Tuesday, March 24, 2009

:: hujan rintik², air bergelombang ::

kat luar hujan lebat, menyebabkan aku lambat sampai opis.

kena pulak ari nih, ada perhimpunan. macamana aku bley lupa? nasib aku baik ada parking. :D kalau tak selamat basah naik opis sebab payung takde. dengan muka yang agak malu, aku berjalan dengan laju di hadapan bos² naik tingkat 1 di mana opis aku terletak dengan memakai selipar bewarna PINK sambil menjinjing kasut pump bewarna hitam.

apa ye nak cerita lagi? owh, hari ini suamiku akan berangkat terbang lagi. huhu. sangat bosan kerana dia hanya akan balik semula ke Kuala Lumpur pada hari ahad. ini bermakna saya terpaksa melayan dan merancang aktiviti hujung minggu bersama anak² secara bersendirian. saya juga terpaksa menjalankan aktiviti membeli-belah barangan keperluan rumah secara sendiri. yeah, saya tidak suka!

okay la kawan². saya berhenti di sini dahulu. jumpa lagi di lain siaran!

ps : okay tak entry cerita masukan hari ini?

3 comments:

ayin1911 said...

Saya rindu hujan di Malaysia..

Nur Hareza said...

kak.. np mcm pelik je 'cerita' akak hari ni ek..

aishah zaharin said...

ayin - rindu bertandang lagi kekasih

reza - apa yang pelik cerita akak nih?