Tuesday, April 2, 2013

Happy Birthday Aidin, I love you!

My third born is 3 today. Alhamdulillah!

Hadirnya dia sebagai ganti yang pergi. Istimewa. Itulah Aidin Nasri.

Makin keletah, makin lasak, tapi masih manja dengan mommy, sampai kena comment dengan wan (nenek) dia, "Aidin ni, melekat sungguh dengan mommy dia." Alhamdulillah, mungkin berkat penyusuan badan. Bila tido, nak gsosok2 siku mommy sampai lelap. macam plastik la badan Mommy. sambil menyusukan marissa, sambil bagi dia tangan nak gosok. tapi itulah bahagia menjadi ibu.

Cuma Aidin masih pelat bila bercakap, tapi sangat independent.

Sabtu lepas buat small celebration untuk Aidin. ajak parents dan adik beradik makan kat rumah. perap kambing & sotong, buat barbeque saje. dengan ada baby sorang lagi, i memang tak sempat nak masak yang fancy-fancy.

Aidin happy tak ingat. malu-malu bila orang nyanyikan lagu birthday untuk dia. terselit rasa sayu sebab masa orang nyanyi lagu birthday tu, dia pusing belakang carik mommy dia. Allahu Rabbi. dia mahu saya. rasa dekatnya i di hati anak. small gestures macam gini cukup buat kita bahagia sebagai ibu. Mungkinkah ini juga yang mak kita rasa? Wallahualam.

So, dengan birthday ke 3 nih, bermulalah misi untuk diaperless. Good luck mommy. Dah kena kick start sebab next year dah nak sekolah, and based on previous experience, agak lama gak nak train budak laki diaperless. sangat respect pada ada satu member nih anak dia diaperless 24 hours at the age of 2. jimat budget ooooo! :)

Semoga Aidin membesar menjadi hamba Allah yang soleh. Dikurnia kejayaan hidup dunia dan akhirat. Menjadi mukmin yang profesional. Ditemukan dengan jodoh yang solehah (panjang pikir bila dah jadi mak nihh weh), dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang murah, halal dan berkat. Amin.

"Happy birthday Aidin. I love you!"

1 comment:

ezan said...

Happy birthday Aidin!!!
Semoga menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mommy daddy di dunia & akhirat...