hari ini saya rasa sangat bersalah.
no. 1
saya agak lalai dalam menjaga anak saya. seharusnya saya meletakkan dia di atas tilam selepas dia nyenyak tidur. tetapi saya juga tertidur. akhirnya, anak saya pada pagi tadi telah jatuh katil. saya masih teringat lagi tangisan adib. bagaimana saya boleh lalai????
no. 2
saya sangat² teringin membantu orang dalam mencari ilmu. kelmarin, sahabat di pejabat ingin meminjam nota saya untuk menduduki peperiksaan pada hari selasa nanti. saya sudah mengemaskan nota² yang patut. tetapi sehingga ke hari ini, saya masih terlupa untuk membawanya ke pejabat.
no. 3
saya ada terima pesanan dari sahabat di pejabat lama melalui YM. dia bertanyakan kepada saya samada saya masih mengingati salah seorang bos di pejabat lama. pastinya saya ingat, dan sambil itu saya membuat lawak dengan dia, lantaran saya tahu sahabat saya adakalanya tidak ngam dengan bosnya. tetapi, lawak saya mati begitu sahaja apabila diberitakan mengenai pemergian bosnya yang agak mengejut. beliau meninggal semasa sedang bermain badminton bersama² kawan sepejabat. saya harus lebih bijak membaca apakah yang akan disampaikan kepada saya selepas satu soalan diajukan.
sekian edisi rasa bersalah saya.
maafkan saya jika saya bersalah kepada anda.
ps - saudari kay dora, saya telah mencuba petua yang anda berikan kepada saya. alhamdulillah, telah ada kemajuan.
apa pendapat anda sekiranya saya menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya? tidak rojak?
comelkan? :D
saya adalah bekas pembahas sekolah dalam bahasa melayu. seharusnya saya gilap semula bakat sediada! (sila jangan muntah darah ye?)
4 comments:
saudari aishah... sabar yer... sememangnya kita sbg manusia akan melakukan kesilapan dan kesalahan. maka haruslah kita belajar dari setiap kejadian tersebut. saya juga sama seperti anda.
ops... nape bahasa melayu ku sgt skema pagi ini???
skali skala kay. okay gak kan?
cute apa!
i suke kalau blog pakai proper language..tak kisahla english or bm..2-2 pun u bagus.. =)
actually I started read your blog yesterday and keep on following the story of late Amin,and how I feel sad for you..
you are a tough mom!!
dilla~noor.
yep, there's no harm in using any of the languages, as long as it is being understood well.
thanx for reading the entries.
i'm not a tough mom, but i have to face all that has happened. for Allah knows what's best for us. insya Allah.
Post a Comment