tadi other half bagi adib hazim keychain. sengih-sengih budak kecik tuh pegang keychain.
tetiba terus flash back zaman kanak-kanak riang.
aku dulu masa sekolah rendah pengumpul keychain tegar. kat beg skolah tuh, kalaulah zip tuh boleh bercakap, memang kena sumpah seranah dah aku nih. penuh keychain. masa tuh level-level kumpul keychain dari melaka la, key chain yang ada tulis nama la. ada satu time tuh, keychain garfield popular sangat. masa tuh, keychain garfield sangat 'IN' di kalangan budak-budak pompuan.
apa lagi tabiat masa budak-budak.. oo main game yang kena senarai perkataan yang start with certain letters. kena time orang pilih huruf Q, menggelupur nak cari negara mana start ngan huruf Q. haha.
time petang-petang pun heaven gak. main galah panjang kat depan umah. cukup time nak azan maghrib, semua berlari masuk rumah sebelum kena panggil ngan mak bapak.
bila aku pikir cara hidup aku masa budak-budak, man...... so relax. cuba korang tengok budak-budak zaman sekarang? pagi sekolah kebangsaan. petang sekolah agama. malam tuition. isnin sampai jumaat. sabtu kumon. ahad kelas muzik. kelas swimming. kesian kan? i mean, it's good la that they could learn lots of things, but then, bila depa dah besar, apa childhood memory yang diorang ada ek?
i haven't think of what is my plan with my own kids. nanti mak put on thinking cap and think...
2 comments:
tengah pikir jugak..tahun dpn tihah dah stat skolah..pg skolah, ingat nak daftar KAFA, tp ptg kafa lak, lepas maghrib, mengaji... penting, tp pikir2 balik kesian, xde rest, bila lak nak study wat homework...
life start at 40 :)
Post a Comment