i got this beautiful information to share with all from here
Jawapan bagi persoalan ini saya ambil dari buku Untukmu Wanita hasil tulisan Ustaz Zaharuddin. Ustaz, saya pinjam letak kat sini sebagai panduan untuk saya dalam mencari jawapan dan jalan sebenar.
Jawapannya YA!! Islam membenarkan dan mengharuskan isteri atau wanita bekerja TETAPI tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut;
1. Terdapat keperluan yang menyebabkan dia terpaksa bekerja;
*Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan
*Membantu ibu bapa yang sangat miskin / suami yang uzur
*Membantu perniagaan suami
*Mempunyai kemahiran yang amat diperlukan masyarakat
2. Kerja tersebut perlulah sesuai dengan fitrah dan kemampuan fizikalnya
3. Bekerja dengan menutup aurat dan menjauhi fitnah di tempat kerja
4. Kerja tersebut tidak memerlukan untuk berdua-duaan dan bercampur secara bebas dengan yang bukan mahramnya
5. Mendapat izin wali atau suami
6. Kerjanya itu tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggungjawab di rumah terhadap anak serta suami
7. Tujuan & niat utama bekerja bukan untuk kegairahan mengumpul harta atau menyaingi kemampuan lelaki
8. Mesti berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak
9. Digalakkan ia dilakukan dalam tempoh tertentu / sementara sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen.
Seeloknya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Pendek kata, wanita perlu memainkan peranan utama dalam menjaga rumah tangga, suami, anak & keluarga. Suami isteri yang bekerja diterima dalam Islam selagi mereka mamou & bijak dalam merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak. Tidak digalakkan isteri untuk berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Jika sekadar untuk bermewah dan mudah membeli belah dengan menggunakan duit sendiri, ini tidak diterima Islam.
Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia (menurut asbab kepada hukum alam).
Ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil sehingga dewasa. Malangnya, mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita sebenar Islam.
4 comments:
salam sha,tq share info..shud think thru once my small one slmt keluar from 'oven' =) take care -marina
rina.. hope u'll have a safe pregnancy journey!!! congratulations in advance..
ps - bila due?
insyaallah mid feb 2011 =)..yep praying for safe journey for this lil' khalifah...
very true indeed. thanks for sharing :)
Post a Comment