Wednesday, September 14, 2011

Plan Minggu Ini. Macam-macam ada

mode jiwang karat sebab sang suami kena outstation. (semalam jek pun) syukur dapat balik esok, sebab kalau ikutkan khamis-jumaat dia kena naik chopper. menangis tak berlagu la aku sebab weekend nih weekend panjang kan. banyak plan dalam kepala nak berjimba-jimba dengan keluarga tercinta.

plan weekend nih, adalah baking pada skala besar. sudah meng-google (wah, google dah kadi kata kerja!) beberapa resipi. kalau hormon R melebi hormon M, insya Allah, menjadi la projek baking. kalau idak, takde la overtime allowance kepada cik oven pada minggu ini. hikhik.

selain dari baking, saya juga nak plan melawat sahabat-sahabat yang baru menimang cahaya mata. bau baby baru lahir syokkk wooooo. saya dan suami sudah bersedia menimang cahaya mata. kami tak kisah jantina baby, lelaki atau perempuan kami terima seadanya. * tetiba.

saya juga nak gi beraya rumah boss saya kat kelana jaya. dah enam tahun saya keja kat sini, tak penah sekali saya gi beraya rumah boss yang baik hati ini. sampai dah kena sound barang se-das dua dah. hikhik. so, insya Allah, this weekend merayap la saya dan family dan kawan-kawan dan family kawan-kawan ke rumah boss. :D (selamat.. tak yahhh masak lauk ngan nasi)

nak tepek gambar raya, tapi tak terbuat-buat lagi. takut jugak la nak tepek sebarang-sebarang sekarang lepas keluar cerita gambar facebook jadi bahan sihir. tak baik aniaya orang tau. besar dosa sihir tuh!

mm, syawal pun dah masuk pertengahan kan. taun lepas time nih, aku sibuk buat preppy nak gi haji. pergi kursus perdana, cari kelengkapan haji. rindu sangat rasa saat tuh. masa nih selalu sangat air mata menitik sebab sedih nak tinggalkan anak. punya la tak fikir yang Allah sebenarnya nak bagi ganjaran super besar kat mekah dan madinah. kalau la ada ibu-ibu muda yang terbaca blog nih dan due untuk haji anytime, nasihat saya, PERGI SAHAJA! serahkan urusan anak-anak kepada Allah. insya Allah, ok semua.

kay la people. take care. assalam!


No comments: