi (yang tersangat laju) dapatla saya call kl guna skype yang super duper murah. itu barangkali, ujian untuk seorang ibu muda. (tetap claim muda.. :))

:: Balik KL ::

we were informed that the first two flight before us teruk delay masa nak balik kl. satu flight tuh delay 9hrs in departure hall, another one delay dalam berapa belas jam ntah. we are quite worried, sebabnya we're going to bring back frozen EBM. lagi lama delay, we faced the risk of susu rosak.

our journey back home started with tawaf wada'. performed tawaf wada' lebih kurang pukul 2 pagi. sekejap je. sedih & sayu nak tinggalkan Makkah tapi dalam masa sama tak sabar nak jumpa anak² yang dah sebulan lebih kena tinggal.

bertolak ke Madinatul Hujjaj, Jeddah at around 4am, naik bas. journey lebih kurang 1 jam. sampai kat jeddah, i dah pening² lalat. dah mula nak demam. memang demam pun. i slept whole day long. bangun cuma utk lunch and dinner before bangun betul² bangun utk bertolak ke Hajj airport at around 4 am the next day.

OH tumpangkan frozen EBM dekat klinik TH. alhamdulillah, staf klinik TH very supportive. our flight delayed dalam 4 jam. not bad. arrived kl at about 12.00midnight, seeing my kids wide awake at that time.

sampai jek kl, bag semua tak sampai. yang ada dengan we all cuma la beg susu aidin saje. sob sob. tak pe la. nak buat cemana. first thing buat lepas keluar dari departure hall, amek aidin dari abah, salam peluk abah, and terus get adib and afiq. masa first time nampak anak², rasa diorang dah besar sangat². mak masa tuh pergi somewhere. gosh i miss home.

kids are excited. throughout journey balik umah tak berenti cerita. it's good to be home.

cabaran pasca haji pun bermula.....

Thursday, January 6, 2011

:: kids start schooling ::

afiq and adib dah mula sekolah. and they start their schooling with full of drama!

:: day 1 ::

uniform sekolah belum siap lagi, so the kids are requested to wear anything they like. being them, seluar panjang jeans means handsome. so they demanded to wear jeans & long sleeve (long sleeve!!!!) t shirt yang ada gambar woody (character toy story). me & OH are on leave - specially for them.

the night before, i have packed their snacks - simple jek, just some cereal and biscuits as school will provide meals.

we were requested to drop off the kids at 8.00am, 0.5hour earlier than their usual time to assist the kids to settle down. cooked some pancakes for them for breakkie & then dropped aidin off at mom's place before heading to school.

they were so excited. suka gila nak pegi skolah. sedangkan takde idea what is school is all about.

sampai skolah, the kids mula start to draw back from the crowd. starts to show their separation anxiety. i waited for almost an hour to let them settle down, tapi tak tersettle² rupanya. the kids cried like crazy when we left. :P

i felt that the clock is ticking so slow. lamanya nak menunggu pukul 12 that we round the school twice just to check whether they're still crying or not. hahahaha. first born kan? harusla terlebih excited!

bila pick the kids up, nampak ok. walaupun ada sikit monyok. :P there was a kid crying whole day long. afiq referred him as abang. when i picked them up and saw the kid crying, afiq being drama king said,"afiq tak nangis kan mommy?" adoi nak! yang pagi tadi afiq melalak sampai peluk daddy tak lepas² tu mende??

:: day 2 ::

OH starts work today. it leaves me and mom behind to send them to school. dah mula tunjuk perangai tak nak pergi skolah. kali nih hantar lambat sikit. almost 8.30 baru hantar.

hari nih punya scene lagi dahsyat. both afiq and adib panjat gate nak lari ikut mommy balik when i masuk kereta. gosh!

tapi, bila balik rumah, diorang dok main 'teacher-student'. boleh? nampak sangat sebenarnya tak nak pisah ngan mommy but enjoying the school kan?

the teacher mms me their photos buat activity kat skolah. macam ok saje.

:: day 3 ::

i start working today (should have). tapi disebabkan kereta overheat, terpaksa patah balik umah and EL. masa tu mak dah hantar pegi skolah. mak kata, both being koala bear tak nak lepas my mom. mak kata, bukak pintu kereta belah kanan, dia lari belah kiri. bukak pintu belah kiri, dia lari belah kanan. last2, panggil teacher amek n seperti biasa banjirlah sekolah itu buat seketika.

balik tu, i picked them up, and they're all happy.

but then, bila malam jek, mula la begging i. here goes the dialogue:-

afiq : mommy, afiq tak nak pegi sekolah.
mommy : afiq kena pegi sekolah.
afiq : alaaaaa..... kenapa kena pegi sekolah?????

(dalam nada yang cukup lembut, buat mommy nak tergelak tapi kesian. pandai hokay bodek)

:: day 4 ::

aiyo! ini hari lagi teruk. mak kata nangis dari rumah lagi. mom needs to get my brother's help to send them to school. lil bro sampai naik suara dalam kereta baru senyap sekejap.

i felt uncomfortable. i takut my children jadi unhappy kids. so i smsed the teacher asking for progress. ghopenye, nangis kejap saje. and starting to enjoy the class. teacher kata dah mula clingy with teacher. i guess it's the the thought of separation that haunts them.

dalam pukul 11 lebih tadi teacher call. i tak angkat. pastu tengok ada missed call jugak dari OH. rupanya si afiq demam kat school. mom picked him up. good for that school that makes checking body temperature at school a must. they'll inform and ask the parents to pick the kids up if temp hits 37.5.

by the way, the school yang i hantar nih nama dia unikidsity. adopting montessori concept to develop basic life skills. yet to see the kids' progress. hopefully, i've made the right choice for my kids. i want nothing but the best for them, for i heart them dearly and they're the 'amanah' yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.

kay peeps. bye!



Tuesday, December 28, 2010

:: Hajj : Makkah Al Mukarramah (Part 1) ::

:: Hajj : The journey to Makkah begins ::

Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa lenih kurang 7 jam. Di awal perjalanan, air mata saya tidak henti mengalir. Sedih meninggalkan bumi yang penuh ketenangan, bumi yang di dalamnya tersemadi jasad manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT. Sayu terkenang anak².

“Ya Allah, janganlah kau jadikan ziarah ini ziarah yang terakhir buat diriku ya Allah!!”

Kami berhenti seketika di Bir Ali, tempat bermiqat dari Madinah.

Bir Ali sudah cantik. Teratur dan tersusun. Mengambil kesempatan untuk solat sunat dan terus niat berihram di sini. Saya mahu ibadah haji saya dimulakan dengan penuh sempurna. Itu hajat saya.

Syukur Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Tidak sesat, bas pun ok, driver bas pun ok. Halfway, kami stop di “R&R” untuk solat jamak bagi zohor & asar as well as isi perut sikit. R&R di Madinah nih bukan macam R&R di Malaysia. Sempoi jek R&R dia. Macam pekan koboi. :)

Lepas solat etc, we continue our journey to Makkah. Before masuk ke kota Makkah, kami kena stop dulu dekat satu check point for pilgrimage. Di checkpoint ini, semua jemaah diberi ‘hadiah’ oleh kerajaan arab Saudi. Dapatla roti, biskut, air zamzam, susu, air kotak etc. semua tuh buat bekal dalam perjalanan menuju ke kota Makkah.
Almost 7 hours, kami mula menyusur masuk ke kota Makkah. Perasaan yang bercampur baur. Masuk ke kota Makkah, kami diguide untuk membaca doa masuk ke kota Makkah. Head to hotel. Masa sampai hotel dah almost maghrib. Ustaz menyarankan agar kami solat dulu di hotel, rehat sebentar sebab malam tu kami semua akan dibawa ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah wajib kami dan membebaskan diri dari larangan ihram.

:: Hajj : Umrah Wajib ::

Around 10pm, we gathered at hotel lobby. Badan pun dah refresh after 7 hours journey. Ustaz Rosli (Mantan Imam Negara) lead the group to Masjidil Haram. Masa di sini, we were divided into smaller groups bagi memudahkan mutawif membawa kami di dalam masjid.

Alhamdulillah, umrah wajib saya dan suami dipermudahkan. Tawaf dengan tenang, saie pun ok. Cuma keadaan di Bukit Safa agak sesak dan memerlukan sedikit kekuatan fizikal untuk mengharung manusia. Maybe sebab Bukit Safa adalah tempat permulaan saie. Mungkin jemaah yang mengambil masa yang agak panjang di situ menyebabkan kesesakan berlaku.

We settled our umrah at almost 12midnight. Syukur. Balik hotel, we all singgah satu kedai makan just beside the place we stayed to enjoy the Murtabak Sindhi – murtabak yang dibakar dengan inti telur + daun kucai, dimakan dengan cili hijau yang besar² (macam cili hidup/merah). No kuah.

:: The Hotel ::

Sebelum bertolak ke Madinah lagi, Ustaz Harun (Rayhar’s MD) dah brief kepada bakal jemaah kemungkinan² yang akan ditempuh semasa di Madinah, Mekah, Arafah & Mina. Briefing tu banyak membantu we all prepare ourselves di sana. Ustaz kata, once sampai Mekah, the level of comfort akan jatuh merudum compared to Madinah. And yep, pertama kali menjejak kaki masuk ke hotel, saya dan suami memperingatkan diri untuk banyak bersabar. Hotel yang akan kami duduk selama sebulan ini pretty small. Takde wardrobe utk simpan baju, and we’re living out of the suitcase. Tapi Alhamdulillah, as days progressed we get more comfortable and make the best out of the limitation.
For readers info, kerajaan arab Saudi memang ada standard keluasan bilik yang perlu dipenuhi oleh semua company. So, memandangkan musim haji nih adalah musim yang terover super peak, the room size gets smaller compared to umrah.

Our hotel dengan masjid tak jauh. Roughly 250m door to door. Tapi nak sampai dalam masjid tuh adalah 500m jugak jalan. We estimate that dalam satu hari kami jalan lebih kurang 4km. Our hotel dekat area Bukit Marwah, dekat dengan masjid Kucing. I didn’t get any chance to pray kat masjid Kucing, husband adala few times. Dia pergi masjid kucing masa I tengah demam, and dia dah terlambat nak sampai ke Masjidil Haram.

:: Makan & Sahabat Lama ::

Ada masanya, saya dan suami saje nak mencari benda lain untuk dimakan selain yang diprovide oleh caterer, 3 kali sehari. Selalunya, kalau nak makan yang bet sket, kena pergi dekat As-Safwa towers sebab dekat situ jek yang ada kedai makan melayu. Dekat situ la dapat lepas gian makan roti canai (3 riyal) dengan teh tarik.

One night, lepas isyak, OH and me pun menapak la pegi as-safwa tower. I terus book seat, while OH pegi beli food. Sekali ada satu mamat melayu datang sebelah Tanya, whether seat kosong ke tak. Dengan muka poyosssss, I cakap ada. Sekali terus pusing balik kepala, sambil piker, apsal mamat nih muka sikit punya familiar daaa. Amek beberapa second memikir, and skali laaaaa – Azlan Aeis Fadhilah aka alan! He was my unimate la dulu kat UTM. Owh goodness! Sikit punya jauh nak jumpa balik. The last time I met him I believe was in year 2002 or 2003. Gila lama! Sempat la borak², update pasal life. Dia keja kat Mekah dah nak dekat 2 tahun. Rezeki kan dapat keja di tanah suci? Everyday dapat solat kat Masjidil Haram, and every year dapat pergi buat haji. Syukur.

Sempat la dia bawak OH and I pegi makan nasi arab. Layan! As well as men’tapau’kan samosa arab & kebab yang sangat fantastic pada tekak kitorang yang agak ke-malaysia-an nih. :)

:: Aidin & EBM ::


Siapa yang follow blog & facebook saya, pasti akan tahu keluh kesah saya semasa nak pergi haji, especially on Aidin yang masih fully breastfeed. Saya pening kepala memikir cemana nak hantar susu aidin dari tanah suci, as stok yang saya tinggalkan cuma mampu bertahan 0.5 month saje.

Di Madinah & Mekah, saya memang continue pumping as advised by doctor to ensure susu tak kering & mensus tak datang. Agak mencabar la jugak. Bila dah pump susu, OH akan tolong packkan dan simpan dalam fridge yang ada dalam bilik. Sampai at one point, fridge tuh penuh & we terpaksa tumpang bilik org lain untuk simpan susu.

Di Madinah, OH puas usaha nak hantar susu ke KL through courier. Tapi mengecewakan. Satu pun tak boleh deliver EBM. Adeh. Cemana nih. Last² angkut jek susu dari Madinah ke Mekah. Dalam masa yang sama, mula melaksanakan solat hajat dan memanjatkan doa kepada Allah agar penyusuan Aidin dipermudahkanNya.

Di Mekah, masih continue dengan solat hajat. Selang beberapa hari, bila balik dari masjid selesai solat Isyak, ustaz Rosli announced that Hj Harun (MD Rayhar’s Travel) akan balik ke KL the very next day. I pandang OH, OH pandang I. mungkinkah doa kami telah dimakbulkanNya? OH kejar Hj Harun and explained our problems dengan harapan dia boleh bantu kami bawa balik susu Aidin ke KL.

Alhamdulillah, he agreed to help us. Syukur ya Allah kerana mendengar doa kami. Malam tuh, OH rush pergi pharmacy and cari dry iced packs. Kat Mekah tak jumpa dry ice yang macam org jual aiskrim tu pakai, so we have to opt for the ones yang jual dekat pharmacy.

Susu aidin (amounting more or less 300 oz) selamat tiba di KLIA. Aunty tolong picked up dekat airport and bring back to KL. Syukur sangat² penyusuan badan Aidin tidak terganggu and that stock cukup sampai I balik KL after Hajj.
Both of us sangat ‘terkesan’ dengan peristiwa ini. We learned that doa yang sungguh² tuh didengar oleh Allah. Usaha sahaja tak cukup, kalau kita tak memohon dariNya kerana Dialah yang menentukan perjalanan hidup kita.
Subhanallah!

To be continued…