Tuesday, October 6, 2009

:: jauh dalam hati.. ::

jauh dalam hati,
berbenih pertanyaan,
kenapa hati rasa begini.

benih pertanyaan itu,
sudah lama berbuah,
hanya tidak dipetik,
kerana lidah sudah tahu,
rasa buah itu.

jauh dalam hati,
turut sedar,
turut tahu,
kenapa dan mengapa,
benih soal itu cukup subur,
semua kerna,
akar kecewa,
akar ingat,
akar dendam,
terlalu jauh,
terpasak di bumi.

mungkinkah semua itu salah sendiri?

3 comments:

_mmm_ said...

apsal sedih sgt nih??

SMH said...

apa yg penting,anak2...

aishah zaharin said...

yana - saja test power bahasa melayu.. tak hilang touch lagi kot? hehe

hatta - ehh.. suami penting jugak.. :P