Thursday, August 18, 2011

:: Day 26 : Cita-cita yang pernah ada dalam list saya ::

gosh, i've arrived at day 26. :D a once 'blogger tegar' is now a casual blogger. many thanks to hectic schedule, both at work and home. plus Ramadhan is here, hence my schedule is super duper tight.

so let me see, DAY 26 : Cita-cita yang pernah ada dalam list saya

korang ingat lagi tak masa skolah rendah dulu, ada kad 001? kad yang kaler kuning (ke coklat? ke pink? ntah. kad yang tiap² tahun cikgu akan isi tulis pencapaian bagi setiap subjek, markah utk 'perangai' kita and cita-cita murid?

masa aku skolah rendah dulu, aku selalu tolong cikgu isi kad nih. (mungkin sebab tulisan aku cantik. miaahahahahaha) kat dalam kad nih kena tulis cita-cita, siap ad no. 1,2,3.

meh aku reveal, sikit sebanyak cita-cita yang pernah singgah dalam hidup aku, (or mungkin masih exist sehingga hari ini)..

1. Lawyer
apsal ntah aku nak jadi lawyer? mungkin sebab masa zaman skolah aku nih school debater (tapi apsal ko skang kalau orang tak kenal kata sombong?? macam ada emas dalam mulut!) kunun² sangat cool (tak pikir how stressful the work could be!), masuk keluar court pakai very smart black suits. tapi bonda tercinta tak agree to my proposed profession, maka terkuburlah hajat hati.....

2. Pakar Sakit Puan
klinik mana yang tak akan bungkus? dr mana yang tak penah tak ada patient? ha, kan? nak jadi doktor kunun, tapi masih ada elemen bisnes di situ. ye la, mana la ada orang berenti beranakkan? so, masa tuh memang beriya la nak jadi gynae. tu pasal aku masuk kelas biology instead of amek lukisan kejuruteraan masa kat skolah. sekali lagiiiiiiii, bonda tercinta tak agree dengan proposed profession, maka terkuburlah hajat hati (padahal, masa tuh dah mula hilang minat sebab masa tuh cikgu bio aku rajiiiiiiiinnnnnnn gilaaaaaaa, sampai wa tak larat gi kelas bio. serius. but i admit, she's one rare gem, seriously)

3. Pensyarah
punyala pemikiran tak cukup mature kan, aku pun penah pikir nak jadi pensyarah. apa kes jadi pensyarah bila ko sendiri tak tau apa yang nak disyarahkan?? :P masa tu tak pikir pun yang kalau nak jadi lecturer nih, kita kena specialize in certain field. tapi cita-cita nih macam tenggelam timbul la. ala love-hate relationship gitu. sampai sekarang. kejap-kejap aku nak stay jadi engineer, kena hari aku PMS ngan keja, aku rasa aku nak sambung pHd jadi lecturer.

4. Saintis
gelak la korang guling-guling. korang pun mesti penah tulis nih dalam cita-cita korang kan? aku rasa aku ada tulis nih masa aku darjah 5 kot? apa yang aku pikir masa tuh pun aku tak tau.
*gosh, tutup muka ngan selimut! malu!

:: Cita-cita aku Sekarang ::
hehe.. mahu jadi enterpreneur gitu. banyak idea dalam kepala, tapi satu pun tak materialize. i know i have to break my comfort zone to make this materialize, but so far, masih mencungap mencari ruang lingkup masa yang mengizinkan. doakanlah ye..

owh, satu lagi angan-angan di masa lapang.. nak jadi personal shopper. huhu. bestnye kalau dapat shopping-tanpa rasa-bersalah-lepas-tu-berangan-kalau-client-tak-suka-dia-pass-kat-haku! miahahahaha. ke laut dah shah oii..

apa pun, i'm contented with my job now. though the pay is not really good, but alhamdulillah, masih cukup walaupun kekadang terasa gak sesaknya. :D kena selalu ingat, ada orang kat luar sana yang tidak bekerja dan lebih susah dari aku.

4 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

sama la.. dolu2 especially zmn hingusan, bnyk benor cita2 yg diidam2kan. sbb maybe mase tu aci hentam jer kot. asal nampak gah jer, nak jugak jadikkan as cita2. he3..

aishah zaharin said...

areleez - kan? nasib baik tak penah nak jadi pelakon ka, penyanyi ka. hehe

WAK said...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Alice Tan ke?

aishah zaharin said...

wak - hahahahaha! TET!