sekadar berkongsi sedikit pandangan dan cebisan pengalaman.
aku yakin, ramai orang berdoa selepas solat. paling kurang, berdoa memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat. doa yang dianjurkan khususnya semasa tawaf di antara rukun yamani dan hajarul aswad.
tapi..
berapa ramai yang sebenar-benarnya berdoa?
adakah doa hanya sekadar lafaz tanpa pengharapan?
atau adakah doa kita itu bicara seorang hamba yang merayu kepada Sang Pencipta?
kadang-kadang, kita kuat berusaha, tapi lupa meminta daripadaNya.
itulah kita manusia, hamba, yang selalu alpa.
ini pun peringatan untuk diri sendiri jugak, yang sering tidak bersungguh-sungguh dalam berdoa.
bak kata seorang sahabat siber, doa itu senjata Muslim.
so kawan-kawan, jom kita perbaiki kualiti doa. mulakan pagi dengan doa, sebelum tido pun doa. insya Allah.
No comments:
Post a Comment