Friday, June 17, 2011

:: Day 2 : Tempat Mengunyah Paling Syiok ::

oowh, tuan rumah boleh mengomel seharian pasal topik ni, sebab tuan rumah dan tempat makan adalah sinonim. ngehngeh. kalau bolehla kan, tuan rumah nak listkan tempat makan paling best kat setiap negeri kat mesia, tapi, apakan daya, tuan rumah tak termampu nak buat gitu. so, tuan rumah buat highlight tempat makan yang tuan rumah suka saje la, tak kira la kat mana pun..

:: Gerai Pisang Goreng ::
heh. pisang goreng jek weh. nampak benau pemalasnyeee! aku nih jenis petang2 lapar kuih. dapat plak stok pisang goreng garing2 cicah sambal kicap stail johor.. humang aihhhhhhh! leleh air liur. (mintak ampun mintak maaf para perantau, tuan rumah sendiri terliur nih!)

masa aku belajar kat UTM dulu, ada satu gerai jual pisang goreng kat desa bakti. selalu beli kat situ. kengkadang makan kat situ, kengkadang tapau gi bilik sal. pastu, makan pisang goreng ngan air teh o (sal jek boleh buat weh. melepasi tahap baekk!).

kalau korang tak caya, cuba click bawah :-

reference satu


bila dah habis belajar, n pulang ke kampung halaman, semestinya susah nak jumpa pisang goreng sedap cam tuh. tapi hehe, anda silap, wujud gerai pisang goreng yang NOT BAD at all. aku tau gerai akak nih bila aku start keja kat D**, kat wangsa maju. korang bayangkan, kalau satu opis boleh order pisang goreng sampai 10 hengget (tong-tong ramai2. siap delivery hokay!) makan masa tea time, sure la sedapkan?akak nih pun jual pisang goreng ngan sambal kicap.. meletupss! sampai aku dah berenti keja, n keja kat KL, aku still cari pisang akak nih kalau ada masa. akak tuh penah sound aku,"kat KL takde pisang cenggini ke dik?" hehehehehe.

:: ABC ::
ABC terbaek adalah di maple kat pusat bandar melawati. nih semua salah makcik husband aku & kakak ipar aku. diorang aa introduce aku kat ABC nih. terus melekat. serius. apa yang sedap pun aku tak tau. yang aku tau sedap. :D aku suka makan ABC masa dia dah cair sket. dah sebati sirap sama susu tuh baru syiok. nak pulak jagung extra. tip top!

:: Thai Restaurant ::
kat malaysia nih, belambak kedai makanan thai. tapi, yang kukenanggggg nunnnnn jauh masa belajar kat sydney dulu. sedap teramat2! ada 2 kedai la yang OH & i selalu pergi. the first one - Taste of Thai. port dia memang cantik. kedai tuh betul2 depan station bas. my favourite kat sini, is Fried Rice with Lamb & Chicken Wing. makanan yang tak de unsur-unsur siam langsung, tapi teramatlaaaa sedap! Fried rice tuh dia serve ngan lemon wedges. kasi perah sikit lemon atas nasi, fuhhhhh.. layan woooo. biasa makan time lunch la. sebab lunch time price murah sket, 7AUD. share makan dengan OH. maklumla berjimat-cermat bermanja-manja gitu. ada satu dish yang aku suka kat sini is chicken & cashew (ala-ala kung pao).

another thai restaurant yang aku suka kat sydney nih, nama dia Thai Singha. it's a bit far dari tempat kitorang tinggal, bro Amin yang introduce. kat sini kalau makan masa dinner saje. my favourite kat sini tomyam + crying tiger. tomyam dia memang stok tangkap tekak. memang best aa makan time2 winter. (kecur air liur sambil cite). crying tiger tuh pulak daging batang pinang yang dimarinate dengan oyster sauce, lepas tuh goreng. daging tuh diserve dengan sos ikan + jus limau nipis + beras goreng yang ditumbuk. punya la suka makan kat sana, sampaikan bila owner tahu kitorang nak balik for good, dia kasi recipe crying tiger tuh. i ingat lagi first time i masak tuh kat umah mak, abah siap puji sedap. ngehngeh.. (gua dah mula rindu sydney balik)

:: Makanan Pantai Timur ::
nih kawan-kawan opis ajar. selalu jadi port untuk lunch masa hari jumaat. nama kedai makan nih Belanga. dekat Midvalley. boleh kata semua menu dia merangsang deria rasa aku. :D kalau anak-anak aku makan kat sini, memang si afiq & adib akan habis satu dish berdua. nasi kerabu dia not bad. tapi nasi kerabu dia bukan kaler biru, kaler kuning. aku suka layan nasi chok dia. rasa cam mak masak.

:: Western Food ::
aku suka That Little Gerai. gerai dia dekat AU5, keramat. sangat sedap & sangat reasonable. kalau rasa-rasa nak makan burger Chili's tapi poket tidak mengizinkan, sila la makan di sini. pasta dia pun sangat sedap. i've tried Olio, Marinara, Bologneise, Carbonara. semua melayan jiwa. haven't tried their lasagna tho. i've been wanting to try their dory fish with mustard sauce. the menu sounds interesting. yang best pasal gerai nih, kita boleh call and order dulu. then pick u. chef dia mmg advise call dulu, sebab as he said, good food takes time. :)

satu lagi tempat best makan western is Chili's. tapi tak leh la nak makan selalu. rabak poket suami dinda. :P menu wajib order - mushroom jack. pernah la try buat kat rumah, not bad. tak la susah sangat, tapi lagi best kan kalau ada orang masak untuk kita. nak pulak serve atas hot plate, ala-ala sizzling gitu. fuhhhhh. tapi being me & OH yang small eater, mushroom jack tuh pun kena share. kalau tak sure tak habis. (jimattttt)

:: tempat makan ngan anak-anak ::
kalau i tanya anak-anak nak makan (when it comes to eating out), jawapan diorang will normally be either "Nasi Goreng" or "Macaroni". kalau nasi goreng tuh, alamatnya kitorang pegi Restoran Chan Abdullah, a chinese Muslim restaurant @ Melawati. selalunya, the kids will have nasi goreng yong chow. kalau diorang kata macaroni tuh, alamatnya kitorang akan makan dekat Secret Recipe. their favourite meal is prawn Mac & Cheese. favourite cake - blackforest cake.

another place i suka bawak anak-anak makan is Marche. sebabnya marche tuh ada playground. so boleh makan dengan tenang dan aman, plus dia market style. so, boleh beli sikit-sikit mengikut kadar kekenyangan perut. but some may not like it.. so it goes back to your taste bud. i like the sauteed mushroom & mushroom soup. sangat filling & no MSG. the bread & butter pudding is also yummy, not forgetting the swiss coffee. ada satu dish yang aku selalu order, tapi tak ingat la nama dia. rosti pun ok jugak. the buns & breads juga sangat yummy sebab freshly bake.

rasanya dah la kot cakap pasal makan. tak sanggup nak pikir lagi pasal makanan sebab takut kang ada yang termakan tengah2 malam. oooooo nanti berat naik. tak nak!

5 comments:

Anis said...

kak aishah,
tlg describe detail sket whereabout gerai pisang grg kt wangsa maju tu..teringin sgt2 laa..thanks ;)

aishah zaharin said...

dekat corner, opposite sekolah, dekat dengan restoran chan abdullah, ambank, 7 eleven.

azuradaud said...

dekat ngan traffic light carre4 wangsa maju...betul2 depan affin bank..(hehe tolong tumpang sebok sebab memang best)

hailmi.ar said...

pergh,terkenang gerai grg pisang desa bakti..mmg sgt layan..

aishah zaharin said...

hahaha, peminat2 pisang goreng sambal kicap dah berbunyi...