Sunday, June 26, 2011

:: Day 8 :Barang-barang Dalam Tas Tangan Saya ::


ini la barang-barang yang kebiasaannya ada dalam handbag saya.
1. my handphone
2. my compact make up case
3. sebekas duit syiling - penting ketika ke mall bersama 3 hero yang suka naik ntah apa-apa punya rides. (nih yang buat berat handbag!)
4. kunci kereta (kalau saya drive)
5. wallet comel pemberian adik-adik saya
6. hand sanitizer yang mula menjadi penghuni handbag saya sejak adib kena h1n1.

perghhh. tak penah aku buat tayang apa yang ada dalam handbag pada public!

Friday, June 24, 2011

:: Day 7 : My Fear ::


1. highspeed motion
gayat hokay naik menda alah cenggini. semput saya jerit-jerit naik spesies2 nih. boleh gugur jantung! bak kata member kat opis, tak berbaloi mati naik roller coaster. hangpa nak kata aku cam org tua pun aku tak kesah. aku memang penakut!


2. dark creepy place
yeee. saya cukup tak suka black out. takut gelap!
(pesanan untuk diri sendiri : bawak-bawakla bertahajjud.. kubur nanti lagi gelap sha oiiiiiiiii)




3. ka.tak, ti.kus
kalau korang nak suruh aku menang lari pecut 100m, letak aa katak ngan cik ti nih kat belakang aku. confirm berdesup-desup aku pecut. (tapi saya tak keseorangan. ngehngeh. kan OH?)

:: quick post : upon request ::

i received a request from my blog reader to post up an entry on traveling tips. but my time is a little bit tight, so i'll just answer you question irda dearie here.

1) flight air asia ni ada bassinet tak for babies? penat gak nak dukung budak 10kg for 8 hours.. heheh..
bassinet ada. tapi setahu i la kan, u have to purchase the seat yang ada basinet row via phone call. try calling airasia using their premium line. since u're traveling with twin, most probably you mightneed to separate from your husband sebab in one particular row, cuma boleh ada satu basinet saje. bassinet ada weight limit, around 10-11kg. if ur baby weigh more than that, tak dapat la nak guna bassinet. perhaps in that case, u should avoid buying the seat yang ada bassinet, and instead book seat yang bukan 1st row. sebab kalau u amek seat yang 1 st row nih, dia punye arm rest tak boleh angkat. so ur kids can't lie down and have a good sleep. pretty uncomfortable la. tapi kalau dapat duduk belakang sket with armrest boleh angkat, kids can sleep on your lap.

2) can we bring in baby's bottle in flight? kalau nak buat susu boleh ke mintak air panas kat flight, since tak leh nak bawak air kan to international flight.. ke boleh? i pun da confuse.. hehe..
u can bring air panas & air sejuk, tapi harus cakap kat custom yang these are for kids. masa depart dari GC nanti pun sama.kena kasi tau. kalau dekat GC, they'll check the water content and if they're satisfied, boleh jek bawak masuk. kalau tak cukup air panas, u can always ask from the stewardess to top ur water. no worries. :) (bawak kembar, kena pulak 1 year old, banyak gak pakai air panas, especially if ur baby kuat minum susu. hehe)

3) i would be flattered if you could write up tips on travelling with kids as i will definitely need some advise.. hehe..
1. pack yourself with lotssssss of finger food! yang pack kecik2 like raisins, biscuits. it can help u to tame the kids.
2. i've got this tip dari webbie dulu, dia kata, why not invest in cheap-cheap toys, and wrap it up. so boleh la kasi anak 1 hour satu, so dia tak bosan. tapi in our cases, kena la cari yang size dia managable, sbb everything times 2 kan?
3. u might need to bring small pillows for your babies, so that senang sikit tido dalam flight. put them on VERY COMFY CLOTH especially masa nak pergi, sebab flight malam kan? so that they could sleep well. i siap bawak blankie kecik so that they won't feel to cold. but if you think ur luggage dah banyak sgt, pre-buy dekat air asia.
4. PULL UP PANTS REALLY COME HANDY sebab toilet is super small in planes and kalau dibuatnya POO POO dalam flight, aiyooo jenuh!
5. pack some common medicines - vicks, minyak yuyi, ubat demam+batuk+selsema, and kalau anak jenis ada lelah, make sure bawak puff as well. 9it's gonna be pretty cold in july, sebab winter)
6. jangan lupa bawak wet tissue sebab senang nak lap mulut budak2 bila makan comot. :) and never forget to bring extra cloth masa dalam flight. (my twins both pampers pecah dalam flight. so perlu tukar)
7. MOMMY MUST GET ENOUGH REST BEFORE FLIGHT or the mommy would be the one who goes cranky all day long. hihi. so get good sleep, and maybe it's a good idea to make your kids super tired masa nak push off so senang doze off masa flight. :)

guess that's all yang i boleh terfikir. if u think u need any other info, just drop a line kay?

ps - security kat coolangata airport agak strict, so u might want to allocate extra time to ensure u sempat board plane. since flight balik KL is super early, i advise u siap2 packing the night before, so the next morning u boleh terus cabut pergi airport.

Thursday, June 23, 2011

Day 6 : Perkara-perkara yang Saya Nak Buat

No. 1 : Berhenti kerja, jadi fulltime housewife, tapi tiap-tiap bulan dapat gaji, dan masih ada helper.
i want to be a SAHMAE. haha. amende tu weh? i want to be a stay-at-home-money-and-earns! bukan earn lemak ye kawan-kawan, tapi earn money. saya mahu jadi ibu yang sebenar-benarnya ibu. yang masak untuk anak, yang siapkan bekal anak pergi sekolah. yang hantar anak pergi sekolah. yang sengar cerita dia balik sekolah. yang dengar cerita cintan cintun dia. every.single.thing. tapi kehidupan kat bandar hari nih, susah sangat la wehhh kalau satu jek yang bekerja. sedangkan 2-2 kerja pun sukar nak menyimpan. (sedih oo baca surat complain dalam paper cakap kakitangan kerajaan jangan asyik mintak naik gaji jek, patut kena pikir cemana nak tambah produktiviti. selingan sikit. gaji orang keja gomen nih bukan besau mana. cemana nak naik produktiviti kalau dalam masa yang sama masih memikir masalah basic sambil bekerja? aku nih gaji engineer boleh la tahan, kalau pembantu pejabat? cemana??)

No. 2 : beli sebidang tanah gabak gila, pastu buat dream house.
oowhhhhh. ini impian besar saya no. 2. saya mahu beli sebidang tanah & bina rumah idaman. rumah itu harus ada kawasan hijau untuk anak-anak dan cucu-cucu saya bermain. bilik anak-anak sorang satu. dapur harus canggih & besar supaya seronok bila kumpul ramai-ramai. konsep minimalist. saya tak suka serabut2. kalau boleh rumah setingkat saje. tak mahu banyak-banyak tingkat susah nak jaga. :D design rumah harus moden dan mudah dijaga.

No. 3 : Melancong keliling dunia bersama-sama keluarga tercinta.
saya suka berjalan-jalan. saya teringin nak melancong ke serata dunia. ada 2-3 tempat yang teringinnn saya nak pergi, tapi masih belum cukup duit berkesempatan. sangat teringin ke capetown, south africa. juga mahu ke switzerland. teringin juga ke US (tapi the thouht of flying 23hours really puts me off!).

No. 4 : run my own business supaya anak-anak ada perniagaan utnuk diwarisi.
berkhidmat dengan kerajaan adalah satu perkara yang mulia. bukan saya tak suka kerja sebagai pegawai kerajaan, tapi, jauh di sudut hati saya, saya amatttt teringin untuk run my own business agar ia dapat diwarisi oleh anak-anak saya. alangkah indahnya kalau saya dapat bukak cafe yang chic dengan buns and pastries and cakes yang fresh from the oven, yang status halalnya tiada keraguan.

No. 5 : join baking class.
untuk menjadikan impian no. 4 itu satu kenyataan, haruslah saya mulakan dengan attend kelas baking kan? saya ada survey-survey kelas wilton, tapi ntah bila la saya nak sign up. saya boleh la bake sikit2, tapi tak la sampai terer gila. saya ada fair share masak kuih penat-penat tapi tak jadi. hampa ok!my baking audience cuma involve family members dan kawan-kawan rapat sahaja. saya masih belum konfiden untuk amek order. silap2 hari bulan, kek yang customer order, bahulu yang saya bagi. :)

No. 6 : lead a healthy lifestyle.

saya mahu lead a healthy lifestyle. saya dah mulakan sikit2 tapi selalu stop halfway dan repeat balik. saya kalau boleh nak join fitness class. gi aerobik ke, gi swimming ke. just to keep myself fit. dan juga saya mahu makan lebih banyak sayur dan ikan. (saya bukan fan ikan). mahu mengurangkan pengambilan santan dan meningkatkan pengambilan oat. (saya tak mampu nak telan quacker oats.. saya cuma mampu telan biskut oat jacob's yang ada green apple). nak kurangkan pengambilan gula. (tapi tuan tanah baru jek makan beberapa sudu vanilla crepe cake, nasi 2 kali tambah dengan lauk daging masak lemak cili api + rendang, buah apple cicah kuah rojak mak bee, n semangkuk maggi dalam sela masa 5 jam lebih. healthy mendenye??)

itu la serba sikit yang saya nak buat. yang last tuh dah progress la sikit-sikit. yang lain-lain tu mahu diusahakan, insya Allah.

:: Day 5 : Kawan Baik Saya ::


Norlela Che Azis
my childhood BFF till date! yep. saya kenal dia dari umur saya 8 tahun. satu kelas dari darjah 2 sampai la tingkatan 3. kalau tak pasal masuk asrama, memang rasanya sampai habis skolah aa bersama. seorang yang terer spot soklan peksa. apa yang kuar dari mulut dia 99.999999% keluar aa atas kertas peksa. hiks!


nadiah khalid
my bestie masa kat smss. she knows my ups and downs in school, kisah suka duka hidup saya. tempat saya bercerita meluah rasa. sama-sama ada passion in debate, cuma dalam bahasa yang berbeza. and dia masih comel seperti di dalam gambar walaupun sudah beranak 3. sesungguhnya aku jeles. :)


salhana.moi.zaidin
boleh gelak tanpa bercakap. macam ada bubbles talk atas kepala yang boleh difahami antara satu sama lain. kalau dah duduk sesama, sejam minum air nescafe tarik + 1 roti bom sekejap jek rasa. bab meniru dialog cerita melayu, memang terer. sekarang semua berkhidmat untuk negara. owh, btw, sorang tuh sumber rujukan saya masa tengah exam paper kaedah berangka, sorang lagi sumber tutorial untuk subjek structure.

:D

Tuesday, June 21, 2011

:: Day 4 : Bagaimana Ia Bermula ::

it started with a simple "Hi! Budak Melawati kan?"

a short question that leads to more questions. :P

it happened @ C08, kawasan lalu lalang students UTM, especially bebudak awam masa pegi balik kelas. i was on my way to lab, and i cuma sempat cakap,"Haah. Melawati jugak kan?"

he was my senior before back in Melawati. i've known him since my early teen years. he's the son of a family friend, living in the same housing area. little did we know, it will blossom to beautiful flowers. :)

it took us almost a year before deciding into courtship.

and, the way he proposed sangatla tidak romantik. :P

he only asked,"so macamana?"

being malu2 kucing, i just smiled. and he interpreted the smile correctly. (konfidennn!)

jiwang karat-merajuk-baik balik-gaduh-jealous-jiwang karat balik, the cycle repeats, until we tied the knot on 31 may 2003. kalau nak ditaip satu persatu cerita cinta, kang ada yang jadi novel pulak.

yang pastinya, cinta selepas nikah, jauh lebih indah. kalau la ada yang belum nikah baca entry nih, nikmat bercinta lepas nikah bukan sekadar atas nafsu semata-mata. tapi bercinta selepas nikah nih, buat hidup kita lebih terarah, terancang, terurus dan perkara-perkara lain yang sewaktu dengannya. bukan tido jek berjemaah, tapi solat pun berjemaah, kewangan pun berjemaah (hehe). so, kalau yang bercinta sampai masuk level nak kena nikah tuh, nikah la cepat2. no point of delaying it kan?

dah 8 tahun dah we all nikah, yes sure, we have our fair share of ups and downs. but one thing for sure, i want to take the bumps and bends with him, stop by along the road to enjoy the scenery, humming to the sound of ocean breeze in arriving to our ultimate destination - jannah. may our love life journey be blessed with mawaddah, sakinah and rahmah, and may our life be coloured as beautiful as rainbow, and may we blessed with anak-anak soleh! amin!

Monday, June 20, 2011

:: Day 3 : Gambar yang Sangat Bermakna ::


among our first pic di masjidil haram


hari arafah with my grandmom.


bermalam di muzdalifah


bersama husband untuk bergerak ke jamrah melalui terowong moasseim untuk melontar jamrah qubra pada malam 11 zulhijjah


hari-hari terakhir di makkah setelah selesai semua kerja-kerja haji

12 julai 2010, OH called saya, masa saya di office, menyampaikan perkhabaran gembira kerana rayuan saya untuk menunaikan haji pada tahun itu diluluskan. Syukur alhamdulillah. ada air yang bergenang di hujung mata. perasaan yang bercampur baur.

banyak yang saya belajar susulan daripada menunaikan haji. antaranya, queue yang panjang di TH bukanlah penentu bila kita dapat naik haji. jemputan yang sebenar datangnya dari Allah. visa haji yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. seawal mana sekalipun kita dah daftar dengan TH, Allah juga yang memilih siapa yang bakal menjadi tetamuNya. senarai bakal jemaah di TH adalah senarai TH semata-mata, but Allah may have different list of whom He wanted to choose to be in holyland. so, andaikata kita masih belum dipanggil oleh TH walau dah daftar sekian lama.. janganlah mengeluh. janganlah menuduh yang dapat ada connection. itu semua adalah means and ways sahaja, kerana yang memilih adalah Dia. but it doesn't mean we can just sit and wait, haruslah kita terus berusaha dan berdoa, moga-moga kita dapat menjadi tetamuNya.

terlalu banyak yang mahu saya coret. terlalu banyak gambar yang saya nak kongsi. tapi blogger buat hal pulak malam nih.

gambar nih membawa 1001 erti dalam hidup saya.

Friday, June 17, 2011

:: Day 2 : Tempat Mengunyah Paling Syiok ::

oowh, tuan rumah boleh mengomel seharian pasal topik ni, sebab tuan rumah dan tempat makan adalah sinonim. ngehngeh. kalau bolehla kan, tuan rumah nak listkan tempat makan paling best kat setiap negeri kat mesia, tapi, apakan daya, tuan rumah tak termampu nak buat gitu. so, tuan rumah buat highlight tempat makan yang tuan rumah suka saje la, tak kira la kat mana pun..

:: Gerai Pisang Goreng ::
heh. pisang goreng jek weh. nampak benau pemalasnyeee! aku nih jenis petang2 lapar kuih. dapat plak stok pisang goreng garing2 cicah sambal kicap stail johor.. humang aihhhhhhh! leleh air liur. (mintak ampun mintak maaf para perantau, tuan rumah sendiri terliur nih!)

masa aku belajar kat UTM dulu, ada satu gerai jual pisang goreng kat desa bakti. selalu beli kat situ. kengkadang makan kat situ, kengkadang tapau gi bilik sal. pastu, makan pisang goreng ngan air teh o (sal jek boleh buat weh. melepasi tahap baekk!).

kalau korang tak caya, cuba click bawah :-

reference satu


bila dah habis belajar, n pulang ke kampung halaman, semestinya susah nak jumpa pisang goreng sedap cam tuh. tapi hehe, anda silap, wujud gerai pisang goreng yang NOT BAD at all. aku tau gerai akak nih bila aku start keja kat D**, kat wangsa maju. korang bayangkan, kalau satu opis boleh order pisang goreng sampai 10 hengget (tong-tong ramai2. siap delivery hokay!) makan masa tea time, sure la sedapkan?akak nih pun jual pisang goreng ngan sambal kicap.. meletupss! sampai aku dah berenti keja, n keja kat KL, aku still cari pisang akak nih kalau ada masa. akak tuh penah sound aku,"kat KL takde pisang cenggini ke dik?" hehehehehe.

:: ABC ::
ABC terbaek adalah di maple kat pusat bandar melawati. nih semua salah makcik husband aku & kakak ipar aku. diorang aa introduce aku kat ABC nih. terus melekat. serius. apa yang sedap pun aku tak tau. yang aku tau sedap. :D aku suka makan ABC masa dia dah cair sket. dah sebati sirap sama susu tuh baru syiok. nak pulak jagung extra. tip top!

:: Thai Restaurant ::
kat malaysia nih, belambak kedai makanan thai. tapi, yang kukenanggggg nunnnnn jauh masa belajar kat sydney dulu. sedap teramat2! ada 2 kedai la yang OH & i selalu pergi. the first one - Taste of Thai. port dia memang cantik. kedai tuh betul2 depan station bas. my favourite kat sini, is Fried Rice with Lamb & Chicken Wing. makanan yang tak de unsur-unsur siam langsung, tapi teramatlaaaa sedap! Fried rice tuh dia serve ngan lemon wedges. kasi perah sikit lemon atas nasi, fuhhhhh.. layan woooo. biasa makan time lunch la. sebab lunch time price murah sket, 7AUD. share makan dengan OH. maklumla berjimat-cermat bermanja-manja gitu. ada satu dish yang aku suka kat sini is chicken & cashew (ala-ala kung pao).

another thai restaurant yang aku suka kat sydney nih, nama dia Thai Singha. it's a bit far dari tempat kitorang tinggal, bro Amin yang introduce. kat sini kalau makan masa dinner saje. my favourite kat sini tomyam + crying tiger. tomyam dia memang stok tangkap tekak. memang best aa makan time2 winter. (kecur air liur sambil cite). crying tiger tuh pulak daging batang pinang yang dimarinate dengan oyster sauce, lepas tuh goreng. daging tuh diserve dengan sos ikan + jus limau nipis + beras goreng yang ditumbuk. punya la suka makan kat sana, sampaikan bila owner tahu kitorang nak balik for good, dia kasi recipe crying tiger tuh. i ingat lagi first time i masak tuh kat umah mak, abah siap puji sedap. ngehngeh.. (gua dah mula rindu sydney balik)

:: Makanan Pantai Timur ::
nih kawan-kawan opis ajar. selalu jadi port untuk lunch masa hari jumaat. nama kedai makan nih Belanga. dekat Midvalley. boleh kata semua menu dia merangsang deria rasa aku. :D kalau anak-anak aku makan kat sini, memang si afiq & adib akan habis satu dish berdua. nasi kerabu dia not bad. tapi nasi kerabu dia bukan kaler biru, kaler kuning. aku suka layan nasi chok dia. rasa cam mak masak.

:: Western Food ::
aku suka That Little Gerai. gerai dia dekat AU5, keramat. sangat sedap & sangat reasonable. kalau rasa-rasa nak makan burger Chili's tapi poket tidak mengizinkan, sila la makan di sini. pasta dia pun sangat sedap. i've tried Olio, Marinara, Bologneise, Carbonara. semua melayan jiwa. haven't tried their lasagna tho. i've been wanting to try their dory fish with mustard sauce. the menu sounds interesting. yang best pasal gerai nih, kita boleh call and order dulu. then pick u. chef dia mmg advise call dulu, sebab as he said, good food takes time. :)

satu lagi tempat best makan western is Chili's. tapi tak leh la nak makan selalu. rabak poket suami dinda. :P menu wajib order - mushroom jack. pernah la try buat kat rumah, not bad. tak la susah sangat, tapi lagi best kan kalau ada orang masak untuk kita. nak pulak serve atas hot plate, ala-ala sizzling gitu. fuhhhhh. tapi being me & OH yang small eater, mushroom jack tuh pun kena share. kalau tak sure tak habis. (jimattttt)

:: tempat makan ngan anak-anak ::
kalau i tanya anak-anak nak makan (when it comes to eating out), jawapan diorang will normally be either "Nasi Goreng" or "Macaroni". kalau nasi goreng tuh, alamatnya kitorang pegi Restoran Chan Abdullah, a chinese Muslim restaurant @ Melawati. selalunya, the kids will have nasi goreng yong chow. kalau diorang kata macaroni tuh, alamatnya kitorang akan makan dekat Secret Recipe. their favourite meal is prawn Mac & Cheese. favourite cake - blackforest cake.

another place i suka bawak anak-anak makan is Marche. sebabnya marche tuh ada playground. so boleh makan dengan tenang dan aman, plus dia market style. so, boleh beli sikit-sikit mengikut kadar kekenyangan perut. but some may not like it.. so it goes back to your taste bud. i like the sauteed mushroom & mushroom soup. sangat filling & no MSG. the bread & butter pudding is also yummy, not forgetting the swiss coffee. ada satu dish yang aku selalu order, tapi tak ingat la nama dia. rosti pun ok jugak. the buns & breads juga sangat yummy sebab freshly bake.

rasanya dah la kot cakap pasal makan. tak sanggup nak pikir lagi pasal makanan sebab takut kang ada yang termakan tengah2 malam. oooooo nanti berat naik. tak nak!

: Day 1 : My Favourite Song ::



lagu nih is among my favourite. sebab lagu dia gedik, bak kata orang yang introduce lagu nih to moi, salhana.

apsal suka? sebab simple. sebab catchy. and most importantly, it brings back memories zaman muda-muda. mungkin version mak bapak kita kalau dengar lagu sharifah aini kot. :)

Lyrics to Quizzical :
I don't even comb my hair
When I wake up in the morning
I've always been like that
My clothes are on the floor
And I just don't have the time to put them back

Ladida da da
Ladida da da

Is this what you truly want for a girlfriend?
Or am I just someone you find pretty cute for a good time?
Don't go breaking my heart
I think very deeply and I hold very dearly from the start

So why do you still love me
I'm so useless in the kitchen
And my cuisine is lousy
It makes you want to curl
My toes are awfully huge
And I am not just the stuff that makes a girl

Ladida da da
Ladida da da

Is this what you truly want for a girlfriend?
Or am I just someone you find pretty cute for a good time?
Don't go breaking my heart
I think very deeply and I hold very dearly from the start
So why do you still love me?

Pardon me ... I'm quizzical
Pardon me but I'm quizzical
Pardon me ... I'm quizzical

I don't even call you baby
'Cause that's what I call my dog
It would have sounded funny and so strange
Don't expect me to be crawling over you
For maybe I am just a poor unromantic
Why do you still love me?
So why do you still love me?

so enjoy!

ps : skang tuan rumah dah tak layan radio. so lagu2 terkini, tuan rumah memang tak tahu. mungkin sindrom2 tua matured dah datang. ;)

Wednesday, June 15, 2011

:: Cabaran Entry 30 Hari ::

bila dok bloghopping at other blog, cam menarik jek cabaran entry 30 hari.

so i think, i'll list the topic kat bawah, and jom kita try usaha completekan challenge nih.

(sungguh takde keja cari keja)

Day 1 : Lagu Kegemaran Saya
Day 2 : Tempat Mengunyah Paling Syiok
Day 3 : Gambar yang Sangat Bermakna
Day 4 : Bagaimana Ia Bermula
Day 5 : Kawan Baik Saya
Day 6 : Perkara-perkara yang Saya Nak Buat
Day 7 : My Fear
Day 8 : Barang-barang Dalam Tas Tangan Saya
Day 9 : My Favourite Movie
Day 10 : Confession of Aishah Zaharin
Day 11 : Kartun Kegemaran Saya
Day 12 : Saya Tidak Pernah Memasak……
Day 13 : Harapan saya
Day 14 : Perkara yang Saya Kurang Gemar
Day 15 : Zaman Persekolahan Saya
Day 16 : Cerita-ceriti di zaman Universiti
Day 17 : Surat Terbuka Untuk Orang Yang Pernah Menyakiti Hati Saya
Day 18 : Percutian Impian
Day 19 : Kenangan Terindah dalam Hidup Saya
Day 20 : Lauk Pauk yang Paling Saya Suka
Day 21 : Cara Saya Berpakaian
Day 22 : Make Over
Day 23 : Gambar profile FB saya
Day 24 : Buku Favourite Saya
Day 25 : Anak-anak Saya
Day 26 : Cita-cita yang Pernah ada Dalam List Saya
Day 27 : Mengapa Saya Suka Kanak-kanak?
Day 28 : Pekerjaan Impian Saya
Day 29 : Kalaulah Saya Seorang Jutawan….. (bukan ribuan yekkkk)
Day 30 : Kesimpulan (boleh gitu?)

wokeh. kita start yekkkkk. tak la tuan rumah kering idea nak tulis apa. :)

(macam penting sangat je update blog!)

:: ke mana hilangnya skill itu ::

aku sebenarnya tengah fikir, nak buat entry easy reading ke, nak buat entry serius?

aku dok type, pastu, aku delete. aku dok type, pastu aku delete. inilah jadinya bila blogger yang pada suatu ketika dulu sekalipun tak de masa, akan tetap cari masa cukup tegar sudah lama tidak berblogging sepenuh hati.

saya tahu ada yang rindu pada saya (cheewah), saya juga rindu pada anda. tanpa anda, siapala saya. (ayat standard menang award.. tapi, award apa kau menang nyahhhh??)

serius saya sibuk. (ye sangat) sebenarnya jawapan yang mungkin lebih tepat, saya tidak kurang cekap urus masa. harus lebih sistematik di sini.

banyak cerita yang saya nak share, tapi tak tertulis dalam entry. sebabnya, tiap kali saya bukak blogger dan mahu update, tiapkali itu juga minda saya shut down, hilang memori. (owh, orang perempuan kan banyak putus urat semasa bersalin, so pardon me) mungkin saya perlu voice recorder macam wartawan so saya boleh recall apa yang saya nak blogkan setiap hari. (motipsssss?)

btw, last 2 weekends, saya busy attend kenduri sepupu² saya yang semasa kecil selalu lepak di rumah ibu saya. owh, weddingnya indah banget!! buat kaki saya floating² in the sky (tidak, kaki saya floating in the sky sebab mengejar anak saya yang aktif berjalan. hiks). wish saya kepada pasangan² pengantin, "semoga kekal bahagia hingga ke pintu syurga."

serius otak saya kering apa nak type. mungkin kawan² blogger boleh kasi idea apa yang saya nak merapu meraban bila ada masa senggang?

ps : saya sedang berusaha mengembalikan kemahiran berfikir, memilih perkataan, menyusun ayat dan memuatnaik entry blog setiap hari.

chow cin cau!

Tuesday, June 14, 2011

:: mood 'ala-ala' ::

mood macam 'ala-ala' sebab..

no. 1 : keja banyak lagi tak siap, tapi aku malas.

no. 2 : hari nih baru 14hb. lambatnya nak gaji.

no. 3 : hari nih baru hari selasa. belum jumaat. lambatnya weekend.

sekian, terima kasih.

Sunday, June 12, 2011

:: gatal la pulak! ::

adoi, dah lama tak kena alergy nih.. apala yang aku salah makan nih? makan piriton macam agak terkawal la gatal dia, tapi tak habis 100%. malas nak amek jab kat klinik sebab nanti gone zzzzzzz.

i sendiri tak tau ai alergic dengan apa. selalunya, bila kena cenggini, i'll try to avoid chicken, and stick to fish. semalam gatai pi terai makan satu ketul ayam KECIKKKK, naik jugak gatal2.

mau kena revert makang ikang seminggu ni wehhhh!

Saturday, June 11, 2011

:: malu-malu pengantin ::

my cousin, linie will be getting married in.... 2 hours and 53 mins. gosh, how time flies! rasa cam baru semalam jek she stayed in my room at mak's place, dok gossip2 meluah perasaan, and today, tadaaaa.. SHE'S THE BRIDE. (penulis lupa diri seketika bahawa dia sudah pun berkahwin 8 tahun lalu, dan mempunyai 4 orang anak)

i'm pretty sure her house sure tengah jam packed dengan lots of people. but i'm still at home, as all my 3 surviving kids are asleep. plus, i don't think it's a good idea to let afiq and adib wandering around her house at this particular moment. takut nanti, ada pelamin tak serupa pelamin.

cakap pasal kenduri kawen, teringat zaman sendiri kawen 8 tahun lepas. (blush)

kenduri saya simple jek. tapi padat dengan saudara mara (almaklumla, omak den oghang nogoghi, memang dah stail eh cam tuh kalau kendughi kawen!). we were solemnized after isyak, dengan abah menjadi wali.

i have no idea what's happening outside of my room aka bilik pengantin. i was busy di makeup and the room was filled with warm feeling and laughter with dear friends, yaya, su, my cousin ayu, lela, etc) senyum2 amek gambar with my cousins who were at that time, masih comel2 belaka, and they were my flower girls. tiba2, ateh panggil cakap, DAH SELESAI DAH.

pengantin aka moi pun,"HAH?"

terus semua2 gelabah amek place masing2. tak berkesempatan pun nak tengok cemana OH menggigil lafaz akad. (tapi ai know u terer, sekali lafaz settle).

after selesai nikah semua, kitorang ada majis berarak lilin. nih ikut tradisi nenek (wan) side mak. buat saje, mengikutkan kehendak wan tersayang. wan yang uruskan segala benda, pengantin cuma bawak badan kena arak keliling jalan saja. gayat hokay.

8 tahun dah berlalu..

HAPPY ANNIVERSARY OH.

cerita 31 mei 2003..

Monday, June 6, 2011

:: latest progress of the trio ::

i'll skip the post on FOOD and MY WAY OF TRAVELLING WITH KIDS later. sebab nak tulis entry tu memerlukan 'konsentrasi' yang tinggi. :D

just wanna share the latest progress of my kids.

:: Afiq ::
lately, he has develop interest in coloring so much, that he is so focus bila dapat colors and coloring books. (make it easier in flight, definitely!) he loves writing, and mula tunjuk minat yang sangat tinggi in high speed cars (walaupun agak penakut). boleh diharap untuk tengok²kan & entertain aidin when mommy is busy. sudah hafal al-Fatihah (walaupun sebutan masih tak betul sangat) dan dah dapat sikit² zikir munajat. alhamdulillah.

:: Adib ::
sangat fond dengan english. he has a very good english accent, walaupun cakap english masih caca marba. (dengan mommy² jadi caca marba). sama macam afiq, adib dah boleh recite al-Fatihah & sikir munajat. jugak boleh diharap untuk look after aidin. recently, he started to call me MOM instead of MOMMY. he also dah makin lo.yar bu.ruk.

scene 1 : in the car, OH was coaching him reading his magic english book by grolier on the way back to KL from Kedah, when my brother was driving.

OH : this is duck.
adib : no daddy. this is DONALD.

miahahaha.

scene 2 : dekat surau, mengiring rombongan pengantin lelaki untuk akad nikah.

adib : mommy, kenapa kita pergi surau?
mommy : sebab uncle faizal nak kawen.
adib : adib nak kawen jugak!

:D

:: Aidin ::
aidin is a baby yang tak reti duduk diam. he could walk and walk and walk without stopping. gigi sudah sangat banyak, and lately agak susah nak makan. sob sob. pipi yang tembun masa balik gold coast hari tuh dah susut! huwaaa! he loves tepuk amai² song and dah pandai immitate solat. (sejuk perut mommy sayang!) he's truly family's koala bear.

i just heart them so much, and i feel so satisfied sebab cuti sekolah nih dapat spend quality time with them.

my goal : to spend more quality time with them, to educate them well, both dalam ilmu dunia & akhirat. but first and foremost, i have to improve myself, so that i'll be a walking example to my kids!


Thursday, June 2, 2011

:: Gold Coast : Attractions ::

i'm a little bit 'free' today. so, boleh la buat satu entry on places that are on my must visit list bila pergi gold coast. i've been there few times, just because i just love the place and most importantly, the air tix is value for money (compared to flying to perth, which is half the journey to GC)

so, here goes the places :-

:: Seaworld ::
Seaworld nih theme park untuk animal lovers. underwater animals mainly. it's a park for everyone. kat sini ada 2 main animal shows, dolphins and seal. there is 4D movie theatre kat sini (i love this). the dolphin show never fail to amuse kids. kids mana yang tak amuse tengok dolphins lompat² pusing²? :D mak bapak kids pun amused jugak la kan? among other animals featured here - polar bears (if you're lucky, boleh nampak la.. asyik tido jek memanjang!!), ada shark, ada stingray, penguins (bau dia sangat hmmmmmm.., sila imagine sendiri)

the dolphin show

the seal show tuh lawak. but some may find it hard to understand, sebab aussie accent adalah sangat pekat. baru perasan i didn't take any pics masa show seal this time round, so i just share the pic yang ada from my last 3 years visit.


the seal show

dekat seaworld ni, diorang tag dengan characters from sesame's street. they have a sesame street show featuring elmo, grover, big bird and all main characters dari siri tuh. aidin enjoyed himself more than his brothers watching the show. adib macam takut, sebab cookie monster tuh mengadap dia masa show. afiq layan jek. aidin? terhenjut² badan dia yang kunun² menari layan the performance.

the sesame's street show

there are also rides dekat seaworld, tapi tak la sebanyak dekat movieworld & dreamworld. ada la sebijik looping roller coaster, some gentle rides for kids (situated at sesame's street beach, which i find very vibrant for kids) and the latest attraction is the pirate of carribean's. (i didn't get a chance to be on the ride, so no comment. ecceh, macam artist!)





the surroundings at sesame's beach

solat tak de masalah kat sini. surau ada disediakan di dalam park. (punya la besar muslim market! alhamdulillah!). sudah ada improvement on the surau compared to my last visit, which was three years ago (kat sana they called it prayer's area. some ada tulis arab, musolla). dulu², kalau nak solat, kena wudhu' di toilet, sekarang nih, dah ada tempat wudhu' dalam surau, easier! so, tiada alasan untuk tidak solat ye kawan²? ke mana pun kita pergi, jangan lupa Allah. (peringatan untuk diri sendiri juga)


tempat berwudhu' dan solat di Seaworld

tix price - is not my forte. tuh kena mintak my OH to give the details sebab dia tour manager. yang i tau, we've got VIP pass ticket for 3 parks, unlimited access till 30/6/2011 for AUD99, which is berbaloi² sebab kalau beli tix untuk satu park pun will cost you dalam AUD70 rasanya. that VIP pass covers seaworld, movieworld and wet n wild world. VIP pass holders are entitled to get some discount bila purchase candid pics that you take with the characters during your visit. we bought the tix online masa kat kl lagi to save up time. kat sana ada jek booth² jual tix but i'm not sure about the prices.

:: Movieworld ::
as the name depicts, movieworld nih is a theme park based on cartoons and movies produced under the label of warner brother's. park nih is for all ages. lebih banyak rides & show compared to seaworld. rides dari segentle² merry do round, sampaila ke extreme roller coaster rides.

i'm not a big fan of rides, truly speaking. sebabnya, fobia kurang selesa dengan bunyi bising & speed. :P haha. mana mau mengaku penakut kan?

among shows yang ada kat movieworld nih - racing stunt show, batman parade, characters parade, looney tunes concert, wild wild west. my kids enjoy gila tengok stunt show. almaklum le, anak lelaki kan? tapi dalam enjoy² tuh, bab rumah meletup, melompat cari mommy jugak. :P


stunt show

i didn't had a chance to watch the parade this time round. past visits, parade dia noon time. tapi this time round, dia buat pukul 3, and we didn't want to wait for the parade. so layan jek la gamabr parade zaman 3 tahun lepas. dulu² takde shades, sekarang area parade tuh dah covered. guess, be it sunny or rainy, parade ON.


parade 2008

below are among the rides.. let the pic do the talking. writer penat. :)


kiddies ride


kiddies ride. photo taken during 2008 visit


batman ride


big drop


the deceiving look of kunun² gentle scooby coaster ride. nak tercabut jantung!


rides yang confirm aku tak naik. bak kata kawan opis, berbaloi ke kalau mati sambil naik roller coaster??


wild wild west ride. be ready to get wet!

you can also amek gambar dengan characters kat sini, like bugs bunny, sylvester, tweety, batman, etc. i tepek la sket gambar² yang ada dalam simpanan on my last 2 visits in 2008 & 2011.


with batman. visit 2011 dengan 3 anak




husband with our latest addition & flash


our small family with everlasting favorite - tweety

movieworld pun macam seaworld jugak. ada kemudahan untuk solat.

tu la serba sikit pasal movieworld. memang best & layan. by the time balik, confirm melepek & poket ringan. :D

note to self : i find that souveniers in seaworld cheaper than movieworld.

:: Harbourtown ::
harbourtown ni discounted outlet shopping centre. untuk budget travellers macam kami nih, memang cari tempat² yang macam nih la untuk shopping. kalau nak shop dekat full price stores, adalah tidak berapa mampu. ye la, anak dah 3, masing² pun nak kena beli sorang sikit, so haruslah cari tempat shopping yang boleh diterima akal.

among the brands yang ada kat sini - nike, canterburry, just jeans (casual shirts for men are dirt cheap here. seriously), CK, katie hills, sheridan (bedding),pumpkin patch, cotton on kids, etc.

i'm not sure cemana nak gi sini by bus, sebab i always took the car (sebab lebih mudah untuk travel dengan kids). harbourtown ni terletak (pergh ayattttt) kat on the way to movieworld.

nando's (as per this entry is posted) is halal, and kalau tak silap ada jugak satu kedai kebab halal di sini. surau facilities pun ada, just kena amek kunci dekat office dia for usage. so, takde alasan tak solat ye.

:: Dreamworld ::
i only went to dreamworld with OH once. dreamworld banyak rides, and it tagged with nickelodeon characters. rides macam² ada. tapi gambar yang ada dlm folder tak banyak, sebab zaman i pergi dreamworld dulu takde digital camera. harapkan gambar yang printed dan scan saje. it was wayyyyyyy back in 2004. layan jek la ekk..


at dreamworld when i was *ehem* young-er



ok la kot. i pun berpinar mata buat entry nih. perhaps, my next entry would be on FOOD and MY WAY OF TRAVELING WITH KIDS.

till then..... da!

Wednesday, June 1, 2011

:: sweet surprise ::

minda refreshed after a week get away to gold coast, oz.

yep, gold coast lagik. thanks to PIL yang sponsor the trip. alhamdulillah.

anak² enjoy, mak bapak pun pokai enjoy jugak. :) trip macam orang lain yang pergi gold coast jugak. pergi visit seaworld and movieworld. cuma ada addition sikit. (kalau ada time, nanti i story mory in detail sikit la pasal tempat² kitorang pergi in a more proper entry.) pergi carara market and fish traders' market. kata FIL orang terengganu, tak dapat ikang tak dapat jack! jumpa fish traders' yang baru naik dari laut (amek!), siap jual seafood atas bot lagi. pergh sangat layan. (serius aku tak nak buat medical check up dalam masa 2-3 minggu nih). melayan ketam sebesar muka yang agak tembun comel ini. kena pulak combo udang sebesar² penampar tangan aidin. memang best. pastu jumpa pulak kepala ikan salmon besar gabak yang super cheap (read : AUD 3) ~ selamat ditransform jadi gulai dan sup ikan. perghhhhhhh. makan bertambah.

* note - kami tinggal di fully equip apartment. lebih murah kalau travel in big group.

tapi yang saya nak share hari nih sebenarnya bukan cerita trip gold coast.......

tapi cerita sweet yang terjadi masa hari balik KL.

:D (senyum sampai ke telinga)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

thank you to my OH for the sweet public surprise 8th wedding anniversary wish on Air Asia X. you made me feel so special.

and to the steward yang kawtim dengan my OH, thank you too.

ngeeeee! (senyum lagi sampai telinga)

awwww!