Thursday, June 23, 2011

Day 6 : Perkara-perkara yang Saya Nak Buat

No. 1 : Berhenti kerja, jadi fulltime housewife, tapi tiap-tiap bulan dapat gaji, dan masih ada helper.
i want to be a SAHMAE. haha. amende tu weh? i want to be a stay-at-home-money-and-earns! bukan earn lemak ye kawan-kawan, tapi earn money. saya mahu jadi ibu yang sebenar-benarnya ibu. yang masak untuk anak, yang siapkan bekal anak pergi sekolah. yang hantar anak pergi sekolah. yang sengar cerita dia balik sekolah. yang dengar cerita cintan cintun dia. every.single.thing. tapi kehidupan kat bandar hari nih, susah sangat la wehhh kalau satu jek yang bekerja. sedangkan 2-2 kerja pun sukar nak menyimpan. (sedih oo baca surat complain dalam paper cakap kakitangan kerajaan jangan asyik mintak naik gaji jek, patut kena pikir cemana nak tambah produktiviti. selingan sikit. gaji orang keja gomen nih bukan besau mana. cemana nak naik produktiviti kalau dalam masa yang sama masih memikir masalah basic sambil bekerja? aku nih gaji engineer boleh la tahan, kalau pembantu pejabat? cemana??)

No. 2 : beli sebidang tanah gabak gila, pastu buat dream house.
oowhhhhh. ini impian besar saya no. 2. saya mahu beli sebidang tanah & bina rumah idaman. rumah itu harus ada kawasan hijau untuk anak-anak dan cucu-cucu saya bermain. bilik anak-anak sorang satu. dapur harus canggih & besar supaya seronok bila kumpul ramai-ramai. konsep minimalist. saya tak suka serabut2. kalau boleh rumah setingkat saje. tak mahu banyak-banyak tingkat susah nak jaga. :D design rumah harus moden dan mudah dijaga.

No. 3 : Melancong keliling dunia bersama-sama keluarga tercinta.
saya suka berjalan-jalan. saya teringin nak melancong ke serata dunia. ada 2-3 tempat yang teringinnn saya nak pergi, tapi masih belum cukup duit berkesempatan. sangat teringin ke capetown, south africa. juga mahu ke switzerland. teringin juga ke US (tapi the thouht of flying 23hours really puts me off!).

No. 4 : run my own business supaya anak-anak ada perniagaan utnuk diwarisi.
berkhidmat dengan kerajaan adalah satu perkara yang mulia. bukan saya tak suka kerja sebagai pegawai kerajaan, tapi, jauh di sudut hati saya, saya amatttt teringin untuk run my own business agar ia dapat diwarisi oleh anak-anak saya. alangkah indahnya kalau saya dapat bukak cafe yang chic dengan buns and pastries and cakes yang fresh from the oven, yang status halalnya tiada keraguan.

No. 5 : join baking class.
untuk menjadikan impian no. 4 itu satu kenyataan, haruslah saya mulakan dengan attend kelas baking kan? saya ada survey-survey kelas wilton, tapi ntah bila la saya nak sign up. saya boleh la bake sikit2, tapi tak la sampai terer gila. saya ada fair share masak kuih penat-penat tapi tak jadi. hampa ok!my baking audience cuma involve family members dan kawan-kawan rapat sahaja. saya masih belum konfiden untuk amek order. silap2 hari bulan, kek yang customer order, bahulu yang saya bagi. :)

No. 6 : lead a healthy lifestyle.

saya mahu lead a healthy lifestyle. saya dah mulakan sikit2 tapi selalu stop halfway dan repeat balik. saya kalau boleh nak join fitness class. gi aerobik ke, gi swimming ke. just to keep myself fit. dan juga saya mahu makan lebih banyak sayur dan ikan. (saya bukan fan ikan). mahu mengurangkan pengambilan santan dan meningkatkan pengambilan oat. (saya tak mampu nak telan quacker oats.. saya cuma mampu telan biskut oat jacob's yang ada green apple). nak kurangkan pengambilan gula. (tapi tuan tanah baru jek makan beberapa sudu vanilla crepe cake, nasi 2 kali tambah dengan lauk daging masak lemak cili api + rendang, buah apple cicah kuah rojak mak bee, n semangkuk maggi dalam sela masa 5 jam lebih. healthy mendenye??)

itu la serba sikit yang saya nak buat. yang last tuh dah progress la sikit-sikit. yang lain-lain tu mahu diusahakan, insya Allah.

4 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

yg no satu tu menarik..camne nak fully housewife sbb pikir dok KL lg..tambah lak lnda ngan asben dua2 gov..gaji kecik even dia dah 44 still semput sgt...sampai hajat nak tambah anak pun kena pospone dulu sbb pikir kewangan paras2 kritikal...

aishah zaharin said...

kan? sedih bila baca kat paper, cakap jangan nak mintak kenaikan gaji. patut tambah produktiviti. bukan kita tak nak tambah produktiviti, tapiiiiiiiiii masalah basic kadang2 terbawak masa nak produce productivity. camne?

Iryani Noor said...

pstt utk no 5 tu, Candy Soo jom =p..

aishah zaharin said...

yani - lepas candy soo, kita pekena makan ABC melawati. hahaha. hancusss